Daurah tafsir 2019 sesi 17(42)nota13(285)
Zaman Diturunkan Surah Dan Latar Belakangnya
Surah as-Syuura adalah yang ke-3 daripada rangkaian surah-surah حَوامِيم, ia diturunkan di peringkat terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah sekitar tahun ke-13 Kenabian. Itu juga zaman diturunkan Surah az-Zukhruf, Surah al-An'aam dan Surah al-A'raaf ketika mana berlaku pakatan jahat untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Ketika itu orang-orang Quraisy terus meragui da'wah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Maulana Amin Ahsan Islahi menulis: Surah ini adalah sebagai surah selamat tinggal kepada kehidupan di Mekah, surah ini sebenarnya adalah pendahuluan kepada tertegaknya negara Islam di Madinah. Di dalamnya diberikan bimbingan-bimbingan dan arahan-arahan untuk melaksanakan syari'at Allah, menegakkan agama dan melaksanakan sistem syura demi mencapai keadilan kemasyarakatan dalam negara Islam. Surah ini menjelaskan tauhid haakimiyyah setelah dibuat
perbandingan di antara syari'at Allah dan undang-undang rekaan manusia.
Perkaitan Surah As-Syuura Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah حم السجدة telah dinyatakan sikap sombong yang ditunjuk oleh musuh-musuh Allah (أعْدِاءُ الله di muka bumi, Surah as-Syuura ini pula sebaliknya menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil berpandukan wahyu dari langit. Umat Islam hendaklah menegakkan sebuah negara Islam berasaskan syura untuk membasmi dan menghapuskan musuh-musuh Allah.
2. Di dalam Surah az-Zukhruf akan datang diceritakan tentang haakimiyyah Allah dalam kedua-dua sistem takwini dan tasyri'iNya. Musuh-musuh Allah tidak menjadikan Allah sebagai hakim dan penguasa tertinggi sebaliknya menganggap diri sendiri sebagai hakim dan penguasa tertinggi, dengan itu mereka telah bertindak seperti Fir'aun yang berkuasa di zamannya.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Melalui perkataan كَذَلِكِ dijelaskan bahawa kerasulan dan kenabian Muhammad adalah seperti kerasulan dan kenabian para nabi dan rasul terdahulu. Jawatan kenabian bukanlah suatu perkara baharu dan pelik. Di dalam surah ini, perkataan كَذَلِكِ disebut beberapa kali, dengannya dikaitkan silsilah risalah Nabi Muhammad s.a.w. dengan risalah para rasul terdahulu. كَذَلِكِ disebutkan sebanyak 3 kali (Ayat: 3, 7 dan 52). Pada ayat ke-15, satu kali ia disebut dengan lafaz فَلِذَٰلِكَ
Ash-Shura 42:3
كَذَٰلِكَ يُوحِىٓ إِلَيْكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكَ ٱللَّهُ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Demikianlah Allah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana mewahyukan kepadamu (Muhammad) dan kepada orang-orang yang sebelummu.
Ash-Shura 42:7
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ قُرْءَانًا عَرَبِيًّا لِّتُنذِرَ أُمَّ ٱلْقُرَىٰ وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ ٱلْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِۚ فَرِيقٌ فِى ٱلْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِى ٱلسَّعِيرِ
Dan demikianlah Kami wahyukan Al-Qur'an kepadamu dalam bahasa Arab, agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang hari berkumpul (Kiamat) yang tidak diragukan adanya. Segolongan masuk surga dan segolongan masuk neraka.
Ash-Shura 42:15
فَلِذَٰلِكَ فَٱدْعُۖ وَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْۖ وَقُلْ ءَامَنتُ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِن كِتَٰبٍۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُۖ ٱللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْۖ لَنَآ أَعْمَٰلُنَا وَلَكُمْ أَعْمَٰلُكُمْۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُۖ ٱللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَاۖ وَإِلَيْهِ ٱلْمَصِيرُ
Karena itu, serulah (mereka beriman) dan tetaplah (beriman dan berdakwah) sebagaimana diperintahkan kepadamu (Muhammad) dan janganlah mengikuti keinginan mereka dan katakanlah, “Aku beriman kepada Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan agar berlaku adil di antara kamu. Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami perbuatan kami dan bagi kamu perbuatan kamu. Tidak (perlu) ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah (kita) kembali.”
Ash-Shura 42:52
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدْرِى مَا ٱلْكِتَٰبُ وَلَا ٱلْإِيمَٰنُ وَلَٰكِن جَعَلْنَٰهُ نُورًا نَّهْدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنْ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِىٓ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) rµh (Al-Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah Kitab (Al-Qur'an) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Qur'an itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus,
2. Di dalam surah ini dijelaskan 3 cara wahyu disampaikan kepada para rasul, cara ke-4 iaitu melalui mimpi telahpun tersebut di dalam Surah as-Shaffat dalam peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan panaknya Nabi Isma'il.
(a) Melalui isyarat pantas yang A1lah masukkan ke dalam hati seseorang nabi (وَحْيَا).
(b) Bercakap dari balik tabir (أَوْ مِنْ وَّرَا حِجَابٍ)
285
Tiada ulasan:
Catat Ulasan