Isnin, Disember 14, 2020

Tafsir asas quran nota 9(188)12

Tafsir asas quran nota 9(188)12

Al-Anfal 8:65
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ حَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَى ٱلْقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَٰبِرُونَ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفًا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ 
Bermaksud: Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu'min untuk berperang'. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu' niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu daripada orang kaflr, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti (al-Anfaal: 65)'

2.Daripada dua nasnasikh dan mansukh, terbukti manasikh datangnya terkemudian daripada mansukh melalui kenyataan yang dibuat oleh Nabi, sebagaimana terdapat didalam .Hadits berikut:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ  زِيَارَةِ الْقُبُورِ
Bermaksud: Dahulu aku menegah kamu daripada menziarahi kubur, sekarang ziarahilah.
(Hadits riwayat an-Nasaa'i,lbnu Majah. Ahmad, Ibnu Hibbaan' al-Haakim dan lain-lain)'

3. Penegasan melalui ijma'  ulama' bahawa nas nasikh memang datang kemudian daripada nas mansukh.

4.Melalui perbuatan amalan Nabi. Contohnya ialah,perbuatan Nabi yang merejam Maiz al-Aslami tanpa menyebatnya 100 kali telah menasakhkan hukum mengenai lelaki dan perempuan yang telah berkahwin yang berzina'. Nas yang dinasakhkan itu ialah Hadits yang
diriwayatkan oleh Muslim : 
جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ
Bermaksud: Sebatan 100 kali dan rejam'

Bahagian-Bahagian Nasakh
Nasakh dapat dibahagikan kepada empat bahagian' iaitu:
1.Nasakh secara terang atau shareh (النسخ الصَريح)
2.Nasakh Secara kandungan atau(السخ الصمي)
3. Nasakh Keseluruhan atau kulli (النسخ الكلي)

188

Tiada ulasan:

Catat Ulasan