Jumaat, Disember 25, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 169

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 169

___________________________________________________________
melakukan amalan puasa seama tiga bulan berturut-turut iaitu pada bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan seperti yang diamalkan olcpeh sesetengah masyarakat kita pada hari ini, Kerana menurut hadits tidak ada sebuah hadits yang sahihpun yang menggalakkan pengamalannya.
Saiidina 'Umar sendiri pernah dilaporkan telah memukul orang yang cuba menghidupkan amalan puasa pada bulan Rejab. Oleh itu, sebagai pengikut Ahli as-Sunnah al-Jamaah yang sejati, anda sepatutnya mengambil sikap proaktif untuk membezakan diri anda daripada golongan sesat dan ahli bid'ah dengan menghidupkan Sunnah Nabi s.a.w. di samping melenyapkan amalan-amalan bid'ah yang sememangnya menjadi syi'ar ajaran golongan berkenaan. Kerana antara ciri-ciri yang disepakati oleh seluruh ajaran sesat ialah sikap mereka yang menolak hadits-hadits sahih atau sikap anti hadits mereka atas alasan masing-masing. Sebagai contohnya. golongan Mustazilah menolak hadits-hadits yang mereka rasakan bercanggah dengan logik atau aqal semasa. Kerana itulah mereka menolak hadits-hadits Israk Miraj dan Syaqqu as-Shadr(pembedahan dada Nabi s.a.w. oleh malaikat Jibril dan Mika'il) dan lain-Iain.
Sementara golongan Syiah akan menolak hadits-hadits yang diriwayatkan oleh selain Ahlul Bait.
Ahlul Bait mengikut dalam definisi dan fahaman mereka hanya terbatas kepada 'Ali. Fatimah, Hassan, Husain dan anak-anak cucu mereka yang terpilih sahaja. Manakala golongan Khawarij hanya membataskan penerimaan hadits kepada tempoh-tempoh dan individu-individu tertentu sahaja daripada kalangan sahabat. Contohnya riwayat Saiyyidina 'Utsman menurut mereka, hanya boleh diterima sebelum beliau kononnya terpesong pendirian dalam memegang tampuk pemerintahan sahaja. Dengan alasan kredibiliti beliau selepas itu telah tercemar. Malah menurut mereka lagi riwayat sekalian para sahabat yang terlibat dalam pertelagahan sesama sendiri terutamanya selepas peristiwa pembunuhan 'Utsman juga tidak boleh diterima lagi. Ini kerana mereka telah terlibat dengan percakaran dan peperangan sesama Islam yang menurut mereka termasuk dalam perbuatan dosa besar. Melakukan dosa besar pula menurut kepercayaan mereka akan menjadikan seseorang itu kafir! Jika diperhatikan dengan lebih jauh dan lebih halus, golongan-golongan yang menyeleweng dan terpesong daripada landasan Islam yang sebenar itu bukan sekadar berani menolak dan mempertikaikan hadits-hadits rasulullah s.a.w. sahaja, malah adakalanya mereka sama ada secara sedar atau tidak, berani menolak al-Qur'an sekalipun jika ia didapati bercanggah dengan prinsip-prinsip pegangan dan kepercayaan mereka. Sebagai contohnya lihat bagaimana peristiwa Nabi Musa telah membelah laut dengan tongkat Baginda tidak diterima oleh golongan Muktazilah. Padahal ia bukan sahaja tersebut di dalam hadits-hadits Nabi s.a.w., malah tersebut juga di dalam al-Qur'an, Tetapi oleh kerana ayat-ayat al-Qur'an dan hadits-hadits itu bercanggah dengan salah satu prinsip mereka iaitu menafikan adanya mukjizat para nabi a.s., mereka sama ada terus menolaknya atau menta'wilkannya dengan ta'wilan-ta'wilan yang bercanggah dan bertentangan sama sekali dengan al-Qur'an sendiri. Antara contoh takwilan mereka terhadap mu'jizat Nabi Musa a.s. yang telah membelah laut dengan tongkatnya ialah kata mereka bahawa kejadian yang sebenarnya telah berlaku ialah fenomena pasang surut air laut. Menurut mereka Nabi Musa a.s. adalah seorang yang arif tentang ilmu astronomi. Baginda a.s. sebenarnya telah merancang untuk melarikan kaumnya dengan menyeberangi laut pada waktu air laut akan surut. Tempoh surutnya juga telah diketahui oleh Baginda. Dalam perkiraan Nabi Musa. sebaik sahaja kaumnya berjaya menyeberangi laut, air taut akan pasang kembali dan ia akan mengakibatkan orang-orang yang mengekori mereka dari belakang

169


Tiada ulasan:

Catat Ulasan