K700.Mungkinkah sekolah dibuka secara penggiliran?
1. Saya sangat setuju jika sekolah dibuka dengan SOP ketat dan membuat penggiliran.
2. Satu hari, cukup satu aliran sahaja. Contohnya hari Isnin hanya murid tahun 1, hari Selasa murid tahun 2 dan seterusnya.
3. Jika hanya ada satu aliran, maka boleh perbanyakkan kelas. Satu kelas 10-15 murid sahaja. Jarak dapat dijaga, makanan pula dihantar ke kelas.
4. Tak perlu wajibkan kehadiran ini kerana mungkin ada yang memilih untuk terus belajar di rumah. Yang memilih belajar di rumah, modul secara online, offline dan off-site diberi. So, mereka pun tidak tertinggal.
5. Pada saya, pembelajaran secara bersemuka ini penting untuk menjaga emosi dan kesihatan mental anak-anak kita. Mereka terkurung di rumah, terperap dengan gadget sahaja tanpa dapat bermain, berinteraksi, berhubung dan meluahkan perasaan pada kawan-kawan dan guru.
6. Sesi bersemuka ini BUKAN untuk guru mengajar secara serius bagi menghabiskan silibus dan memberi latih tubi KBAT yang banyak dan padat. BUKAN itu tujuannya.
7. Sesi bersemuka ini untuk kita release stress anak-anak kita, untuk jaga tangki emosi mereka, untuk mengelakkan mereka depress, kemurungan dan ada gangguan kesihatan mental.
8. Usah tumpu untuk kejar akademik masa ni, masa ni kita tumpu untuk repair kerosakan emosi anak-anak kita akibat PKP, akibat berkurung, akibat kurangnya pergaulan sesama rakan sebaya dan guru-guru mereka.
9. Sesi bersemuka ini tak perlu lama. Cukup 3 jam sehari. Mula jam 8 pagi, tamat jam 11 pagi.
10. Masa 3 jam ini diperuntukkan sepenuhnya untuk mendengar luahan murid-murid, laksanakan aktiviti menarik seperti senam robik, bercerita, menyanyi, sketsa dan apa jua permainan yang menyeronokkan tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Bermaksud permainan yang patuh SOP sepenuhnya.
11. Jika pun ada pembelajaran semasa tempoh bersemuka, tak perlu secara formal dengan buka buku, buat latihan bagai. Cukup selingan melalui cerita, soal jawab secara santai dan melalui permainan.
12. Ingat, kita fokus kelas secara terbuka untuk repair emosi mereka, untuk jaga kesihatan mental mereka. Bukan untuk kejar silibus yang tinggi melangit, bukan juga untuk mereka diberi latihan banyak-banyak.
13. Soal silibus dan akademik, kita ajar melalui PdPR. Kita bagi rakaman video, kita buat kelas online, kita bekalkan modul dan lembaran kerja untuk mereka buat di rumah. Ikut cara mana yang sesuai dengan murid-murid kita di sekolah.
14. Sesi bersemuka ini sangat penting untuk kita tekankan Fun, Happy and Enjoy. Kita fokus bagi mereka gembira dan dapat keluar bergaul dengan kawan-kawan sahaja. So, jangan fokus pada pembelajaran akademik.
15. Dalam kerisauan kita dengan silibus dan pelajaran yang anak-anak tertinggal, kita terlupa nak jaga tangki emosi mereka agar stabil dan sihat.
16. Kita asyik tumpu dan cari cara agar pembelajaran dapat disampaikan bila PKP bermula sampai terlupa anak-anak itu punya perasaan dan emosi yang perlu dijaga.
17. Jangan kerana kita terlalu tumpu untuk melihat anak-anak berjaya dan dapat pendidikan terbaik semasa PKP hingga menjejaskan emosi dan kesihatan mental anak-anak kita.
18. Kita semua setuju pendidikan itu penting dan perlu berterusan. Kita semua juga sepatutnya setuju emosi anak-anak sangat penting untuk masa depan mereka.
19. Jadi buat ibubapa semua, tolong jaga emosi anak-anak kita di rumah dengan baik. Kadang kita tak sedar sebenarnya anak kita stress, murung, depress, tertekan dengan PKP yang dilaksanakan ini.
20. Sentiasa mendengar pandangan mereka, bagi tumpuan dan ajar mereka bercerita serta meluahkan. PKP ini ujian besar untuk kita semua. Dan dalam ujian sebenarnya banyak rahmat yang terkandung jika kita perhati dan peduli.
**********
Artikel ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sebagai seorang bapa yang ada dua anak di sekolah rendah, dan seorang di tadika.
Ia juga mewakili pandangan peribadi saya sebagai seorang guru sekolah rendah yang berpengalaman selama 16 tahun di lapangan.
Ia tidak mewakili sekolah, daerah, negeri, jabatan yang saya bertugas.
Kalian bebas untuk bersetuju atau tidak dengan pandangan ini. Jika tidak bersetuju, atau jika ada nak tambah point lain, tulis pandangan kalian dengan berhemah di ruangan komen.
Jika ada yang sependapat dengan saya, jom kita sama-sama share agar pandangan dan suara kita meluas dan didengari oleh orang atasan yang ada kuasa.
Sepaling tidak, mereka tahu apa pandangan kita dan apa yang kita rasa perlu dilaksanakan.
Apa pun, kita semua terikat dengan MKN dan peraturan sewaktu PKP ini. Jika mereka rasa ianyanya sesuai dan boleh dilaksanakan, kita sangat berbesar hati.
Namun jika tidak dibenarkan dengan alasan keselamatan atau apa jua alasan munasabah yang lain, kita terima dengan hati yang terbuka. Sepaling kurang kita telah berusaha untuk menyatakan pendirian dan pandangan kita.
Sekian, terima kasih.
P/s : Gambar pada tahun 2017. Masa ni mengajar Tahun 1. Seronok sungguh bila dikenang kembali.
#MFS
- Guru sekolah rendah yang cintakan profesion pendidikan -
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan