Rabu, Januari 20, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 009 723

Sahih bukhari kitab solat sesi 009 723

nabi S.A. W., Sabda Baginda: "Paha ltu Aurat".⁸²⁰ Anas Berkata: Nabi s.A.W. menyingkap (Kain yang (Dipakainya) Sehingga Terdedah Pahanya".⁸²¹ Abu 'Abdillah

_________________
mentarjihkan pendapat ini. Golongan keempat berpendapat paha adalah aurat, tetapi 'aurat yang mukhaffafah bukan 'aurat mughallazah. Imam Bukhari antara tokoh yang berpendapat begini. Selain beliau Ibnu al-Qaiyyim dan sebilangan besar ashhab Malik, Syafi'e dan Ahmad. Al-Baaji di dalam al-Muntaqanya menulis bahawa Abu Hanifah juga diriwayatkan ada berkata: Aurat terbahagi kepada dua. Mughallazah dan mukhaffafah". Ini bererti salah satu pendapat beliau juga sama seperti pendapat Bukhari.

⁸²⁰ Mula-mula sekali Imam Bukhari r.a. membawa hujah pihak pertama yang mengatakan paha itu 'aurat. Hujah mereka ialah hadits "Paha itu 'aurat". Hadits ini diriwayatkan daripada Ibni 'Abbaas, Jarhad dan Muhammad bin Jahsyin. Tiga orang inilah yang disebut oleh Bukhari di sini. Berdasarkan kitab-kitab Iain ada dua orang lagi yang meriwayatkannya iaitu 'Ali dan Qabishah bin Mukhaariq. Bagi Bukhari hadits-hadits tentang paha adalah 'aurat, pada keseluruhannya adalah dhaif. Kalau ada pun yang dikatakan sahih seperti hadits Jarhad, ia masih lagi dipertikaikan dan jika diandaikan sahih sekalipun, kesahihannya tidak dapat menandingi hadits-hadits yang dipegang oleh golongan yang mengatakan paha bukan  aurat. Kerana itu beliau mengemukakannya secara ta'liq dan dengan sighah tamridh sahaja. Hadits Ibnu 'Abbaas diriwayatkan menerusi Abi Yahya al-Qattaat daripada Mujahid daripada beliau (Ibnu  Abbaas r.a.) katanya: "Pernah Nabi s.a.w. lalu dekat seorang lelaki yang terdedah pahanya. Baginda terus berkata kepadanya: "Tudung (tutup) pahamu itu. Kerana paha seseorang termasuk dalam 'auratnya." Demikian diriwayatkan oleh Ahmad, Thabarani, Hakim, Baihaqi dan Iain-lain. Imam Tarmizi meriwayatkannya secara ringkas dengan lafaz  الفخذ عورة dan beliau mengatakan hadits ini hasan. Abu Yahya al-Qattaat, namanya ialah Abdur Rahman bin Dinar. Imam Ahmad, Yahya dan kebanyakan  ulama' menganggapnya dha'if. Ada juga orang berkata Habib bin Abi Tsabit merupakan mutaabi' kepadanya dalam meriwayatkan hadits ini. Tetapi isnadnya juga tidak sahih. Hadits Jarhad diriwayatkan oleh ramai tokoh-tokoh hadits seperti Hakim, Ibnu Abi Syaibah, Abu Daud, Daarimi, Abu Ya' la, Ibnu Hibbaan dan Iain-lain. Imam Bukhari sendiri ada meriwayatkannya di dalam at-Taarikh al-Kabir. Tarmizi meriwayatkannya melalui tiga saluran sanad. Berikut dikemukakan ketiga-tiganya berserta komen beliau:
(١)٢٧١٩ - حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ زُرْعَةَ بْنِ مُسْلِمِ بْنِ جَرْهَدٍ الْأَسْلَمِيِّ عَنْ جَدِّهِ جَرْهَدٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجَرْهَدٍ فِي الْمَسْجِدِ وَقَدْ انْكَشَفَ فَخِذُهُ فَقَال إِنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ مَا أَرَى إِسْنَادَهُ بِمُتَّصِلٍ
2719. Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Umar telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu An Nadlrah bekas budak Umar bin 'Ubaidullah, dari Zur'ah bin Muslim bin Jarhad Al Aslami dari kakeknya yaitu Jarhad ia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melintasi Jarhad di masjid, sedangkan pahanya tersingkap, maka beliau bersabda: "Sesungguhnya paha itu aurat." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan, menurutku sanadnya tidak bersambung.

(٢)٢٧٢٠ - حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَّالُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ جَرْهَدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِهِ وَهُوَ كَاشِفٌ عَنْ فَخِذِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَطِّ فَخِذَكَ فَإِنَّهَا مِنْ الْعَوْرَةِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
2720. Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Ali Al Khallal telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Abu Az Zinad ia berkata; telah mengabarkan kepada kami Ibnu Jarhad dari Ayahnya bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melewatinya ketika itu pahanya tersingkap, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tutuplah pahamu karena itu termasuk aurat." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan.

(٣)٢٧٢١ - حَدَّثَنَا وَاصِلُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ عَنْ الْحَسَنِ بْنِ صَالِحٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَرْهَدٍ الْأَسْلَمِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْفَخِذُ عَوْرَةٌ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
2721. Telah menceritakan kepada kami Washil bin Abdul A'la telah menceritakan kepada kami Yahya bin Adam dari Al Hasan bin Shalih dari Abdullah bin Muhammad bin 'Uqail dari Abdullah bin Jarhad Al Aslami dari Ayahnya dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabada: "Paha itu aurat." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan gharib, melalui sanad ini.


Selepas Tarmizi mengemukakan hadits pertama, beliau berkata hadits ini hasan. Selepas itu beliau berkata pula saya tidak fikir hadits ini bersambung sanadnya. Ini bererti hadits ini terputus sanadnya. Hadits yang sanadnya terputus adalah dha'if. Tarmizi selalu menggunakan istilah hasan untuk hadits dha'if apabila ada beberapa sanadnya. Walaupun kesemuanya adalah dhaif. Istilah hasan di sini tidak sama sekali seperti hasan yang dipakai oleh jumhur 'ulama' hadits.

723


Tiada ulasan:

Catat Ulasan