Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 005sss1

Sahih bukhari kitab solat sesi 005sss1
باب كَرَاهِيَةِ التَّعَرِّي فِي الصَّلاَةِ وَغَيْرِهَا: 
8-Bab :Larangan bertelanjang ketika bersembahyang dan selainnya.⁸⁰⁷

٣٥١ - حَدَّثَنَا مَطَرُ بْنُ الْفَضْلِ قَالَ حَدَّثَنَا رَوْحٌ قَالَ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ إِسْحَاقَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْقُلُ مَعَهُمْ الْحِجَارَةَ لِلْكَعْبَةِ وَعَلَيْهِ إِزَارُهُ فَقَالَ لَهُ الْعَبَّاسُ عَمُّهُ يَا ابْنَ أَخِي لَوْ حَلَلْتَ إِزَارَكَ فَجَعَلْتَ عَلَى مَنْكِبَيْكَ دُونَ الْحِجَارَةِ قَالَ فَحَلَّهُ فَجَعَلَهُ عَلَى مَنْكِبَيْهِ فَسَقَطَ مَغْشِيًّا عَلَيْهِ فَمَا رُئِيَ بَعْدَ ذَلِكَ عُرْيَانًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

351- Mathar bin al-Fadhl meriwayatkan kepada kami, katanya: Rauh meriwayatkan kepada kami, katanya: Zakariyya bin Ishaq meriwayatkan kepada kami, katanya: 
bin Dinar meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku mendengar Jaabir bin Abdillah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. memunggah batu bersama mereka (orang-orang kafir Quraisy) untuk (pembinaan semula) Ka'bah.⁸⁰⁹ Ketika itu beliau s.a.w. memakai kain. Maka 
Abbaas berkata kepadanya: ”Wahai anak saudaraku! Alangkah baiknya Kalau engkau buka kainmu dan meletakkannya di atas   belah bahumu sebagai pelapik kepada batu-batu (yang engkau pikul) itu.⁸⁰⁹  Perawi  berkata: Nabi saw pun membuka kainnya. Beliau s.a.w. sudah hendak (hampir) meletakannya  diatas kedua belah  bahu tiba-tiba beliau terus jatuh pengsan. Selepas (peristiwa ) itu baginda tidak lagi  dilihat bertelanjang (terdedah 'auratnya).⁸¹⁰


⁸⁰⁷ Menerusi bab ini Bukhari mahu menguatkan lagi hujahnya tentang kewajipan menutup 'aurat semasa bersembahyang. Alasannya ialah mendedahkan bukan sahaja dilarang Syara' ketika bersembahyang, bahkan dilarang juga di luar sembahyang. Hadits yang dikemukakan di bawah bab ini adalah sebaik-baik bukti untuknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah jatuh pengsan setelah beliau membuka kain di hadapan pak ciknya 'Abbaas a.s.? Apa yang berlaku itu bukan ketika bersembahyang. Ertinya ialah Allah tidak berkenan atau membenarkan kita membuka 'aurat di hadapan orang lain walaupun ketika tidak bersembahyang. Semasa bersembahyang tentulah lebih-lebih Iagi tidak dibenarkan.

⁸⁰⁸Hadits ini termasuk dalam maraasiil sahabat kerana Jaabir tidak menyaksikan peristiwa itu. Bagimanapun maraasiil sahabat tetap merupakan hujah di sisi Ahli as-Sunnah wa al-Jamahh. Beliau mungkin telah mendengar sendiri kisah ini daripada Nabi s.a.w. Kalau begitulah hakikatnya, maka hadits ini tidak dikira mursal lagi. Hafiz Ibnu Hajar, al-ĂAini dan Ibnu Rajab mengatakan mungkin sekali beliau mendengarnya daripada 'Abbaas kerana Ibnu juga ada meriwayatkan kisah ini daripada ayahnya dengan lebih terperinci. Riwayat Ibnu Abbaas itu dikemukakan oleh at-Thabarani di dalam Mu'jam Kabirnya dan al-Bazzaar di dalam Musnadnya. Mengikut az-Zuhri Rasulullah s.a.w. pada ketika itu belum lagi baligh. Ibnu Batthaal dan Ibnu atTiin pula menegaskan umur Nabi s.a.w. pada ketika itu ialah lima belas tahun. Ada beberapa riwayat sebenarnya berhubung dengan umur Nabi s.a.w. ketika peristiwa itu berlaku. Dua puluh lima, tiga puluh dan tiga puluh lima. Demikianlah antara yang disebutkan oleh ulama'. Pendapat mana sekalipun diterima, yang pasti ialah pada ketika itu Muhammad s.a.w. belum lagi menjadi rasul.



⁸⁰⁹ 'Abbaas berkata begitu tidak kerana Iain melainkan kerana bersimpati kepada anak saudaranya. Dengan meletakkan kain di atas bahu, akan selamatlah bahu daripada luka-luka atau melecur kerana batu-batu yang dipikul.


⁸¹⁰Ada beberapa perkara yang perlu diletakkan di hadapan untuk memahami hadits ini dengan baik. 
Pertama: Pendedahan aurat bukanlah sesuatu yang meng'aibkan dan menjatuhkan maruah seseorang pada pandangan masyarakat jahiliah Arab. 
Kedua: Nabi s.a.w. dalam peristiwa ini belum lagi menjadi rasul. 
Ketiga: Tidak disebut dengan jelas di dalam riwayat ini sama ada Beliau saw. berbaju atau tidak. Mungkin juga beliau berbaju. Kalau begitu apa yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah sebahagian daripada 'aurat Nabi s.a.w. sahaja yang terdedah kepada pak ciknya, iaitu 'aurat mukhaffafah (العورة المخففة). Ia tidak bererti yang terdedah itu ialah 'aurat mughallazah (العورة المغلظة). Apa yang tersebut di dalam hadits ini sebagai bertelanjang itu hanyalah tasharruf perawi semata-mata atau ia termasuk dalam bab mubalaghah dalam cerita. Tidak ada berlaku dalam kenyataan apa yang dapat disebut sebagai bertelanjang dalam erti katanya yang sebenar. 
Keempat: Sebenarnya Nabi s.a.w. belum lagi bertelanjang, beliau baru membuka kain dan belum lagi meletakkannya di atas bahu, lalu beliau terus jatuh pengsan. Dalam keadaan tidak sedar itu boleh jadi sedikit sebanyak kainnya telah terselak atau terbuka. ltu sajalah hakikatnya apa yang dikatakan bertelanjang itu. Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan perkara ketiga dan keempat ini, dengan mengambil kira taqdir pada perkataan فَجِعَلِهُ . Taqdirnya ialah  فأراد أن يجعله على منكبيه . 
Kelima: Allah memelihara Nabi s.a.w. daripada berlakunya sesuatu yang menjatuhkan maruah nabiNya sebelum dia dilantik menjadi nabi dan rasul lagi. 
Keenam: Allah memelihara para nabi daripada melakukan dosa besar dan dosa kecil sebelum dan selepas mereka dilantik menjadi nabi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan