Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 008 716

Sahih bukhari kitab solat sesi 008 716

memakai kain dan selendang , kain dan baju ,kain dan baju kelawar ,seluar panjang dan selendang ,seluar panjang dan baju ,seluar panjang dan baju kelawar,seluar pendek dan baju kelawar ,seluar pendek dan baju⁸¹². Kata perawi (Abu Hurairah ):Aku rasa dia  (Umar) ada berkata :Seluar pendek dan selendang. 

 - حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ عَلِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا يَلْبَسُ الْمُحْرِمُ فَقَالَ لَا يَلْبَسُ الْقَمِيصَ وَلَا السَّرَاوِيلَ وَلَا الْبُرْنُسَ وَلَا ثَوْبًا مَسَّهُ الزَّعْفَرَانُ وَلَا وَرْسٌ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ النَّعْلَيْنِ فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا حَتَّى يَكُونَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ وَعَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ

353.  'Ashim bin 'Ali meriwayatkan kepada kami katanya,  Ibnu Abu Dzi'b meriwayatkan kepada kami  dari Az Zuhri dari Salim dari Ibnu 'Umar berkata, "Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, "Apa yang boleh dipakai seseorang muhrim(orang berihram)?" Baginda shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Dia tidak boleh mengenakan baju, seluar, burnus (baju labuh yang bertudung kepala seperti baju hujan) dan  kain yang telah dicelup dengan celupan za'faran atau celupan wars. Sesiapa yang tidak memiliki selipar, dia hendaklah memakai khuf  tetapi khauf itu hendaklah dipotong hingga berada dibawah buku lali.
Hadis yang sama seperti diriwayatkan juga daripqda Nafi'
dari Ibnu 'Umar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam .
____________
⁸¹²Jawapan Saiyyidina Umar di dalam hadits ini menggambarkan contoh bagaimana seharusnya ni'mat yang diberi oleh Allah itu diaplikasikan. Dalam konteks sembahyang, pakaian yang lebih lengkap dan lebih sempurna dipakai semasa bersembahyang ialah salah satu daripada sembilan cara yang disebut beliau itu. Tetapi ini tidaklah berma'na beliau bermaksud menghadkan jumlah pakaian yang boleh dipakai ketika sembahyang kepada dua sahaja seperti yang disebutkannya itu. Tidak juga ia berma'na pasangan yang disebut itu adalah yang terbaik untuk dipakai. Apa yang diutarakannya itu hanya sekadar contoh semata-mata. Jika diperhatikan kepada jenis pakaian yang dikemukakan oleh Bukhari di dalam tajuk bab di atas, niscaya anda akan dapati semuanya telah disebutkan oleh Saidina Umar lama sebelum beliau.

⁸¹³ Perkaitan hadits ini dengan tajuk bab yang dikemukakan oleh Bukhari terletak pada baju, seluar, burnus dan kain yang dicelup dengan celupan za'faran atau wars. Semuanya yang tersebut itu dilarang muhrim (orang yang berihram) memakainya. Tetapi dalam keadaan halal (tidak berihram), semuanya tidak dilarang. Apabila dalam keadaan biasa ia boleh dipakai, bererti ia  juga boleh dipakai dalam sembahyang selain daripada yang biasa dipakai mereka.
 Tidak pernah Nabi s.a.w. mengajar sahabat-sahabatnya menyimpan pakaian khusus untuk sembahyang selain daripada yang biasa dipakai mereka. Menyuruh orang menyimpan dan memakai pakaian khusus untuk sembahyang selain daripada

716

Tiada ulasan:

Catat Ulasan