Sahih bukhari kitab solat sesi 009 725
Berkata: Hadits Anas Lebih Kuat Sanadnya (Dan Hadîts Jarhad Lebih Cermat untuk Keluar (Daripada Perselisihan (Khilaf) mereka.⁸²² Abu Musa menceritakan: Nabi
_________
"Tudung (tutup) pahamu wahai Ma'mar. Kerana sesungguhnya paha itu 'aurat.” Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad, Hakim, Thabarani dan lain-lain. la juga dha'if kerana terdapat di dałam isnadnya Abu Katsir maula Muhammad bin Jahsyin, seorang perawi yang dha'if.
⁸²¹Bermula dari sini pula Imam Bukhari r.a. mengemukakan hadits-hadits yang menjadi pegangan golongan kedua yang mengatakan paha bukan 'aurat. Bukhari sendiri mewashalkan hadits Anas ini di dałam bab ini. Anas menceritakan: "Lututku (ketika itu) betul-betul menyentuh paha Nabi s.a.w. Kemudian Nabi s.a.w. menyingkap kain dari pahanya sehingga aku nampak putihnya paha Nabi s.a.w.” Daripada cerita Anas ini Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya menyimpulkan paha bukan 'aurat. Sebabnya ialah jika ia 'aurat tentu tidak berlaku beberapa perkara berikut:
(1) Lutut Anas betul-betul telah menyentuh paha Nabi s.a.w. Sebagaimana diterima oleh semua pihak, seseorang tidak boleh menyentuh 'aurat orang lain. Jika paha memang 'aurat tentulah Nabi s.a.w. tidak membiarkan keadaan iłu berlaku.
(2) Nabi s.a.w. menyingkap kain dari pahanya sehingga aku nampak putihnya paha Nabi s.a.w. Jika paha memang aurat, tentu Nabi s.a.w. tidak menyingkapkan kain dari pahanya sehingga dilihat oleh orang lain. Sebagaimana diterima oleh semua pihak bahawa seseorang haram mendedahkan 'auratnya di hadapan orang lain.
(3) Anas telah melihat paha Nabi s.a.w. dałam peristiwa iłu. Beliau berkata: "Aku masih nampak lagi putihnya paha Nabi s.a.w.” Jika paha memang s aurat, bagaimana Anas melihat paha Nabi s.a.w. dan bagaimana Allah telah membiarkan 'aurat nabinya dilihat orang.
(4) Di bawah Bab: 8, hadits no:351, tersebut: "Selepas (peristiwa) iłu Baginda tidak lagi dilihat bertelanjang (terdedah auratnya).” Jika paha memang 'aurat, maka seseorang yang mendedahkan pahanya atau terdedah pahanya, akan dikira bertelanjang. Padahal di dałam hadits iłu telah dikatakan: "Selepas (peristiwa) iłu Baginda tidak lagi dilihat bertelanjang (terdedah auratnya).” Ya'ni secara tidak sengaja. Bagaimana pula dalam peristiwa ini Rasulullah s.a.w. mendedahkannya dengan sengaja? Sesetengah pihak mengatakan sebenarnya yang tersebut di dalam hadits ini bukan perkataan حسر (menyingkapkan) tetapi انحسر (tersingkap) seperti yang tersebut di dalam riwayat Muslim dan lain-lain. Ertinya ia berlaku dengan tidak disengajakan. Pertama-tama sekali perlu diingat bahawa apa yang tersebut di dałam riwayat Bukhari ini adalah yang paling sahih dan yang paling banyak diriwayatkan oleh perawi-perawi hadits yang berwibawa. Jika diandaikan riwayat انحسرitulah yang betul, soalnya kenapa Allah membiarkan ia berlaku? Allah tidak akan membiarkan perkara seumpama iłu berlaku kepada nabiNya. Ada juga 'ulama' mengatakan di dałam bahasa 'Arab dipakai untuk kedua-dua ma'na, muta'addi dan laazim. Di dałam hadits ini ia dipakai dengan ma'na laazim. Tetapi soalan yang sama tetap akan timbul iaitu kenapa Allah membiarkan ia berlaku?
⁸²² Setelah mengemukakan hadits Anas secara ta'liq Bukhari berkata: "Hadits Anas lebih kuat sanadnya dan hadits jarhad lebih cermat untuk keluar daripada perselisihan (khilaf) mereka.” Di sini terdapat beberapa maksud Bukhari. Antara lainnya ialah:
(1) Memanglah hadits Anas lebih kuat dan lebih elok sanadnya daripada hadits Jarhad. Tetapi hadits Jarhad juga telah dihukum sahih oleh sesetengah 'ulama' seperti Hakim, Ibnu Hibbaan, Baihaqi, at-Thabari dan lain-lain,
(2) Walaupun hadits Anas lebih sahih tetapi hadits Jarhad memuatkan langkah lebih cermat dałam menjaga 'aurat yang berat. Kerana iłu tidaklah elok ia diabaikan langsung. (3) Hadits Anas yang
725
Tiada ulasan:
Catat Ulasan