Selasa, Januari 19, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 009 721

Sahih bukhari kitab solat sesi 009 721

katanya: Ali mengisytiharkan bersama kami kepada orang-orang yang berada di Mina pada hari Nahar (hari Raya Haji), bahawa selepas tahun ini orang musyrik tidak boleh Iagi mengerjakan haji dan orang yang bertelanjang tidak boleh Iagi bertawaf di
Baitillah.⁸¹⁷

باب الصَّلاَةِ بِغَيْرِ رِدَاءٍ: 
11— Bab : Bersembahyang Tanpa Selendang.⁸¹⁸
                                                                              

٣٥٧ - حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي الْمَوَالِي عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ وَهُوَ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ مُلْتَحِفًا بِهِ وَرِدَاؤُهُ مَوْضُوعٌ فَلَمَّا انْصَرَفَ قُلْنَا يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ تُصَلِّي وَرِدَاؤُكَ مَوْضُوعٌ قَالَ نَعَمْ أَحْبَبْتُ أَنْ يَرَانِي الْجُهَّالُ مِثْلُكُمْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي هَكَذَا
357- Aziz bin 'Abdullah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibnu (anak lelaki) Abi al-Mawali meriwayatkan kepadaku daripada Muhammad bin al-Munkadir, katanya:
Aku pergi menemui Jaabir bin Abdillah ketika dia sedang bersembahyang dengan


________
dibiarkan berada di kawasan mereka Iagi. Jika mereka melawan, orang-orang Islam dibenar menggunakan kekerasan. Demikianlah ringkasan proklamasi pembatalan perjanjian damai itu.

⁸¹⁷ Hadits ini pula melarang orang berthawaf dalam keadaan bertelanjang. Kerana thawaf dikira seperti sembahyang juga. Kalau seseorang tidak boleh bersembahyang sambil bertelanjang, maka begitu juga dengan thawaf. Bagaimanapun keadaan bertelanjang dalam erti katanya yang sebenar hanya akan berlaku apabila kemaluan seseorang terdedah. Tanpa terdedah kemaluan atau 'aurat mughallamh, sembahyang seseorang tetap dikira sah walaupun terdedah 'aurat mukhaffafahnya.

⁸¹⁸ Ada beberapa maksud Bukhari mengadakan bab ini. antaranya ialah: 
(1) Untuk menyatakan sembahyang orang yang memakai hanya sehelai pakaian sahaja sah, walaupun dia mempunyai beberapa helai pakaian yang lain. 
(2) Di dalam bab kesembilan hadits no:352 tersebut arahan 'Umar tentang pakaian yang seharusnya dipakai ketika bersembahyang apabila seseorang berada dalam keadaan senang dan mewah. Mungkin itu menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah orang. Untuk menghilangkan kekeliruan itulah Bukhari mengemukakan bab ini pula selepasnya. Keadaan kain tergantung di penyangkut baju selain yang dipakai Jaabir r.a. semasa bersembahyang merupakan salah satu bukti kesenangan dan kekayaannya. (3) Untuk menyatakan bersembahyang tanpa berselendang adalah harus. 
(4) Tidak mesti (wajib) menutup bahu dengan sesuatu seperti selendang ketika bersembahyang, kerana sembahyang sah tanpanya. Demikian juga tidak mesti (wajib) menutup apa yang dinamakan sebagai 'aurat mukhaffafah (seperti paha) itu kerana sembahyang sah juga tanpanya. Yang mesti (wajib) ditutup ialah apa yang dinamakan aurat mughallazah sahaja. Kerana sembahyang tanpa menutupnya memang tidak sah dan tidak diharuskan.

721


Tiada ulasan:

Catat Ulasan