Sahih bukhari kitab iman sesi 01 170
___________________________________________________________
Ash-Shu'ara' 26:63
فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ
Lalu Kami wahyukan kepada Musa, “Pukullah laut itu dengan tongkatmu.” Maka terbelahlah lautan itu, lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu (terangkat)seperti gunung yang besar
Walaubagaimanapun golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah tetap menerima kesemua hadits yang terbukti sahih datangnya dari Nabi atau para sahabat Baginda. Kredibiliti para sahabat tidak pernah mereka ragui apalagi dipertkai atau dicemuh. Sekiranya kesalahan-kesalahan para sahabat seperti meminum arak, berzina dan sebagainya dijadikan alasan oleh golongan yang para sahabat dengan mendakwa bahawa kejujuran mereka juga tidak mustahil boleh tercemar. Sekiranya kesalahan- kesalahan tersebut sudah terbukti menjadi satu teladan dalam pembentukan syariat Islam. Kerana proses pembentukan hukum syariat tidak akan berjalan dengan lancar tanpa insiden-indsiden yang telah mereka alami, di samping tiada sebarang bukti yang menunjukkan mereka pernah berbohong. Dalam masa yang sama kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan bukanlah menjadi suatu penyebab yang merendahkan martabat dan keimanan mereka. Sebaliknya kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan adalah satu bukti yang menunjukkan bahawa terdapat hikmah yang sengaja diatur oleh Allah s.w.t. untuk membantu RasulNya menjelaskan dengan lebih terang lagi pelaksanaan hukum-hukum kepada umat Baginda. Tanpa sebarang contoh kesalahan yang dilakukan oleh para sahabat, pelaksanaan hukum secara praktikal mustahil ditunjukkan dengan tepat dan jelas. Bahkan kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan tidak pernah mencacatkan kejujuran mereka bila mereka sendiri terbukti berani mengakui kesalahankesalahan yang telah dilakukan di hadapan Baginda s.a.w. Misalnya seorang sahabat yang bernama Ma'iz al-Aslami r.a. yang datang sendiri menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta Baginda menjalankan hukuman ke atasnya setelah beliau mengaku telah berzina. Tetapi setiap kali beliau berbuat demikian, Nabi akan memalingkan wajah Baginda daripadanya dan memuruhnya pulang. Namun setelah beliau datang lagi pada kali yang keempat, Nabi s.a.w. telah berkata kepadanya, "Engkau gilakah?" Ma'iz lantas menafikan dan meminta agar Nabi segera menjalankan hukuman ke atasnya. Setelah hukuman dijalankan, terdapat para sahabat yang meyatakan kekesalannya terhadap keterlanjuran yang telah beliau lakukan, namun perbuatan demikian terus ditegur oleh Nabi s.a.w. dengan mengatakan bahawa Baginda telah melihat beliau sedang berenang-renang di dalam syurga. Baginda s.a.w. juga telah bersabda:
لَقَدْ تَابَ تَوْبَةً لَوْ قُسِمَتْ بَيْنَ أُمَّةٍ لَوَسِعَتْهُمْ
Bermaksud: Dia telah benar-benar bertaubat (dan nilai taubatnya itu begitu tinggi) sehingga kalau taubatnya itu dibahagi-bahagikan di antara sekumpulan besar manusia niscaya ia masih mencukupi (untuk diterima Allah).
(Lihat Sahih Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmizi, Daaraquthni, Abu 'Awaanah dan lain-lain).
Demikianlah ketinggian iman para sahabat yang cuba dipersenda-sendakan oleh musuh-musuh Islam. Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk dijadikan senjata dapat mencederakan kejujuran para sahabat dalam agama Sedangkan Ma'iz al-Aslami tidak pernah ditonjôlkan oleh tokoh-tokoh muhadditsin sebagai dari kalangan sahabat yano hadits. Tidak ada satu pun hadits yang oleh beliau. Andaikata beliau ada hadits, tetap akan diterima. Apatah lagi riwayat-riwayat daripada
170
Tiada ulasan:
Catat Ulasan