Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 008ss

Sahih bukhari kitab solat sesi 008ss


باب الصَّلاَةِ فِي الْقَمِيصِ وَالسَّرَاوِيلِ وَالتُّبَّانِ وَالْقَبَاءِ: 
9 - Bab : bersembahyang dengan memakai Baju Labuh, Seluar Panjang, Seluar  Pendek Dan Baju Kelawar.⁸¹¹

٣٥٢ - حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَامَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ عَنْ الصَّلَاةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ فَقَالَ أَوَكُلُّكُمْ يَجِدُ ثَوْبَيْنِ ثُمَّ سَأَلَ رَجُلٌ عُمَرَ فَقَالَ إِذَا وَسَّعَ اللَّهُ فَأَوْسِعُوا جَمَعَ رَجُلٌ عَلَيْهِ ثِيَابَهُ صَلَّى رَجُلٌ فِي إِزَارٍ وَرِدَاءٍ فِي إِزَارٍ وَقَمِيصٍ فِي إِزَارٍ وَقَبَاءٍ فِي سَرَاوِيلَ وَرِدَاءٍ فِي سَرَاوِيلَ وَقَمِيصٍ فِي سَرَاوِيلَ وَقَبَاءٍ فِي تُبَّانٍ وَقَبَاءٍ فِي تُبَّانٍ وَقَمِيصٍ قَالَ وَأَحْسِبُهُ قَالَ فِي تُبَّانٍ وَرِدَا

352- Sulaiman bin Harb meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammaad bin Zaid meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Muhammad daripada Abi Hurairah, katanya: Seorang lelaki bangun dan pergi di hadapan Rasulullah s.a.w. lalu dia bertanya tentang sembahyang dengan memakai hanya sehelai kain. Nabi s.a.w. bertanya kembali lelaki itu: "Adakah semua orang mempunyai dua helai kain?". Kemudian ada seorang lelaki bertanya 'Umar (tentang perkara yang sama),  Umar menjawab: "Apabila Allah memperluaskan (rezeki  kepadamu), maka perluaskanlah (nimatilah rezekiNya itu).
Seseorang itu boleh memakai beberapa pakaian. Dia boleh bersembahyang dengan memakai kain dan selendang , kain dan baju ,kain dan baju kelawar ,seluar panjang dan selendang ,seluar panjang dan baju ,seluar panjang dan baju kelawar,seluar pendek dan baju kelawar ,seluar pendek dan baju⁸¹².  Kata perawi (Abu Hurairah ):Aku rasa dia  (Umar) ada berkata :Seluar pendek dan selendang. 

 ٣٥٣- حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ عَلِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا يَلْبَسُ الْمُحْرِمُ فَقَالَ لَا يَلْبَسُ الْقَمِيصَ وَلَا السَّرَاوِيلَ وَلَا الْبُرْنُسَ وَلَا ثَوْبًا مَسَّهُ الزَّعْفَرَانُ وَلَا وَرْسٌ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ النَّعْلَيْنِ فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا حَتَّى يَكُونَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ وَعَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ

353.  'Ashim bin 'Ali meriwayatkan kepada kami katanya,  Ibnu Abu Dzi'b meriwayatkan kepada kami  dari Az Zuhri dari Salim dari Ibnu 'Umar berkata, "Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, "Apa yang boleh dipakai seseorang muhrim(orang berihram)?" Baginda shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Dia tidak boleh mengenakan baju, seluar, burnus (baju labuh yang bertudung kepala seperti baju hujan) dan  kain yang telah dicelup dengan celupan za'faran atau celupan wars. Sesiapa yang tidak memiliki selipar, dia hendaklah memakai khuf  tetapi khauf itu hendaklah dipotong hingga berada dibawah buku lali.Hadis yang sama seperti diriwayatkan juga daripada Nafi'dari Ibnu 'Umar dari Nabi saw.⁸¹³ 

باب مَا يَسْتُرُ مِنَ الْعَوْرَةِ: 
10-Bab : Aurat Yang mesti ditutup.⁸¹⁴

 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ اشْتِمَالِ الصَّمَّاءِ وَأَنْ يَحْتَبِيَ الرَّجُلُ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ لَيْسَ عَلَى فَرْجِهِ مِنْهُ شَيْءٌ

354.  Qutaibah bin Sa'id meriwayatkan kepada kami katanya ,  Laits meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Syihab dari 'Ubaidillah bin 'Abdillah bin 'Utbah dari Abu Sa'id Al Khudri,sesungguhnya beliau berkata "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang daripada berselimut  telanjang dan duduk ihtiba`(berpaut lutut) didalam satu  kain.
Selain kain itu tidak ada sesuatu apapun yang 
menutupi bagian kemaluannya.⁸¹⁵

٣٥٥ - حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ بْنُ عُقْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعَتَيْنِ عَنْ اللِّمَاسِ وَالنِّبَاذِ وَأَنْ يَشْتَمِلَ الصَّمَّاءَ وَأَنْ يَحْتَبِيَ الرَّجُلُ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ
355- Qabishah bin Uqbah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Abi az-Zinad daripada al-A'raj daripada Abi Hurairah, katanya: "Nabi s.a.w. melarang daripada dua macam jual beli iaitu (pertama) jual beli (semata-mata) berdasarkan sentuhan dan (kedua) jual beli (semata-mata) berdasarkan lontaran. Beliau s.a.w. juga melarang daripada berselimut telanjang dan duduk berihtiba' (berpaut lutut) di dalam satu kain.

 
٣٥٦ - حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ قَالَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَمِّهِ قَالَ أَخْبَرَنِي حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ بَعَثَنِي أَبُو بَكْرٍ فِي تِلْكَ الْحَجَّةِ فِي مُؤَذِّنِينَ يَوْمَ النَّحْرِ نُؤَذِّنُ بِمِنًى أَنْ لَا يَحُجَّ بَعْدَ الْعَامِ مُشْرِكٌ وَلَا يَطُوفَ بِالْبَيْتِ عُرْيَانٌ قَالَ حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ثُمَّ أَرْدَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيًّا فَأَمَرَهُ أَنْ يُؤَذِّنَ بِبَرَاءَةٌ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَأَذَّنَ مَعَنَا عَلِيٌّ فِي أَهْل مِنًى يَوْمَ النَّحْرِ لَا يَحُجُّ بَعْدَ الْعَامِ مُشْرِكٌ وَلَا يَطُوفُ بِالْبَيْتِ عُرْيَانٌ
356-   Ishaq meriwayatkan kepada kami, katanya: Ya'qub bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Anak saudara Ielaki Ibni Syihab meriwayatkan kepada kami daripada bapa saudaranya, katanya: Humaid bin Abdir Rahman bin 'Auf meriwayatkan kepadaku sesungguhnya Abu Hurairah bercerita, katanya: "Abu Bakar menghantar aku dalam haji itu bersama kumpulan orang-orang yang mengisytiharkan arahan pada hari Raya Haji. Kami mengisytiharkan di Mina bahawa selepas tahun ini orang musyrik tidak boleh lagi mengerjakan haji dan orang yang bertelanjang tidak boleh lagi bertawaf di Baitillah". Kata Humaid bin Abdir Rahman: "Kemudian Rasulullah s.a.w. telah memboncengkan Ali lalu baginda s.a.w. memerintahkannya supaya membauat perisytiharan bara'ah (pembatalan perjanjian damai).⁸¹⁶ Abu Hurairah bercerita lagi,

___________________________________________________________
⁸¹¹ Daripada bab-bab yang yang lalu telah pun diketahui tentang keperluan menutup di dalam sembahyang dan juga di luar sembahyang. Pakaian yang dikehendaki ialah yang menutup aurat, tak kisah berapa jumlahnya, apa jenisnya, berjahitkah atau tidak. Kerana itu Bukhari mara selangkah lagi ke hadapan apabila beliau mengadakan bab ini pula. Melaiui bab ini Bukhari menyatakan sehelai saja pakaian yang menutupi 'aurat sudah mencukupi dan memadai untuk sahnya sembahyang. Walaupun memakai lebih daripada sehelai pakaian tentulah lebih baik dan sempurna. Jika seseorang memakai salah satu daripada yang disebut beliau di dalam tajuk bab ini, itupun sudah mencukupi dan memadai. Pertama: Baju labuh. Kedua: Seluar panjang. Ketiga: Seluar pendek. Keempat: Baju kelawar. Beliau menyimpulkan kecukupan dan keharusan itu daripada sabda Nabi s.a.w. apabila ditanya orang: "Bolehkah bersembahyang dengan memakai hanya sehelai kain?" Baginda s.a.w. menjawab dengan bertanya kembali: "Adakah semua orang mempunyai dua helai kain?". Mafhumnya ialah kalau semua orang tidak mempunyai dua helai kain, malah di kalangan kita ada ramai orang yang hanya mempunyai sehelai kain. Adakah kewajipan bersembahyang telah gugur daripadanya? Pernahkah kamu dengar aku melarang orang bersembahyang kerana memakai sehelai kain? Jika tidak, bermakna orang yang mempunyai hanya sehelai kain tetap wajib bersembahyang. Bagaimana dia akan bersembahyang? Jawabnya ialah dengan memakai sehelai kain yang ada padanya itulah. Sekarang perhatikan, bukankah sehelai baju labuh itu sehelai kain? Bukankah sehelai seluar panjang itu sehelai kain? Bukankah sehelai seluar pendek itu sehelai kain? Dan bukankah sehelai baju kelawar itu sehelai kain juga? Jika jawabnya ya, maka setiap satu daripadanya harus dipakai untuk sembahyang. Setiap satu daripadanya secara berasingan memadai untuk sahnya sembahyang.
Abdur Razzaaq dan Baihaqi dengan isnad masing-masing meriwayatkan bahawa Ubai bin Kasab pernah berbahas dengan  Abdullah bin Mas'ud tentang boleh atau tidak bersembahyang dengan hanya memakai sehelai pakaian. Ubai berpendapat boleh, tidak mengapa. Rasulullah s.a.w. telah bersembahyang dengan memakai sehelai kain. Ibnu Mas'ud pula berkata: "Memang boleh, tetapi pada ketika orang dalam kemelaratan dan tidak mempunyai pakaian yang banyak. Dalam keadaan senang mereka mestilah memakai dua helai kain. Lalu 'Umar naik ke atas mimbar dan berkata: "Yang betul ialah pendapat Ubai, bukan pendapat Ibu Massud. Tetapi lbnu Mas'ud (juga) tidak cuai dan bermudah-mudah (dalam mengeluarkan pendapatnya)."

⁸¹²Jawapan Saiyyidina Umar di dalam hadits ini menggambarkan contoh bagaimana seharusnya ni'mat yang diberi oleh Allah itu diaplikasikan. Dalam konteks sembahyang, pakaian yang lebih lengkap dan lebih sempurna dipakai semasa bersembahyang ialah salah satu daripada sembilan cara yang disebut beliau itu. Tetapi ini tidaklah berma'na beliau bermaksud menghadkan jumlah pakaian yang boleh dipakai ketika sembahyang kepada dua sahaja seperti yang disebutkannya itu. Tidak juga ia berma'na pasangan yang disebut itu adalah yang terbaik untuk dipakai. Apa yang diutarakannya itu hanya sekadar contoh semata-mata. Jika diperhatikan kepada jenis pakaian yang dikemukakan oleh Bukhari di dalam tajuk bab di atas, niscaya anda akan dapati semuanya telah disebutkan oleh Saidina Umar lama sebelum beliau.

⁸¹³ Perkaitan hadits ini dengan tajuk bab yang dikemukakan oleh Bukhari terletak pada baju, seluar, burnus dan kain yang dicelup dengan celupan za'faran atau wars. Semuanya yang tersebut itu dilarang muhrim (orang yang berihram) memakainya. Tetapi dalam keadaan halal (tidak berihram), semuanya tidak dilarang. Apabila dalam keadaan biasa ia boleh dipakai, bererti ia  juga boleh dipakai dalam sembahyang selain daripada yang biasa dipakai mereka.
Tidak pernah Nabi s.a.w. mengajar sahabat-sahabatnya menyimpan pakaian khusus untuk sembahyang selain daripada yang biasa dipakai mereka. Menyuruh orang menyimpan dan memakai pakaian khusus untuk sembahyang selain daripada pakaian yang biasa dipakai adalah menyusahkan dan bertentangan dengun roh syari'at Islam. Selain itu memakai pakaian-pakaian tersebut memanglah terlarang semasa berihram. Namun begitu jika ada sesiapa memakai juga pakaian-pakaian yang terlarang itu ketika bersembahyang dalam keadaan dia sedang berihram sembahyangnya dikira sah juga. Sebabnya ialah pakaian yang dikehendaki untuk sembahyang hanyalah yang menutup 'aurat. Kesalahan kerana melanggar peraturan ihram itu suatu perkara yang Iain pula. Kerananya dia mestilah membayar fidyah atau kafarah. Perkaitan hadits ini dengan tajuk bab Bukhari di atas dapat juga di lihat daripada sudut yang Iain iaitu di dalam hadits Iain tersebut muhrim  tidak boleh memakai baju, seluar dan burnusm malah dia hendaklah memakai kain yang tidak berjahit. Dari situ dapat difahami bahawa kain yang boleh dipakai untuk sembahyang tidak disyaratkan berjahit. Bukankah kain yang dipakai oleh orang-orang yang berihram tidak berjahit dan mereka pula bersembahyang dengan memakainya?

⁸¹⁴ Dari awal lagi Bukhari bertungkus-lumus membuktikan bahawa menutup 'aurat adalah syarat untuk sahnya sembahyang. la adalah sesuatu yang wajib dijaga dalam bersembahyang. Tiba-tiba di dalam bab kesembilan yang lalu beliau mengatakan sah sembahyang dengan memakai seluar pendek sahaja. Bukankah itu sesuatu yang mengejutkan sesetengah pihak? Bukankah apabila seseorang memakai seluar pendek, pahanya akan terdedah? Adakah paha bukan 'aurat? Apa pandangan Bukhari tentangnya? Bukhari sememangnya sudah pun mengetahui akan timbul persoalan-persoalan seperti ini. Kerana itulah beliau mengadakan bab kesepuluh ini pula selepasnya. 'Aurat ialah bahagian anggota badan manusia yang mesti ditutup. Dengan terdedahnya bahagian itu manusia secara tabi'i dan semula jadinya berasa malu. Apakah anggota yang dikatakan 'aurat itu? Adakah ia mempunyai had dan bahagian atau tiada had dan bahagiannya? Adakah ada perbezaan di antara aurat yang mesti ditutup ketika bersembahyang dengan 'aurat yang mesti ditutup di luar sembahyang? Paling kurang bahagian manakah daripada tubuh manusia yang mesti ditutup untuk sahnya sembahyang seseorang? Dan paling kurang bahagian manakah daripada tubuh manusia yang mesti ditutup ketika di luar sembahyang, di mana apabila ia ditutup seseorang sudah dikatakan menutup 'auratnya dan dia tidak boleh lagi dikatakan bertelanjang? Hafiz Ibnu Hajar mengatakan melalui bab ini Imam Bukhari r.a. sebenarnya mahu membincangkan tentang 'aurat di luar sembahyang. Ini kerana 'aurat semasa sembahyang telah pun dibincangkan sebelum ini. Tetapi Hafiz al-'Aini tidak bersetuju dengan pendapat Ibnu Hajar itu. Bagi beliau, Bukhari di sini mahu membincangkan tentang kedua-duanya sekali. Sekarang mari kita tumpukan perhatian kepada tajuk bab yang menarik ini. Imam
Bukhari menulis:     باب مَا يَسْتُرُ مِنَ الْعَوْرَةِ: 
Perkataan ما di sini boleh jadi salah satu daripada tiga ini, iaitu: 
(1) Mashdariyyah(مصدرية)
(2) Istifhaamiyyah (استفهامية) 
(3) Maushulah (موصولة). 
Perkataan من pula boleh dipakai sebagai: 
(1) Bayaaniyyah (بيانية) dan 
(2) Zaa'idah (زائدة) 
(3) Tab' iidhiyyah(تبعيضية). 
Tetapi yang terbaik daripadanya kerana lebih sesuai dengan mazhab Imam Bukhari r.a. ialah ما  dipakai sebagai ما Maushulah dan  من pula dipakai sebagai Tab' iidhiyyah. Qaedah inilah yang dipakai untuk terjemahan tajuk di atas. Taqdirnya di dalam bahasa  Arab ialah
 باب الجزء الذي يجب على المرء أن يستر من عورته
Mafhum tajuk di atas ialah 'aurat mempunyai beberapa
bahagian dan ada hadnya. 

Bagi Bukhari 'aurat terbahagi kepada dua bahagian. Pertama: 'Aurat mughallazah. Kedua: 'Aurat mukhaffafah. Dengan mengatakan: "'Aurat Yang Mesti Ditutup" bererti ada juga 'aurat yang tidak mesti ditutup, seperti paha misalnya. Kalau ia tidak ditutup sekali pun semasa bersembahyang, tetap sah juga sembahyang seseorang itu dan tidak benar untuk dikatakan seseorang yang tidak menutupnya bererti telah bertelanjang dalam erti katanya yang sebenar. Menerusi bab ini Imam Bukhari mahu mengisyaratkan kepada satu daripada dua bahagian 'aurat itu, iaitu 'aurat mughallazah. 'Aurat mughallamh itulah yang mesti ditutup sama ada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang. Adapun 'aurat mukhaffafah, maka menutupnya dikira lebih elok dan lebih sopan sahaja. 'Aurat mughallazah ialah qubul dan dubur (السوءتان) sahaja. 'Aurat mukhaffafah pula ialah bahagian-bahagian anggota daripada pusat hingga ke lutut selain qubul dan dubur. Pembahagian seperti itu dibuat Bukhari setelah meneliti sekian banyak hadits Nabi s.a.w. Antaranya ialah hadits-hadits yang dikemukakan Oleh beliau di bawah bab ini. Apa yang disebutkan di sini semuanya berkaitan dengan 'aurat lelaki. Adapun berkenaan dengan 'aurat perempuan, maka perbincangan tentangnya akan datang nanti.


⁸¹⁵ Hadits ini dan hadits berikutnya merupakan salah satu dalil dan hujah Bukhari tentang pembahagian 'aurat yang dibuatnya. Nabi s.a.w. melarang daripada duduk berihtiba' (berpaut lutut) di dalam satu kain dalam keadaan selain kain itu tidak ada sesuatu apa pun yang menutupi kemaluannya, tidak kerana Iain melainkan kerana 'aurat (kemaluan) orang yang duduk dengan cara itu mungk'in terdedah kepada pandangan orang. 'Aurat Yang dimaksudkan Oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits itu ialah kemaluan. Itulah yang dibimbangi Baginda akan terdedah jika tidak ada sesuatu apa pun (seperti seluar dalam dan sebagainya) Yang menutupi kemaluannya selain kain Yang dipakai di bahagian luar. Mafhumnya ialah tidak ada ertinya menutup bahagian tubuh yang Iain jika kemaluan tetap terdedah, kerana seseorang yang berbuat begitu dikira masih lagi tidak menutup 'auratnya. Kalau kemaluan (qubul dan dubur) seseorang telah ditutup bererti auratnya telah tertutup. Larangan daripada berselimut telanjang juga sebenarnya kerana takut tangan akan terdorong kepada bahagian kemaluan yang boleh mengakibatkan macam-macam perkara yang tidak baik. Fokus utama di dalamnya juga adalah kemaluan.

⁸¹⁶ Apa yang dimaksudkan dengan perisytiharan bara'ah di sini ialah memproklamasikan pembatalan perjanjian damai yang telah diadakan di antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir dengan membacakan beberapa ayat di permulaan Surah Bara'ah bermula daripada ayat satu
dan seterusnya. Perisytiharan bara'ah diambil sempena perkataan bara'ah yang tersebut di dalam ayat pertama surahnya. Lihatlah ayat pertamanya di bawah ini:
At-Taubah 9:1
بَرَآءَةٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦٓ إِلَى ٱلَّذِينَ عَٰهَدتُّم مِّنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 
Bermaksud: (Ini adalah) Pembatalan perjanjian dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu adakan perjanjian damai (dengan mereka).

Ayat-ayat permulaan surah Bara'ah mengisahkan tentang perjanjian damai yang berlaku di antara Nabi s.a.w. dengan orang-orang kafir. Ringkasan ceritanya ialah pada tahun keenam hijrah Rasulullah s.a.w. berangkat dari Madinah bersama-sama para sahabat untuk melakukan 'umrah. Tetapi mereka dihalang oleh orang-orang kafir Mekah di Hudaibiah. Mereka membenarkan orang-orang Islam ke Mekah untuk ber'umrah hanya pada tahun berikutnya. Di situ terjalin perjanjian damai di antara Rasulullah s.a.w. dengan mereka. Mengikut riwayat-riwayat yang mu'tabar jangka masa perdamaian yang dipersetujui ialah sepuluh tahun. Berdasarkan persetujuan yang dicapai, qabilah-qabilah Iain selain Quraisy dibenarkan menyertai sama ada pihak kafir Quraisy atau pihak Rasulullah s.a.w. Qabilah Khuza'ah menyebelahi Nabi s.a.w.  Banu bakar pula menyebelahi pihak Quraisy. Dalam masa satu tahun tidak ada apa-apa yang melanggar perjanjian berlaku. Pada tahun ketujuh Baginda s.a.w. bersama para sahabatnya pergi ke Mekah untuk 'Umratul qadha'. Beberapa bulan sahaja selepas Rasulullah s.a.w. pulang ke Madinah, Banu Bakar menyerang Banu Khuzaah di waktu malam. Orang-orang kafir Quraisy membantu Banu Bakar dengan membekalkan senjata dan pasukan perang. Perjanjian Hudaibiah dicabuli dengan serangan Banu Bakar dan penglibatan kafir Quraisy yang membantu mereka. Maka terbatallah perjanjian yang dibuat setahun sebelum itu. Banu Khuza'ah meminta bantuan Nabi s.a.w. Sebagai menyahut permintaan mereka Baginda s.a.w. menyiapkan tenteranya pada tahun kelapan lalu menyerang Mekah. Dengan mudah saja Mekah dikuasai Rasulullah s.a.w. Peristiwa itu dikenali sebagai "Fathi Makkah". Empat golongan orang-orang kafir yang disebutkan kedudukan mereka di dalam ayat-ayat di permulaan surah Bara'ah. 
Pertama: Kafir Quraisy yang telah memungkiri janji dan membatalkan perjanjian damai dengan tindakan mereka itu. 
Kedua: Dua qabilah Bani Kinanah iaitu Bani Hamzah dan Bani Mudlij. Mereka telah mengadakan perjanjian damai dengan Rasulullah s.a.w. Mengikut para mufassirin yang mu'tabar, tempoh tamat perjanjian dengan mereka masih berbaki selama sembilan bulan. 
Ketiga: Beberapa qabilah yang juga turut serta dalam perjanjian, tetapi tempohnya tidak ditentukan. 
Keempat: beberapa qabilah Iain yang tidak turut serta dalam perjanjian. 

Surah Bara'ah menentukan kedudukan keempat-empat golongan tersebut itu. Perintah Allah berhubung dengan orang-orang Quraisy sebelum Fathi Makkah ialah selagi mereka berpegang dengan janji yang telah dipersetujui, kamu (orang-orang Islam) juga dikehendaki menjaga janji itu. Tetapi perangilah mereka jika mereka mencetuskan perang. Ternyata selepas itu mereka melanggar janji. Maka melalui surah Bara'ah diisytiharkan bahawa dibenarkan kamu memerangi mereka setelah berlalunya bulan-bulan haram. Berhubung dengan golongan kedua Allah memerintahkan supaya disempurnakan tempoh perjanjian dengan mereka. Ini kerana golongan ini tidak melanggar perjanjian yang dipersetujui. Berhubung dengan golongan ketiga dan keempat pula dima' lumkan bahawa mereka diberi pilihan dalam masa empat bulan selepas perisytiharan ini sama ada memeluk agama Islam, dengan itu mereka akan dibiarkan tinggal di kawasan masing-masing atau tidak, maka mereka tidak akan
dibiarkan berada di kawasan mereka Iagi. Jika mereka melawan, orang-orang Islam dibenar menggunakan kekerasan. Demikianlah ringkasan proklamasi pembatalan perjanjian damai itu.

⁸¹⁷ Hadits ini pula melarang orang berthawaf dalam keadaan bertelanjang. Kerana thawaf dikira seperti sembahyang juga. Kalau seseorang tidak boleh bersembahyang sambil bertelanjang, maka begitu juga dengan thawaf. Bagaimanapun keadaan bertelanjang dalam erti katanya yang sebenar hanya akan berlaku apabila kemaluan seseorang terdedah. Tanpa terdedah kemaluan atau 'aurat mughallamh, sembahyang seseorang tetap dikira sah walaupun terdedah 'aurat mukhaffafahnya.

⁸¹⁸ Ada beberapa maksud Bukhari mengadakan bab ini. antaranya ialah: 
(1) Untuk menyatakan sembahyang orang yang memakai hanya sehelai pakaian sahaja sah, walaupun dia mempunyai beberapa helai pakaian yang lain. 
(2) Di dalam bab kesembilan hadits no:352 tersebut arahan 'Umar tentang pakaian yang seharusnya dipakai ketika bersembahyang apabila seseorang berada dalam keadaan senang dan mewah. Mungkin itu menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah orang. Untuk menghilangkan kekeliruan itulah Bukhari mengemukakan bab ini pula selepasnya. Keadaan kain tergantung di penyangkut baju selain yang dipakai Jaabir r.a. semasa bersembahyang merupakan salah satu bukti kesenangan dan kekayaannya. (3) Untuk menyatakan bersembahyang tanpa berselendang adalah harus. 
(4) Tidak mesti (wajib) menutup bahu dengan sesuatu seperti selendang ketika bersembahyang, kerana sembahyang sah tanpanya. Demikian juga tidak mesti (wajib) menutup apa yang dinamakan sebagai 'aurat mukhaffafah (seperti paha) itu kerana sembahyang sah juga tanpanya. Yang mesti (wajib) ditutup ialah apa yang dinamakan aurat mughallazah sahaja. Kerana sembahyang tanpa menutupnya memang tidak sah dan tidak diharuskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan