Sahih bukhari kitab iman sesi 01 166
___________________________________________________________
masuk syurga. Walaupun ia tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan dalam kehidupannya.
Penerimaan agama sekadar itu cuma ,sudah memadai untuk menghalang sesaorang masuk neraka,walaupun di sepanjang hayat ia hanya melakukan kejahatan dan dosa.
Golongan kedua pula menghadapi gelombang puak Khawarij dan Mu'tazilah yang percaya bahawa seseorang akan terus menjadi kafir atau terkeluar dari batas iman sebaik sahaja ia tidak melakukan apa-apa suruhan agama yang wajib atau melanggar apa-apa perintah dan larangan agama Yang menyebabkan pelakunya berdosa besar. Ini kerana dalam asas kepercayaan mereka, amal adalah juzu' asasi dan juzu' mukawwin (komponen Yang membentuk hakikat) iman sama seperti tashdiq. Latar belakang inilah yang mendorong golongan kedua menafikan amal bil arkaan sebagai juzu' iman. Oleh kerana golongan kedua menafikan amal bil arkaan sebagai salah satu juzu' iman seperti golongan Murji'ah, mereka kadang-kadang dituduh Muji'ah. Padahal Murji'ah menafikan kedua-dua bentuk juzu' mukawwin dan mukammil. Golongan kedua pula hanya menafikan amal bil arkaan sebagai juzu' mukawwin sahaja. Mereka tidak pernah menafikannya sebagai juzu' mukammil. Inilah sebenarnya perkara yang menjadi punca kepada tuduhan melulu seperti itu. Puncanya ialah kejahilan tentang perbezaan di antara juzu' mukawwin dan juzu' mukammil. Kalaulah semata-mata menyerupai sesuatu golongan yang menyeleweng pada pandangan sepintas lalu, membolehkan anda mengaitkan sesuatu aliran yang benar dengan golongan yang menyeleweng itu, niscaya boleh juga anda kaitkan aliran pertama dengan aliran Khawarij dan Mu'tazilah. Kerana bukankah dua golongan yang menyeleweng itu juga mempercayai iman murakkab? Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkan segala titah perintah Allah dan rasulNya adalah tiga komponennya?? Kenapa tidak pula golongan pertama dikaitkan dengan dua golongan yang menyeleweng itu??? Jika jawapannya ialah keserupaan yang kelihatan kepadamu itu adalah akibat pandangan sepintas lalu, maka begitulah juga dengan golongan kedua. Sebabnya golongan pertama tidak boleh dikaitkan dengan Khawarij dan Mu'tazilah ialah kerana mereka tidak menganggap amal bil arkaan sebagai juzu' mukawwin iman seperti dua aliran yang meneleweng itu. Mereka hanya menganggapnya juzu' mukammil atau mutammim semata-mata. Tuduhan terhadap golongan kedua sebagai Murji'ah agak meluas di suatu ketika dahulu sehingga asy-Syahristaani di dalam kitabnya alMilal wa an-Nihal membahagikan Murji'ah kepada dua puak.
Pertama: Murji'ah ahli biďah. Mereka ini langsung tidak memandang penting terhadap sebarang amalan dalam kehidupan berugama.
Kedua: Murji'ah Ahli as-Sunnah. Mereka ini meskipun tidak menganggap amal bil arkaan sebagai juzu' iman, tetapi sangat mengambil berat tentangnya. Selain sangat kuat beramal, mereka juga merupakan pengikut Sunnah yang setia. Daripada keterangan asy-Syahristaani itu dapat disimpulkan golongan kedua tadi kalau pun telah dipanggil sebagai Murji'ah, ia bukanlah Murji'ah yang sesat tetapi termasuk dalam Murji'ah Ahli as-Sunnah yang sangat mengambil berat tentang amalan dan sangat kuat beramal mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. Banyak sekali terdapat ayat-ayat al-Qur'an yang membuktikan bahawa pembentukan iman tidak akan lengkap tanpa adanya keimanan dan amalan keta'atan, kedua-duanya sekali. Sebanyak 34 tempat di dalam al-Qur'an di mana tersebut
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ
Antara lainnya ialah dua ayat berikut:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ
Bermaksud: ”Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan melakukan amalan-amalan saleh,..”
Mengikut qaedah ilmu Nahu 'Arab. kata sendi yang memisahkan di antara perkataan dan di dalam ayat di atas ialah و (dan). Wau itu pula adalah Wau 'Athaf (واو العطف)
yang membawa maksud pemisah di antara dua atau lebih kata perbuatan atau kata nama
166
Tiada ulasan:
Catat Ulasan