Sahih bukhari kitab solat sesi 009 726
S.A.W. menutup Kedua Lututnya Apabila Utsman masuk.⁸²³ Kata Zaid Bin Tsabit: "Pernah Allah mewahyukan Kepada Rasulnya Retika Paha Beliau S.A.W. Berada Atas Pahaku. Aku Berasa Amat Berat Sehingga Aku Bimbang Pahaku
Akan Patah (Kerananya).⁸²⁴
٣٥٨ - حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عُلَيَّةَ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزَا خَيْبَرَ فَصَلَّيْنَا عِنْدَهَا صَلَاةَ الْغَدَاةِ بِغَلَسٍ فَرَكِبَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَكِبَ أَبُو طَلْحَةَ وَأَنَا رَدِيفُ أَبِي طَلْحَةَ فَأَجْرَى نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي زُقَاقِ خَيْبَرَ وَإِنَّ رُكْبَتِي لَتَمَسُّ فَخِذَ
___________________
lebih kuat dan lebih sahih, menggambarkan tentang 'aurat mughallazah dan hadits Jarhad pula menggambarkan tentang 'aurat mukhaffafah. Tiada pertentangan sebenarnya di antara kedua-dua hadits itu. (4) Oleh kerana terdapat khilaf 'ulama' dalam masalah ini, ada yang mengatakan paha aurat dan pula yang mengatakan tidak 'aurat. Demikianj uga terdapat hadits-hadits yang menjadi sandaran masing-masing. Walaupun tarafnya tidak sama, namun sudah ada semacam syubhah di sini iaitu syubhah khilaf. Syubhah, biar apa pun jenis dan bahagiannya elok dihindari dan dijauhi sesuai dengan anjuran Nabi s.a.w. (5) Hadits Jarhad sahaja yang layak dipertimbangkan di antara sekian banyak hadits-hadits yang menyatakan paha adalah 'aurat. Sebab itulah Bukhari tidak menyebut yang lain-lain. Beliau hanya menyebut hadits Jarhad. Ini membuktikan hadits-hadits dha'if itu tidak sama tarafnya dan Bukhari agak terbuka dalam menghadapi sesetengah hadits dha'if, terutamanya apabila ia bersesuaian dengan kehendak syari'at yang lain seperti "Saddu azZari'ah", "Taqdim al-Muharrim 'ala al-Mubih fi Bab al-Wara"' dan lain-lain.
⁸²⁴ Bukti kedua bagi Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya tentang lutut dan paha bukan 'aurat ialah hadits Abu Musa ini. Beliau mengemukakannya secara ta'liq di sini untuk meringkaskan cerita. Hadits Abu Musa ini dengan sanad dan matan yang lengkap dikemukakan oleh beliau sendiri di dalam Manaaqib 'Utsman. Adalah lebih tepat jika dikatakan Bukhari mengemukakannya di sini untuk menolak pendapat orang-orang yang yang mengatakan lutut juga selain paha termasuk dalam 'aurat. Imam Bukhari pula bermaksud menyatakan bahawa paha dan lutut kedua-duanya bukan 'aurat.
⁸²⁴ Hadits Zaid ini dikemukakan oleh Bukhari dengan lengkap di dalam Kitab at-Tafsir. Hadits ini merupakan bukti ketiga Bukhari tentang paha bukan 'aurat. la membuktikan bahawa harus seseorang menyentuh paha orang lain dengan berlapik. Sekiranya paha memang 'aurat, tentu ia tidak boleh disentuh sama ada dengan berlapik atau tidak. Sebabnya ialah kemaluan (qubul atau dubur) yang disepakati sebagai 'aurat tidak harus disentuh, sama ada secara berlapik atau tidak. Kenyataan ini dengan jelas menunjukkan adanya perbezaan di antara kemaluan dan paha. Keberatan yang dirasakan oleh Zaid itu adalah keberatan wahyu yang turun kepada Nabi s.a.w. la melarat kepada Zaid oleh kerana kebetulan pada ketika itu paha Baginda s.a.w. berada di atas pahanya. Keadaan seperti ini juga dilaporkan pernah berlaku ketika Rasulullah s.a.w. sedang berada di atas untanya, lalu wahyu turun kepada beliau menyebabkan unta yang dinaiki itu terduduk lantaran melaratnya keberatan wahyu yang diterima oleh Rasulullah s.a.w.
726
Tiada ulasan:
Catat Ulasan