Sahih bukhari kitab solat sesi 009 728
telah diberikan." Nabi s.a.w. berkata begitu tiga kali. Kata perawi: "Orang ramai (penduduk Khaibar) keluar untuk melakukan kerja mereka masing-masing. (Apabila menyedari mereka telah diserang) Teruslah mereka berkata: "Muhammad". 'Abdul Aziz menyebutkan: Sebahagian ashhab (kawan-kawan) kita berkata: "Muhammad bersama tenteranya,⁸²⁶ Anas berkata: Kami telah menguasai Khaibar dengan kekerasan (peperangan). Maka (setelah kemenangan dicapai) dikumpulkanlah orang-orang tawanan. Pada ketika itu datanglah Dihyah. Dia berkata (kepada nabi s.a.w.): "Wahai Nabi Allah, Berikanlah kepadaku seorang hamba perempuan dari tawanan ini". Nabi s.a.w. bersabda: "Pergilah ambil seorang hamba perempuan". Oleh Dihyah diambilnya Shafiyyah binti Huyai. Terus datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Engkau telah berikan kepada Dihyah Shafiyyah binti Huyai, ketua suku Quraizah dan suku Nadhir. Dia tidak sesuai kecuali untukmu sahaja".⁸²⁷ Maka Nabi s.a.w. berkata: "Panggillah Dihyah dan Shafiyyah juga". Dihyah dan Shafiyyah pun datang. Setelah Nabi s.a.w. melihat Shafiyyah, Beliau s.a.w. berkata (kepada Dihyah):
"Ambillah perempuan yang lain dari kalangan tawanan Ini.⁸²⁸ Kata Anas: "Selepas itu
______
⁸²⁸Dengan berkata begini 'Abdul 'Aziz bermaksud menyatakan bahawa dia sendiri tidak mendengar perkataan (والخميس)ini daripada Anas, tetapi mendengarnya daripada salah seorang kawannya yang juga mendengar hadits ini daripada Anas. Ini bererti riwayat daripada orang yang tidak diketahui siapa sebenarnya kawan itu. Ini kerana 'Abdul 'Aziz tidak menyebut namanya. Ada 'ulama' berpendapat kawan yang dimaksudkan oleh 'Abdul 'Aziz itu ialah Muhammad bin Sirin. Kerana Bukhari sendiri ada mengemukakan hadits ini menerusinya. Mungkin juga orang yang dimaksudkan dengan kawan itu Tsabit al-Bunaani. Sebabnya ialah Imam Muslim juga ada mengemukakan hadits ini menerusinya. Bagaimana pun kata al-Aini andaian itu tidak melepaskan riwayat ini daripada jahalah perawinya. Kerana masih ada kemungkinan kawan itu bukan mereka berdua yang disebutkan itu. Rinkasnya 'Abdul 'Aziz mengatakan: Saya telah mendengar Anas berkata: Kata mereka (yahudi Khaibar) Muhammad sahaja. Tetapi salah seorang kawan saya berkata: "Mereka (yahudi Khaibar) berkata: Muhammad bersama tenteranya.
⁸²⁷Tidak diketahui siapakah yang berkata begini kepada Nabi s.a.w. Shafiyyah adalah dari keturunan Nabi Harun a.s. Suku Quraizah dan suku Nadhir adalah dua qabilah besar dari kalangan yahudi Khaibar.
⁸²⁸Di sini timbul persoalan kenapa Nabi s.a.w. mengambil kembali Shafiyyah daripada Dihyah setelah beliau menyerahkan kepadanya untuk memilih seorang hamba perempuan? Ada beberapa jawapan telah diberikan oleh para 'ulama'. Antaranya ialah:
(1) Nabi s.a.w. boleh mengambil kembali apa yang diberikan kepada Dihyah kerana pemberian itu belum lagi sah dan mu'tamad.
(2) Nabi s.a.w. boleh mengambil kembali apa-apa yang diberikannya kepada seseorang Islam kerana beliau adalah bapa kepada sekalian orang Islam. Seseorang bapa memang boleh mengambil kembali apa-apa yang telah diberikannya kepada anaknya.
(3) Rasulullah s.a.w.
728
Tiada ulasan:
Catat Ulasan