Selasa, Januari 19, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 009 720

Sahih bukhari kitab solat sesi 009 720

______
dan seterusnya. Perisytiharan bara'ah diambil sempena perkataan bara'ah yang tersebut di dalam ayat pertama surahnya. Lihatlah ayat pertamanya di bawah ini:
At-Taubah 9:1
بَرَآءَةٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦٓ إِلَى ٱلَّذِينَ عَٰهَدتُّم مِّنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 
Bermaksud: (Ini adalah) Pembatalan perjanjian dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu adakan perjanjian damai (dengan mereka).

Ayat-ayat permulaan surah Bara'ah mengisahkan tentang perjanjian damai yang berlaku di antara Nabi s.a.w. dengan orang-orang kafir. Ringkasan ceritanya ialah pada tahun keenam hijrah Rasulullah s.a.w. berangkat dari Madinah bersama-sama para sahabat untuk melakukan 'umrah. Tetapi mereka dihalang oleh orang-orang kafir Mekah di Hudaibiah. Mereka membenarkan orang-orang Islam ke Mekah untuk ber'umrah hanya pada tahun berikutnya. Di situ terjalin perjanjian damai di antara Rasulullah s.a.w. dengan mereka. Mengikut riwayat-riwayat yang mu'tabar jangka masa perdamaian yang dipersetujui ialah sepuluh tahun. Berdasarkan persetujuan yang dicapai, qabilah-qabilah Iain selain Quraisy dibenarkan menyertai sama ada pihak kafir Quraisy atau pihak Rasulullah s.a.w. Qabilah Khuza'ah menyebelahi Nabi s.a.w.  Banu bakar pula menyebelahi pihak Quraisy. Dalam masa satu tahun tidak ada apa-apa yang melanggar perjanjian berlaku. Pada tahun ketujuh Baginda s.a.w. bersama para sahabatnya pergi ke Mekah untuk 'Umratul qadha'. Beberapa bulan sahaja selepas Rasulullah s.a.w. pulang ke Madinah, Banu Bakar menyerang Banu Khuzaah di waktu malam. Orang-orang kafir Quraisy membantu Banu Bakar dengan membekalkan senjata dan pasukan perang. Perjanjian Hudaibiah dicabuli dengan serangan Banu Bakar dan penglibatan kafir Quraisy yang membantu mereka. Maka terbatallah perjanjian yang dibuat setahun sebelum itu. Banu Khuza'ah meminta bantuan Nabi s.a.w. Sebagai menyahut permintaan mereka Baginda s.a.w. menyiapkan tenteranya pada tahun kelapan lalu menyerang Mekah. Dengan mudah saja Mekah dikuasai Rasulullah s.a.w. Peristiwa itu dikenali sebagai "Fathi Makkah". Empat golongan orang-orang kafir yang disebutkan kedudukan mereka di dalam ayat-ayat di permulaan surah Bara'ah. 
Pertama: Kafir Quraisy yang telah memungkiri janji dan membatalkan perjanjian damai dengan tindakan mereka itu. 
Kedua: Dua qabilah Bani Kinanah iaitu Bani Hamzah dan Bani Mudlij. Mereka telah mengadakan perjanjian damai dengan Rasulullah s.a.w. Mengikut para mufassirin yang mu'tabar, tempoh tamat perjanjian dengan mereka masih berbaki selama sembilan bulan. 
Ketiga: Beberapa qabilah yang juga turut serta dalam perjanjian, tetapi tempohnya tidak ditentukan. 
Keempat: beberapa qabilah Iain yang tidak turut serta dalam perjanjian. 

Surah Bara'ah menentukan kedudukan keempat-empat golongan tersebut itu. Perintah Allah berhubung dengan orang-orang Quraisy sebelum Fathi Makkah ialah selagi mereka berpegang dengan janji yang telah dipersetujui, kamu (orang-orang Islam) juga dikehendaki menjaga janji itu. Tetapi perangilah mereka jika mereka mencetuskan perang. Ternyata selepas itu mereka melanggar janji. Maka melalui surah Bara'ah diisytiharkan bahawa dibenarkan kamu memerangi mereka setelah berlalunya bulan-bulan haram. Berhubung dengan golongan kedua Allah memerintahkan supaya disempurnakan tempoh perjanjian dengan mereka. Ini kerana golongan ini tidak melanggar perjanjian yang dipersetujui. Berhubung dengan golongan ketiga dan keempat pula dima' lumkan bahawa mereka diberi pilihan dalam masa empat bulan selepas perisytiharan ini sama ada memeluk agama Islam, dengan itu mereka akan dibiarkan tinggal di kawasan masing-masing atau tidak, maka mereka tidak akan
720

Tiada ulasan:

Catat Ulasan