Daurah tafsir 2019 sesi 15(36)nota 12(253)
Zaman Diturunkan
Surah Yasin diturunkan pada peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. attara tahun ke-6 hingga ke-10 kenabian, pada ketika itu Rasulullah dituduh sebagai penyair. Surah ini merupakan surah jalaliyyah iaitu surah yang menyatakan keagungan, kehebatan, kebesaran dan keperkasaan Allah.
1. Penggunaan ضمير (kata ganti) dalam bentuk جمع متكلم dalam surah ini, yang memberi erti kami
telah digunakan sebanyak 45 kali, ia merangkumi pengunaan ضمير منفصل seperti أنا dan نحن atau ضمير متصل seperti perkataan نُقرِقُ،نَشَا، نُحْيِي، لَدَينَا،أَغْشَينَا،جَعَلْنَا .
Penggunaan bentuk ضمر seperti ini adalah untuk
menyatakan keagungan, kebesaran, kehebatan dan keperkasaan seseorang. Hanya sekali sahaja digunakan bentuk مفرد untuk Allah di dalam surah ini iaitu pada firmanNya: وَأَنِ ٱعْبُدُونِىۚ sembahlah kamu akan Daku(Ayat:61)
Ya Sin 36:61
وَأَنِ ٱعْبُدُونِىۚ هَٰذَا صِرَٰطٌ مُّسْتَقِيمٌ
dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.”
Oleh kerana ia berkait dengan tauhid ibadat dan uluhiyyah maka bentuk mufrad itulah yang selayaknya digunakan, سبحان الله
2. Mizaj Jalali Surah Yasin
Orang yang membaca surah ini dengan penuh sedar dan faham akan terkesan dengan mizaj jalali yang terdapat di dalamnya, ia akan menguasai jiwa dan pemikiran manusia yang membacanya. غير الله tidak akan menghantui fikirannya lagi, dia akan percaya sepenuhnya tentang kekuasaan dan iradat Allah, setiap ayat yang dibacanya semakin memperteguh perasaan yang menguasai dirinya dan apabila sampai ke penghujung surah, kekuasaan mutlaq Allah yang tergambar pada firmanNya كن فيكون membawa pembacanya ke mercu ketinggian dan ucapan terakhir di dalam surah ini sebaik saja didengar akan mendorong seseorang terus bersedia menghadapi alam akhirat.
Kelebihan Surah Yasin
Tidak terdapat satu pun hadits sahih berhubung dengan kelebihan Surah Yasin, yang ada hanyalah beberapa hadits dha'if ada juga antara hadits yang menyatakan kelebihannya maudhu'. Kebanyakan orang membacanya semata-mata untuk mendapatkan pahala atau untuk mendapat apa-apa hajatnya.
Perkaitan Surah Yasin Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Fathir telah disebutkan akibat orang-orang yang berasa diri mereka paling kuat, Surah
Yasin ini pula memperincikan sifat-sifat iradat dan kuasa mutlaq Allah sebagai dalil kepada tauhid qudrat dan iradatnya.
2. Di dalam Surah Yasin ini dikatakan kepada Rasulullah bahawa engkau memang salah seorang rasul,
di dalam Surah as-Shaffat akan datang, khidmat para rasul diakui dan dihargai apablla diucapkan "Salam" kepada mereka.
253
Tiada ulasan:
Catat Ulasan