Rabu, Disember 23, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 152

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 152

Berfirman,bermaksud: Supaya bertambah keimanan mereka disamping keimanan yang telah ada pada mereka (al-fath:4).
Kami tambah kepada mereka petunjuk (al kahf:13),
Dan Allah menambah lagi hidayat kepada mereka yang telah mendapat hidayah(maryam :76) Bagi orang-orang yang telah mendapat hidayat akan ditambah lagi hidayat dan diberikan kepada mereka ketaqwaan(Muhamad:17). Dan supaya bertambah keimanan bagi mereka yang telah beriman(al mufdasir:31)⁹². Siapakah diantara kamu yang bertambah
___________________________________________________________
Qiamat. walau bagairnanapun kesan daripada kepercayaan terhadap hari yang pasti akan muncul itu tentulah tidak akan sama di antara seorang manusia biasa dengan seorang nabi atau malaikat misalnya. lanya bolehlah diumpamakan seperti seludang pokok, walaupun pohon-pohonnya berasal daripada baka yang sama, tetapi masing-masing tidak menghasilkan jumlah buah-buah yang sama banyaknya. Ada yang merimbun buahnya, namun mungkin juga ada yang jantan, langsung tidak berbuah. Ada yang buah-buahnya sungguh manis, namun terdapat juga yang kelat atau masam rasanya. Begitu jugalah dengan 'buah' keimanan seseorang, ada di antara orang yang beriman sanggup menggadaikan nyawanya demi mempertahankan kedaulatan Islam, Namun tidak kurang juga yang masih belum sanggup berkorban sampai ke tahap itu. Golongan yang 'Kaifiat' imannya berada di peringkat ini mungkin sekali melarikan diri daripada medan perjuangan.


Jadi menurut Imam Abu Hanifah, pokok iman tetap tidak akan berkurang Juzu-juzu' atau bahagian-bahagiannya. Yang boleh berkurang adalah hasil atau Kaifiatnya sahaja. Namun Imam Bukhari dan barisan 'ulama' yang bersependapat dengannya mengatakan iman itu sendiri boleh bertambah dan berkurang. Keadaannya bergantung kepada amalan seseorang. Walau bagaimanapun. jika diperhati dan dibandingkan di antara kedua-dua pendapat tersebut, sebenarnya tidak wujud sebarang perbezaan di antara kedua-duanya, apabila masing-masing sama-sama mengaitkan amalan atau Kaifiatnya sebagai ukuran pertambahan atau kekuranoan iman.

⁹² Ayat-ayat yang di paparkan oleh Imam Bukhari di atas dengan jelas menyatakan bahawa iman itu boleh bertambah dan berkurang. Namun sepertimana telah penulis perjelaskan tadi, konsep pertambahan dan kekurangannya berbeza di antara pandangan beliau dengan pandangan Imam Abu Hanifah. walaupun apabila dicermati, perbezaan yang timbul hanyalah dari sudut kaedah dan pendekatan teknikal sahaja. Tambahan pula tujuan Imam Bukhari membawakan ayat-ayat yang membuktikan pasang surut iman ini adalah untuk mengkritik dakwaan golongan Murji 'ah yanh berpendapat iman tidak terjejas dengan apa jua amalan sekalipun. Bagi mereka setiap orang Islam tetap akan dimasukkan ke dalam syurga walaupun tanpa melakukan sebarang amalan keta' atan dan di sepanjang hidupnya ia bergelumang dengan apa jua amalan maksiat sekalipun. Fahaman sebegini sebenarnya tidak jauh bezanya dengan fahaman orang-orang Yahudi yang selesa dengan 'keyahudian' mereka apabila al-Qur'an merakamkan kata-kata mereka begini;

Aal-e-Imran 3:24

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍۖ وَغَرَّهُمْ فِى دِينِهِم مَّا كَانُوا۟ يَفْتَرُونَ 

152

Tiada ulasan:

Catat Ulasan