Khamis, Januari 21, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 009 730

Sahih bukhari kitab solat sesi 009 730

باب في كَمْ تُصَلِّي الْمَرْأَةُ فِي الثِّيَابِ: وَقَالَ عِكْرِمَةُ لَوْ وَارَتْ جَسَدَهَا فِي ثَوْبٍ لأَجَزْتُهُ. 
13-Bab : Berapa helai Kain Perlu Dipakai Oleh Perempuan untuk bersembahyang.⁸³² Rata Ikrimah: Sembahyang Seseorang Perempuan Yang Menutupi


________

Al-Anfal 8:45
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَٱثْبُتُوا۟ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah(dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (al-Anfaal:45). 

(4) Elok bertakbir tiga kali di permulaan hendak berperang. (5) Hadits ini menunjukkan paha bukan aurat. 
(6) Keharusan memecut kuda. la bukanlah sesuatu yang menjatuhkan maruah seseorang, terutamanya apabila ada sesuatu keperluan atau untuk melatih kuda dan melatih diri berperang dengan menggunakan kuda. 
(7) Elok tuanmas memerdekakan hamba sahaya perempuannya Ialu mengahwininya. Tersebut di dalam hadits sahih bahawa orang yang sanggup berbuat begitu akan mendapat dua pahala. 
(8) Kata Ibnu Hazam: "Tsabit, Qataadah dan 'Abdul 'Aziz bin Shuhaib bersepakat meriwayatkan daripada Anas bahawa Nabi s.a.w. memerdekakan Shafiyyah dan mengahwininya dengan menjadikan pemerdekaannya sebagai mas kahwin untuknya. Antara tokoh 'ulama' yang berpegang dengan zahir hadits ini ialah Sa'id bin Musayyab, Hasan Bashri, Ibrahim an-Nakha'i, 'Aamir asy-Sya'bi, Al-Auzaa'i, Zuhri, 'Athaa', Qataadah, Thaawus, Hasan bin Hayy, Ahmad dan Ishaq. Imam Bukhari walaupun tidak menjelaskan pendapatnya, tetapi dengan mengadakan bab berikut di dalam Kitab an-Nikaah, iaitu:  J;-$ (Bab Orang Yang Menjadikan Pemerdekaan Hamba perempuannya Sebagai Mas Kahwin Untuknya), beliau nampaknya lebih cenderung kepada pendapat ini. Menurut pendapat mereka ini, seseorang harus berkahwin dengan hamba sahaya perempuan yang dimerdekakannya dengan syarat pemerdekaan itu sendiri menjadi sebagai mas kahwin. Hamba sahaya berkenaan tidak berhak mendapat mas kahwin lain selain kemerdekaan dirinya. Perbincangan lebih terperinci in syaa' Allah akan anda dapati di tempatnya. 
(9) Pertemuan pertama di antara dua pengantin selepas upacara perkahwinan lebih elok berlaku pada waktu malam. 
(10) Orang yang berkahwin dituntut agar mengadakan kenduri. 
(11) Kenduri kahwin lebih elok diadakan selepas pengantin baharu bersekedudukan. 
(12) Ketika dalam kesukaran, sahabat handai dan sanak saudara digalakkan membantu pihak pengantin untuk mengadakan kenduri dengan menghulurkan kepadanya apa-apa yang perlu. 
(13) Seseorang ketua tidak harus segan meminta bantuan dan pertolongan daripada anak buahnya. 
(14) Maksud kenduri terpenuhi dengan adanya sebarang jamuan makanan. Hidangan daging bukan suatu kemestian.

⁸³² Setelah membicarakan tentang pakaian yang boleh dan hendaknya dipakai oleh lelaki ketika bersembahyang, Imam Bukhari mula membincangkan pula tentang pakaian yang boleh dan hendaknya dipakai oleh wanita semasa mereka bersembahyang. Oleh kerana seluruh tubuh wanita adalah 'aurat yang tidak harus didedahkan kepada lelaki di luar sembahyang, kecuali muka, kedua belah tangan dan kakinya. Adakah 'aurat mereka yang perlu ditutup semasa bersembahyang juga sama dengan ketika tidak bersembahyang? Kalau sehelai kain yang menutupi 'aurat lelaki sudah memadai untuk dipakainya semasa berselnbahyang, adakah sehelai.

730


Tiada ulasan:

Catat Ulasan