Sahih bukhari kitab solat sesi 009 729
Nabi s.a.w, memerdekakan Shafiyyah dan mengahwininya.⁸²⁹ Lalu Tsabit bertanya Anas: "Wahai Aba Hamzah (Anas), apakah mas kahwin yang diberikan oleh Nabi s.a.w. kepadanya?"Jawab Anas: "Dirinya sendiri (sebagai mas kahwin). Nabi s.a.w. telah memerdekakannya dan mengahwininya". Dalam perjalanan pulang (dari Khaibar), Ummu Sulaim mengandam Shafiyyah untuk Rasulullah s.a.w. Pada malam harinya pula beliau mengiringi Shafiyyah sebagai pengantin kepada Nabi s.a.w., lalu berpagilah Nabi s.a.w. sebagai pengantin baru. Pada ketika itu baginda s.a.w. bersabda sambil menghamparkan seperah daripada kulit: "Sesiapa yang ada apa-apa makanan, bawalah ke mari". Maka ada yang membawa buah tamar, ada pula yang membawa minyak sapi. Kata perawi ( Abdul 'Aziz): "Saya rasa dia (Anas) telah menyebutkan sawiq (sesagun)". Kata Anas: "Mereka pun mencampurkan bahan-bahan makanan tadi sehingga ia menjadi hais (sejenis makanan).⁸³⁰ Itulah yang menjadi kenduri Rasulullah s.a.w.⁸³¹
_________________
sebenarnya telah membeli Shafiyyah daripada Dihyah. Hakikat ini tersebut di dalam hadits riwayat Muslim bahawa Nabi s.a.w. telah membeli Shafiyyah daripada Dihyah dengan harga tujuh orang hamba.
(4) Rasulullah s.a.w. mengambil kembali Shafiyyah daripada Dihyah dengan persetujuan dan kerelaan hati Dihyah sendiri.
(5) Nabi s.a.w. membenarkan Dihyah mengambil hamba sahaya yang biasa-biasa sahaja. Tidak terlintas di hati beliau bahawa yang akan berlaku ialah Dihyah mengambil orang seperti Shafiyyah. Bila disebut orang, hamba perempuan yang diambil Dihyah itu dari keturunan nabi, dari kalangan ketua dan pemimpin dua qabilah besar yahudi dan orangnya bukan kepalang cantik, Nabi s.a.w. pun mengambil kembali Shafiyyah daripada Dihyah supaya sahabat-sahabat yang lain tidak terkilan dengannya dan tidak ketara sangat keistimewaan yang diberikan kepada Dihyah dalam mendapat harta rampasan perang. Sedangkan orang-orang lain juga tidak kurang peranannya daripada Dihyah dalam peperangan itu. Ramai lagi juga terdapat orang yang lebih terkemuka dan hebat daripada Dihyah. Selain itu ada pula hikmah yang lain jika Rasulullah s.a.w. mengambil Shafiyyah untuk dirinya sendiri, walaupun hanya sebagai hamba sahaya. Untuk mengambil hati Dihyah Nabi s.a.w. menggantikan kepadanya tujuh orang hamba sahaya yang lain dengan persetujuan dan kerelaan hatinya. Antara jawapan yang diberikan tadi jawapan inilah yang agak memuaskan hati.
⁸²⁹ Apa yang berlaku selepas itu? Rasulullah s.a.w. tidak menjadikan Shafiyyah sebagai hamba sahayanya, malah beliau memerdekakannya dan mengahwininya. Kesan daripada perkahwinan itu sekian ramai orang-orang yahudi telah memeluk agama Islam.
⁸³⁰ Sejenis makanan yang disediakan daripada keju, minyak sapi dan buah tamar.
⁸³¹Antara pengajaran dan panduan yang dapat diambil daripada hadits ini ialah:
(1) Keharusan menggunakan perkataan sembahyang ghadaat untuk sembahyang subuh
(2) Keharusan membonceng di atas belakang binatang jika binatang itu membawa orang yang menaikinya. Sebenarnya sangat banyak hadist yang menyatakan keharusan membonceng.
(3) Elok bertakbir dan berzikir semasa berperang. Amalan ini sesuai dengan firman Allah berikut ini:
729
Tiada ulasan:
Catat Ulasan