Jumaat, Disember 25, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 167

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 167


___________________________________________________________
yang berbeza hakikatnya (يقتضي ابمغايرة) la menunjukknn iman dan amal saleh itu adalah  dua entiti yang berlainan tetapi saling melengkapi satu sama lain. Di dalam satu ayat yang lain pula iman digambarkan sebagai satu syarat untuk sahnya amal saleh, iaitu

An-Nahl 16:97
مَنْ عَمِلَ صَٰلِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةً طَيِّبَةًۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kanni akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (an-Nahl: 97).

Walaupun percanggahan di antara pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas kelihatan tidak sebesar mana pun pada pandangan orang-orang yang tidak mengetahuinya atau orang-orang yang tidak mengikuti perkembangan perbahasan mengenainya, tetapi kesan daripada perselisihan tersebut boleh membawa kepada pertikaian hukum 'aqidah yang agak kompleks. Contohnya bagi
 ulama' Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah, seseorang yang beriman tidak boleh melakukan apa jua amalan yang bertentangan dengan 'aqidah seperti menyembah berhala atau perbuatan dan ucapan berunsur syirik selainnya, kerana perbuatan seumpama itu boleh merosakkan 'aqidah atau imannya. Sebaliknya amalan-amalan seumpama itu tidak akan meninggalkan apa-apa kesan pun kepada iman pelakunya menurut pegangan Murji'ah dan Karraamiyyah. Justeru pelakon-pelakon yang memegang watak-watak orang-orang kafir dengan melakukan aksi menyembah berhala seperti yang biasa dilakonkan oleh bintang-bintang filem Hindustan atau Bollywood yang beragama Islam, pada hakikatnya mencerminkan kewujudan ajaran Murji'ah atau Karraamiyyah hingga dewasa ini. Malah tanpa kita sedari juga, 'aqidah Murji'ah dan Karraamiyyah tetap masih dipraktikkan di zaman moden ini apabila tidak kurangnya jumlah orang-orang Islam yang mengahwini orang-orang kafir dan menjalani kehidupan tanpa panduan dan suluhan agama. Antara ciri-ciri umum yang terdapat pada semua aliran ajaran sesat ialah ajaran mereka terpesong daripada landasan Sunnah Nabi s.a.w. Punca utamanya ialah kerana sikap membelakangi hadits-hadits Baginda s.a.w. Maka al-Qur'an ditafsir sesuka hati tanpa merujuk dan memadankannya dengan interpretasi hadits. Contohnya ayat:وَٱعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ ٱلْيَقِينُ 
Bermaksud: dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu yakin. (al-Hijr: 99). 

Yakin yang tersebut di dalam ayat ini telah di tafsir oleh golongan ilmu isi (satu aliran sufi yang sesat) dengan tempoh yang diwajibkan kepada seseorang untuk menyembah tuhan ialah sebelum datang keyakinan (ma'rifat) kepadanya. Sebaik sahaja keyakinan datang di dalam jiwanya, maka menyembah Tuhan bukan lagi menjadi kewajibannya. Sedangkan Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah mentafsirkan perkataan al-yaqin di dalam ayat itu dengan kematian. Dalil yang paling jelas untuk mentafsirkan maksud ayat tersebut ialah amalan Nabi s.a.w. sendiri serta amalan para sahabat Baginda yang tidak pernah jemu dan berhenti daripada melakukan ibadat-ibadat dan amalan-amalan ketaatan yang lain. Mereka sebaliknya sentiasa meningkatkan usaha dalam memperbanyakkan amalan sunat sehingga ke akhir hayat. Maka bolehkah seseorang menyimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w, dan para sahabatnya tidak pernah sampai ke maqam yakin di sepanjang hayat mereka, lantaran mereka terus beribadat sampai ke akhir hayat? Oh, kalau begitu golongan ilmu isi lebih hebat lagilah daripada Rasulullah dan para sahabatnya! Antara hadits yang menggunakan perkataan al-yaqin dengan erti kematian ialah hadits Ummul

167


Tiada ulasan:

Catat Ulasan