Tafsir asas quran nota 9(218)13
Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, dan supaya kamu bersyukur. (al-Baqarah:185).
Sesetengah 'ulama' muta'akkhirin tidak menerima ayat 184 Surah al-Baqarah itu dimansukhkan oleh ayat 185. Ayat 184 bagi mereka adalah muhkam, tidak mansukh. Ia dilepaskan dalipada hukum nasakh dengan beberapa ta'kwilan berikut:
(i) Dengan mentaqdirkan haraf لا sebelum perkataan يطيقونه. Ia adalah suatu penggunaan yang lumrah dalam bahasa 'Arab. Jadi ertinya ialah: [Dan wajib bagi orang-orang yang tidak mampu mengerjakannya (tidak mampu berpuasa) membayar fidyah (iaitu): memberi makan kepada
seorang miskin.] Ia bagi mereka ini boleh dipakai oleh orang-orang terlalu tua dan tidak mampu berpuasa atau orang-orang lain yang tidak mampu berpuasa kerana sebab-sebab lain seperti sedang mengandung, menyusu dan sebagainya. Sedangkan ayat 185 itu pula untuk
orang-orang yang sememangnya mampu berpuasa.
(ii) Shah Waliyy'ullah juga tidak menerima ayat 184 Surah al-Baqarah dimansukh oleh ayat 185 dari Surah yang sama. Tetapi cara ta'wilan beliau berbeza daripada cara ta'rvilan
golongan pertama tadi. Kalau golongan (i) mengatakan marji' dhamir pada perkataan يطيقونه ialah perkataan الصيام yang telah tersebut sebelumnya, maka Shah Waliyyullah pula mengatakan marji'nya ialah perkataan فدية yang terletak selepasnya. Tidak menjadi kesalahan sesuatu dhamir kembali kepada perkataan yang terletak selepasnya, jika perkataan itu pada rutbah (pangkat / kedudukan sebenarnya) sememangnya berada sebelum dhamir berkenaan. Ini kerana perkataan فدية di dalam tarkib (susunan ayat) itu menjadi mubtada' mu'akkhar disebabkan ia merupakan isim nakirah, dan firman Allah وعلى الذين يطيقونه pula merupakan khabar muqaddamnya. Oleh kerana mubtada' pada rutbahnya mendahului khabar, maka harus
dhamir pada يطيقونه dikembalikan kepadanya. Soal bagaimana dhamir pada يطيقونه yang muzakkar itu boleh dikembalikan kepada فدية juga tidak timbul bagi Shah Waliyyullah, kerana perkataan فدية ditakwilkan dengan perkataan طعام. Jadi ertinya menurut Shah Waliyullah
ialah: Dan wajib bagi orang-orang yang mampu. memberi makan iaitu memberi makan kepada seorang miskin. Maksud firman Allah itu bagi Shah Waliyyullah ialah mewajibkan Zakat Fithrah berupa makanan kepada seorang miskin ke atas orang-orang yang mampu
(kaya) sebelum mereka habis berpuasa di bulan Ramadhan. Sebagaimana Allah juga memerintahkan agar orang-orang Islam bertakbir selepas selesai berpuasa di bulan Ramadhan
218
Tiada ulasan:
Catat Ulasan