Sahih bukhari kitab solat sesi 009 724
________
Sufyan pula terkeliru dalam mengisnadkan hadits ini apabila beliau mengatakan Zur'ah bin Muslim. Yang sebetulnya ialah Zur'ah bin 'Abdur Rahman bin Jarhad. Hadits kedua juga dihukum oleh Tarmizİ sebagai hasan. Daraquthni menyebutkan banyak sekali terdapat perbezaan dalam isnad yang dikemukakan Abi az-Zinaad tentang nama syeikhnya, Antara nama yang disebutkan ialah:
(1) Zur'ah bin 'Abdur Rahman bin Jarhad.
(2) Zur'ah bin Jarhad.
(3) Abdur Rahman bin Jarhad.
(4) Jarhad bin Jarhad.
(5) Aalu (keluarga) Jarhad daripada Jarhad.
Demikianlah antara idhthirab yang terdapat di dalam hadits ini. Ibnu al-Qatthaan di dalam kitabnya Bayanu al-Wahmi wa al-lihaam berkata bahawa: "Hadits Jarhad ini mempunyai dua illat.
Pertama ialah idhthirab yang membawa kepada hilangnya keyakinan kepadanya. Ini kerana perawi-perawi hadits ini berbeza-beza dalam mengemukakan isnadnya. Yang pertama berkata: Zur'ah bin Abdur Rahman. Yang kedua berkata: Zur'ah bin Abdullah. Yang ketiga pula berkata: Zur'ah bin Muslim. Kemudian perawi-perawi itü berbeza-berbeza pula. Yang pertama mengatakan Zur'ah meriwayatkannya daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w. Yang kedua berkata: Daripada ayahnya daripada Jarhad daripada Nabi s.a.w. Yang ketiga pula berkata: Zur'ah meriwayatkan daripada Aal (keluarga) Jarhad daripada Jarhad daripada Nabi s.a.w. Saya tidak berpendapat semua idhthirab menyebabkan sesuatu hadits menjadi dha'if. Jika madaar sesuatu hadits adalah seorang yang tsiqah, maka perbezaan perawi-perawi daripadanya tidak menjejaskan haditsnya. Tetapi kalau madaarnya tidak tsiqah atau tidak dikenali, maka sudah tentu idhthirab akan melemahkannya malah akan menambahkan lagi kelemahannya. Begitulah keadaan hadits ini. la merupakan illat keduanya. Kerana Zur'ah dan ayahnya tidak diketahui atau tidak masruf halnya. Mereka berdua juga tidak masyhur dalam periwayatan.” Imam Bukhari juga di dalam atTarikh al-Kabir menganggap isnad hadits ini tidak sahih kerana idhthirab isnadnya. Sesetengah orang menganggap hadits ini sahih dan berkedudukan tinggi kerana ia dikemukakan oleh imam Malik di dalam Muattha'nya. Sebenarnya hadits ini hanya terdapat di dalam nuskhah Muwattha' beberapa orang sahaja daripada murid-murid Malik iaitu Ibnu Bukair, Ibnu Wahab, Ma'an bin Isa dan 'Abdullah bin Yusuf. la tidak terdapat di dalam sekian banyak nuskhah Muwattha' riwayat murid-murid beliau yang lain, seperti nuskhah Yahya bin Yahya al-Mashmudi, Muhammad bin Hasan asy-Syaibani dan lain-lain yang lebih masyhur dann tersebar dengan meluas hari ini. Sementara al-Qa'nabi pula tidak memasukkan hadits ini di dalam Muwattha'nya, malah beliau meriwayatkannya di luar Muwattha' sebagai riwayat-riwayat "Ziaadaat Imam Malik". Ini semua menunjukkan bahawa keberadaan hadits ini di dalam Muwattha' adalah sesuatu yang tidak boleh dipertanggungiawabkan atau dengan kata lain ia bukan hadits yang disepakati oleh semua pemilik-pemilik nuskhah Muwattha'. Selepas mengemukakan hadits ketiga, Imam Tamizi berkata: "Hadits ini hasan, gharib melalui sanad ini.” Imam Tarmizi mengatakan hasan kerana melihat kepada banyak jalur riwayatnya semata-mata. Di sini juga istilah hasan yang digunakan oleh Tarmizi tidak seperti yang dipakai oleh jumhur ulama'. Beliau menyebutkan hasan di samping gharib melalui sanad ini, untuk mengisyaratkan kepada kedha'ifannya. Isnad riwayat ini dha'if kerana terdapat di dalamnya salah seorang perawi dhaif iaitu 'Abdullah bin Muhammad bin Aqil. Hadits Muhammad bin Jahsyin diriwayatkan menerusi riwayat al-Alaa' bin 'Abdir Rahman daripada Abi Katsir maula Muhammad bin Jahsyin daripada Muhammad bin Jahsyin ipar Nabi s.a.w. daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda s.a,w. pernah lalu dekat Mimar ketika dia sedang berada di halaman masjid sambil duduk berihtibaa' (duduk berpaut lutut) dalam keadaan mendedahkan pahanya, Lantas Nabi s.a.w. bersabda kepadanya:
724
________
Sufyan pula terkeliru dalam mengisnadkan hadits ini apabila beliau mengatakan Zur'ah bin Muslim. Yang sebetulnya ialah Zur'ah bin 'Abdur Rahman bin Jarhad. Hadits kedua juga dihukum oleh Tarmizİ sebagai hasan. Daraquthni menyebutkan banyak sekali terdapat perbezaan dalam isnad yang dikemukakan Abi az-Zinaad tentang nama syeikhnya, Antara nama yang disebutkan ialah:
(1) Zur'ah bin 'Abdur Rahman bin Jarhad.
(2) Zur'ah bin Jarhad.
(3) Abdur Rahman bin Jarhad.
(4) Jarhad bin Jarhad.
(5) Aalu (keluarga) Jarhad daripada Jarhad.
Demikianlah antara idhthirab yang terdapat di dalam hadits ini. Ibnu al-Qatthaan di dalam kitabnya Bayanu al-Wahmi wa al-lihaam berkata bahawa: "Hadits Jarhad ini mempunyai dua illat.
Pertama ialah idhthirab yang membawa kepada hilangnya keyakinan kepadanya. Ini kerana perawi-perawi hadits ini berbeza-beza dalam mengemukakan isnadnya. Yang pertama berkata: Zur'ah bin Abdur Rahman. Yang kedua berkata: Zur'ah bin Abdullah. Yang ketiga pula berkata: Zur'ah bin Muslim. Kemudian perawi-perawi itü berbeza-berbeza pula. Yang pertama mengatakan Zur'ah meriwayatkannya daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w. Yang kedua berkata: Daripada ayahnya daripada Jarhad daripada Nabi s.a.w. Yang ketiga pula berkata: Zur'ah meriwayatkan daripada Aal (keluarga) Jarhad daripada Jarhad daripada Nabi s.a.w. Saya tidak berpendapat semua idhthirab menyebabkan sesuatu hadits menjadi dha'if. Jika madaar sesuatu hadits adalah seorang yang tsiqah, maka perbezaan perawi-perawi daripadanya tidak menjejaskan haditsnya. Tetapi kalau madaarnya tidak tsiqah atau tidak dikenali, maka sudah tentu idhthirab akan melemahkannya malah akan menambahkan lagi kelemahannya. Begitulah keadaan hadits ini. la merupakan illat keduanya. Kerana Zur'ah dan ayahnya tidak diketahui atau tidak masruf halnya. Mereka berdua juga tidak masyhur dalam periwayatan.” Imam Bukhari juga di dalam atTarikh al-Kabir menganggap isnad hadits ini tidak sahih kerana idhthirab isnadnya. Sesetengah orang menganggap hadits ini sahih dan berkedudukan tinggi kerana ia dikemukakan oleh imam Malik di dalam Muattha'nya. Sebenarnya hadits ini hanya terdapat di dalam nuskhah Muwattha' beberapa orang sahaja daripada murid-murid Malik iaitu Ibnu Bukair, Ibnu Wahab, Ma'an bin Isa dan 'Abdullah bin Yusuf. la tidak terdapat di dalam sekian banyak nuskhah Muwattha' riwayat murid-murid beliau yang lain, seperti nuskhah Yahya bin Yahya al-Mashmudi, Muhammad bin Hasan asy-Syaibani dan lain-lain yang lebih masyhur dann tersebar dengan meluas hari ini. Sementara al-Qa'nabi pula tidak memasukkan hadits ini di dalam Muwattha'nya, malah beliau meriwayatkannya di luar Muwattha' sebagai riwayat-riwayat "Ziaadaat Imam Malik". İni semua menunjukkan bahawa keberadaan hadits ini di dalam Muwattha' adalah sesuatu yang tidak boleh dipertanggungiawabkan atau dengan kata lain ia bukan hadits yang disepakati oleh semua pemilik-pemilik nuskhah Muwattha'. Selepas mengemukakan hadits ketiga, Imam Tamizi berkata: "Hadits ini hasan, gharib melalui sanad ini.” Imam Tarmizi mengatakan hasan kerana melihat kepada banyak jalur riwayatnya semata-mata. Di sini juga istilah hasan yang digunakan oleh Tarmizi tidak seperti yang dipakai oleh jumhur ulama'. Beliau menyebutkan hasan di samping gharib melalui sanad ini, untuk mengisyaratkan kepada kedha'ifannya. Isnad riwayat ini dha'if kerana terdapat di dalamnya salah seorang perawi dhaif iaitu 'Abdullah bin Muhammad bin Aqil. Hadits Muhammad bin Jahsyin diriwayatkan menerusi riwayat al-Alaa' bin 'Abdir Rahman daripada Abi Katsir maula Muhammad bin Jahsyin daripada Muhammad bin Jahsyin ipar Nabi s.a.w. daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda s.a,w. pernah lalu dekat Mimar ketika dia sedang berada di halaman masjid sambil duduk berihtibaa' (duduk berpaut lutut) dalam keadaan mendedahkan pahanya, Lantas Nabi s.a.w. bersabda kepadanya:
724
Tiada ulasan:
Catat Ulasan