Rabu, Disember 23, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 150

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 150

باب الإِيمَانِ وَقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ)): 
وَهُوَ قَوْلٌ وَفِعْلٌ، وَيَزِيدُ وَيَنْقُصُ. قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: {لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ}، {وَزِدْنَاهُمْ هُدًى}، {وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى}، {وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ}، {وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا}، وَقَوْلُهُ: {أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إِيمَانًا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا}. وَقَوْلُهُ جَلَّ ذِكْرُهُ: {فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا}. وَقَوْلُهُ تَعَالَى: {وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا}. 
وَالْحُبُّ فِي اللَّهِ وَالْبُغْضُ فِي اللَّهِ مِنَ الإِيمَانِ. 
وَكَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ إِنَّ لِلإِيمَانِ فَرَائِضَ وَشَرَائِعَ وَحُدُودًا وَسُنَنًا، فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الإِيمَانَ، فَإِنْ أَعِشْ فَسَأُبَيِّنُهَا لَكُمْ حَتَّى تَعْمَلُوا بِهَا، وَإِنْ أَمُتْ فَمَا أَنَا عَلَى صُحْبَتِكُمْ بِحَرِيصٍ. 
وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ: {وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي}. 
وَقَالَ مُعَاذٌ: اجْلِسْ بِنَا نُؤْمِنْ سَاعَةً. 
وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ: الْيَقِينُ الإِيمَانُ كُلُّهُ. 
وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ: لاَ يَبْلُغُ الْعَبْدُ حَقِيقَةَ التَّقْوَى حَتَّى يَدَعَ مَا حَاكَ فِي الصَّدْرِ. 
وَقَالَ مُجَاهِدٌ: {شَرَعَ لَكُمْ} أَوْصَيْنَاكَ يَا مُحَمَّدُ وَإِيَّاهُ دِينًا وَاحِدًا. 
وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: {شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا} سَبِيلاً وَسُنَّةً. 

1— Bab Iman :
Sabda nabi s.a.w. 'Islam Itu Terbina (Di Atas Lima Asas⁸⁹.  Ia (Iman) Adalah ucapan Dan Perbuatan,⁹⁰ Ia Boleh Bertambah Dan Berkurang.⁹¹  Allah s.w.t.
 ___________________________________________________________
⁸⁹ Dalam membuka perbahasan tentang iman Imam Bukhari memulakannya dengan sebuah hadits Nabi s.a.w. yang sangat masyhur tentang rukun Islam. Padahal beliau sedang membicarakan suatu perbahasan di bawah tajuk Kitabul Iman dan Babul Iman. Beliau sepatutnya mengemukakan hadits yang membicarakan tentang iman- bukannya tentang Islam! Kemusykilan yang timbul ini sesungguhnya akan terjawab apabila maksud sebenar Imam Bukhari diselami dengan lebih mendalam. Ini kerana tujuan beliau mengaitkan Islam dengan iman adalah untuk menegaskan iman itu tidak akan membentuk apa-apa gambaran yang mampu disaksikan tanpa dilukis di atas kanvas Islam. Kerana Islam adalah manifestasi yang lahir dan terserlah daripada kewujudan suatu platform bernama iman. Sekiranya iman itu hanya tersimpan di dalam hati sahaja tanpa dizahirkan melalui sebarang gambaran, maka ia tidak akan membuahkan apa-apa hasil dan manfaat. Misalnya bila keislaman seseorang itu tidak pernah dimaklumi oleh sesiapapun, sudah pasti dia tidak akan mendapat hak atau dilayani sebagai seorang Islam oleh mayarakat sekeliling. Dan sekiranya orang tersebut meninggal dunia- jenazahnya mungkin saja akan dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam tanpa diselenggarakan mengikut syariat Islam.

⁹⁰Berdasarkan nuskhah Kusymahani; وَهُوَ قَوْلٌ وَعَمَلٌ(Iman adalah ucapan dan amalan), bukan وَهُوَ قَوْلٌ وَفِعْلٌ ( Iman adalah ucapan dan perbuatan). Menurut Hatiz Ibnu Hajar ia adalah lafaz hadits yang dha'if. Iman seseorang itu tidak boleh tidak, haruslah dizahirkan melalui ucapan dan perbuatan. Kerana iman tidak akan sebarang erti tanpa perbuatan atau amalan. Justeru iman tanpa amalan bagaikan pokok yang tidak berbuah. Dan iman yang di dasar hati, akan diterjemahkan ke dalam ucapan dan amalan. Kerana dorongan iman yang sejati mempunyai gema dan daya yang terlalu kuat untuk dibendung di dalam dada setiap pemiliknya. Begitu jugalah    lumrah dengan apa jua perasaan yang terpendam di dalam hati setiap insan

150

Tiada ulasan:

Catat Ulasan