Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 008 715

Sahih bukhari kitab solat sesi 008 715

٣٥٢ - حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَامَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ عَنْ الصَّلَاةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ فَقَالَ أَوَكُلُّكُمْ يَجِدُ ثَوْبَيْنِ ثُمَّ سَأَلَ رَجُلٌ عُمَرَ فَقَالَ إِذَا وَسَّعَ اللَّهُ فَأَوْسِعُوا جَمَعَ رَجُلٌ عَلَيْهِ ثِيَابَهُ صَلَّى رَجُلٌ فِي إِزَارٍ وَرِدَاءٍ فِي إِزَارٍ وَقَمِيصٍ فِي إِزَارٍ وَقَبَاءٍ فِي سَرَاوِيلَ وَرِدَاءٍ فِي سَرَاوِيلَ وَقَمِيصٍ فِي سَرَاوِيلَ وَقَبَاءٍ فِي تُبَّانٍ وَقَبَاءٍ فِي تُبَّانٍ وَقَمِيصٍ قَالَ وَأَحْسِبُهُ قَالَ فِي تُبَّانٍ وَرِدَا

352- Sulaiman bin Harb meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammaad bin Zaid meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Muhammad daripada Abi Hurairah, katanya: Seorang lelaki bangun dan pergi di hadapan Rasulullah s.a.w. lalu dia bertanya tentang sembahyang dengan memakai hanya sehelai kain. Nabi s.a.w. bertanya kembali lelaki itu: "Adakah semua orang mempunyai dua helai kain?". Kemudian ada seorang lelaki bertanya 'Umar (tentang perkara yang sama),  Umar menjawab: "Apabila Allah memperluaskan (rezeki  kepadamu), maka perluaskanlah (nimatilah rezekiNya itu).
Seseorang itu boleh memakai beberapa pakaian. Dia boleh bersembahyang dengan

__________
sempurna. Jika seseorang memakai salah satu daripada yang disebut beliau di dalam tajuk bab ini, itupun sudah mencukupi dan memadai. Pertama: Baju labuh. Kedua: Seluar panjang. Ketiga: Seluar pendek. Keempat: Baju kelawar. Beliau menyimpulkan kecukupan dan keharusan itu daripada sabda Nabi s.a.w. apabila ditanya orang: "Bolehkah bersembahyang dengan memakai hanya sehelai kain?" Baginda s.a.w. menjawab dengan bertanya kembali: "Adakah semua orang mempunyai dua helai kain?". Mafhumnya ialah kalau semua orang tidak mempunyai dua helai kain, malah di kalangan kita ada ramai orang yang hanya mempunyai sehelai kain. Adakah kewajipan bersembahyang telah gugur daripadanya? Pernahkah kamu dengar aku melarang orang bersembahyang kerana memakai sehelai kain? Jika tidak, bermakna orang yang mempunyai hanya sehelai kain tetap wajib bersembahyang. Bagaimana dia akan bersembahyang? Jawabnya ialah dengan memakai sehelai kain yang ada padanya itulah. Sekarang perhatikan, bukankah sehelai baju labuh itu sehelai kain? Bukankah sehelai seluar panjang itu sehelai kain? Bukankah sehelai seluar pendek itu sehelai kain? Dan bukankah sehelai baju kelawar itu sehelai kain juga? Jika jawabnya ya, maka setiap satu daripadanya harus dipakai untuk sembahyang. Setiap satu daripadanya secara berasingan memadai untuk sahnya sembahyang.
Abdur Razzaaq dan Baihaqi dengan isnad masing-masing meriwayatkan bahawa Ubai bin Kasab pernah berbahas dengan  Abdullah bin Mas'ud tentang boleh atau tidak bersembahyang dengan hanya memakai sehelai pakaian. Ubai berpendapat boleh, tidak mengapa. Rasulullah s.a.w. telah bersembahyang dengan memakai sehelai kain. Ibnu Mas'ud pula berkata: "Memang boleh, tetapi pada ketika orang dalam kemelaratan dan tidak mempunyai pakaian yang banyak. Dalam keadaan senang mereka mestilah memakai dua helai kain. Lalu 'Umar naik ke atas mimbar dan berkata: "Yang betul ialah pendapat Ubai, bukan pendapat Ibu Massud. Tetapi lbnu Mas'ud (juga) tidak cuai dan bermudah-mudah (dalam mengeluarkan pendapatnya)."

715



Tiada ulasan:

Catat Ulasan