Sahih bukhari kitab iman sesi 01 151
___________________________________________________________
Iazimnya mereka akan meluah dan mempamirkannya dalam bentuk ucapan atau perbuatan. Ucapan serta amalan yang mencermin dan membuktikan keimanan seseorang itulah dinamakan Islam.
Berdasarkan kepada kenyataan inilah Imam Bukhari menganggap Islam dan iman itu adalah dua perkara yang sama. Kerana apakah nilainya keislaman seseorang yang tidak disertakannya dengan keimanan? Keimanan seseorang juga tidak akan mendatangkan apa-apa faedah tanpa pengaplikasian keislamannya. Sebagai contoh; orang-orang yang miskin di kalangan masyarakat Islam tidak akan selamanya dapat mengecapi faedah dan kebaikan zakat yang disyariatkan oleh Islam untuk membantu meringankan beban tanggungan mereka, sekiranya masyarakat Islam yang berada dan berkemampuan, kesemuanya bersepakat tidak mahu menunaikan rukun Islam yang ketiga itu. Begitu jugalah dengan amalan-amalan muamalat lain yang digalakkan dan dianjurkan oleh syariat, hikmah di sebalik setiap penetapan peraturan dan hukumny'a tidak akan dapat dinikmati dan disaksikan. Oleh itu, Islam dan iman adalah dua perkara yang tidak boleh diasingkan kerana kedua-duanya saling menterjemah dan mencerminkan satu sama lain. Setiap ucapan, sama ada yang berbentuk ibadat khusus seperti lafaz-lafaz Tasbih, Tahmid, Selawat dan sebagainya, ataupun yang berunsur kebaikan seperti nasihat, pengajaran dan seumpamanya hanya akan dikira sebagai ibadah yang akan diberikan ganjaran pahala apabila ianya diletakkan di atas asas iman dan Islam. Begitu juga dengan setiap perbuatan atau amal saleh lain yang dituntut pelaksanaannya dalam Islam, kesemuanya hanya akan dikira sebagai ibadah setelah ianya didahului oleh Iman dan Islam. Ungkapan di atas juga bererti iman hanya akan dapat diterjemahkan apabila orang-orang yang beriman mengaplikasikannya dalam bentuk ucapan dan perbuatan. Kerana seseorang yang beriman akan sentiasa memastikan setiap ucapan dan perbuatannya tidak akan tergelincir daripada garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
⁹¹ Rangkai kata يزد وينقص sebenarnya adalah sebahagian hadits yang diriwayatkan oleh Daaraquthni daripada Muaaz bin Jabal. Lafaz hadits selengkapnya . Kata asy-Syaukaani di dalam al-Fawaa'idu al-Majmu'ah: الإيمان يزيد وينقص
"Hadits diriwayatkan oleh Daaraquthni daripada Mu'aaz secara marfuk. Di dalam isnadnya ada Ammaar bin Mathar.
Hadits-haditsnya semuanya karut. Hadits ini diriwayatkan juga oleh Ibnu 'Adi daripada Abi Hurairah secara marfuk. Di dalam isnadnya ada Ahmad bin Muhammad bin Harb dan gurunya Ibnu 'Adi juga meriwayatkan daripada Waatsilah bin al-Asqa' secara marfu' dengan lafaz: الإيمان قول وعمل ويزيد وينقص وعليكم بالسنة فالزموها. Kata Ibnu 'Adi, hadits ini maudhuk . Punca penyakitnya ialah Ma'rufal-Khaiyaath. Az-Zahabi di dalam Mizaannya berkata: Hadits ini yakin palsu. Ada lagi beberapa saluran riwayat bagi hadits ini di dalam kitab Haakim, al-Jauzaqaani dan lain-lain, Tetapi tidak ada satu pun daripadanya sahih." Hadits ini juga diriwayatkan secara mauquf oleh Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Hurairah, Ibnu 'Abbaas dan Abi ad-Dardaak. Tetapi semuanya dha'if juga. Walaupun hadits ini dihukum dha'if oleh para muhadditsin kerana sanad-sanadnya yang dha'if, namun mereka tetap mengatakan maknanya adalah sahih. Rangkai kata yang dikemukakan oleh Bukhari ini jelas menunjukkan beliau menerima konsep Murakkabnya iman itu. Sebaliknya Imam Abu Hanifah pula berpendapat, iman itu sendiri tidak boleh bertambah atau berkurang. Yang boleh bertambah dan berkurang ialah kaifiyatnya iaitu kesan buah atau hasilnya sahaja. Kerana kuantiti Mu'man bihi (apa yang wajib diimani) sebagaimana yang tersebut di dalam rukun iman misalnya tidak boleh dipinda lagi. Contohnya setiap orang yang beriman tentulah tidak akan menolak kepercayaan tentang berlakunya hari
151
Tiada ulasan:
Catat Ulasan