Ahad, Januari 24, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 009s

Sahih bukhari kitab solat sesi 009s

باب الصَّلاَةِ بِغَيْرِ رِدَاءٍ: 
11— Bab : Bersembahyang Tanpa Selendang.⁸¹⁸
                                                                              
باب الصَّلاَةِ بِغَيْرِ رِدَاءٍ: 
٣٥٧ - حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي الْمَوَالِي عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ وَهُوَ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ مُلْتَحِفًا بِهِ وَرِدَاؤُهُ مَوْضُوعٌ فَلَمَّا انْصَرَفَ قُلْنَا يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ تُصَلِّي وَرِدَاؤُكَ مَوْضُوعٌ قَالَ نَعَمْ أَحْبَبْتُ أَنْ يَرَانِي الْجُهَّالُ مِثْلُكُمْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي هَكَذَا
357. Telah menceritakan kepada kami 'Abdul Aziz bin 'Abdullah berkata, telah menceritakan kepadaku Ibnu Abu Al Mawali dari Muhammad bin Al Munkadir berkata, "Aku masuk menemui Jabir bin 'Abdullah yang saat itu sedang shalat dengan menggunakan kain sarung yang diikatkannya pada tengkuk, sedangkan pakaiannnya diletakkan pada gantungan baju. Setelah selesai kami bertanya, "Wahai Abu 'Abdullah, bagaimana kamu shalat sedangkan kain rida' (selendang) mu kau gantung pada gantungan baju? ' Maka Jabir menjawab, "Benar. Sesungguhnya aku senang bila berbuat seperti itu agar bisa dilihat oleh orang bodoh seperti kamu. Aku pernah melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam shalat dengan cara seperti itu."

باب مَا يُذْكَرُ فِي الْفَخِذِ: قَالَأبو عَبْدِ الله
وَيُرْوَى عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ وَجَرْهَدٍ وَمُحَمَّدِ بْنِ جَحْشٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (الْفَخِذُ عَوْرَةٌ). 
وَقَالَ أَنَسٌ حَسَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ فَخِذِهِ. وَحَدِيثُ أَنَسٍ أَسْنَدُ، وَحَدِيثُ جَرْهَدٍ أَحْوَطُ حَتَّى يُخْرَجَ مِنِ اخْتِلاَفِهِمْ. 
وَقَالَ أَبُو مُوسَى غَطَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُكْبَتَيْهِ حِينَ دَخَلَ عُثْمَانُ. 
وَقَالَ زَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفَخِذُهُ عَلَى فَخِذِي فَثَقُلَتْ عَلَيَّ حَتَّى خِفْتُ أَنْ تُرَضَّ فَخِذِي.

12--Bab : Apa Yang Disebutkan Tentang Paha.⁸¹⁹ Abu  Abdillah Berkata: Diriwayatkan Daripada Ibni 'Abbaas, Jarhad Dan Muhammad Bin Jahsyin Daripada Nabi S.A.W. Sabda Baginda: "Paha ltu Aurat".⁸²⁰ Anas Berkata: Nabi S.A.W. menyingkap (Kain yang Dipakainya) Sehingga Terdedah Pahanya".⁸²¹ Abu 'Abdillah Berkata: Hadits Anas Lebih Kuat Sanadnya Dan Hadîts Jarhad Lebih Cermat untuk Keluar Daripada Perselisihan (Khilaf) mereka.⁸²²  Abu Musa menceritakan: Nabi S.A.W. menutup Kedua Lututnya Apabila Utsman masuk.⁸²³  Kata Zaid Bin Tsabit: "Pernah Allah mewahyukan Kepada Rasulnya Ketika Paha Beliau S.A.W. Berada  Atas Pahaku. Aku Berasa Amat Berat Sehingga Aku Bimbang Pahaku Akan Patah (Kerananya).⁸²⁴


٣٥٨ - حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عُلَيَّةَ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزَا خَيْبَرَ فَصَلَّيْنَا عِنْدَهَا صَلَاةَ الْغَدَاةِ بِغَلَسٍ فَرَكِبَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَكِبَ أَبُو طَلْحَةَ وَأَنَا رَدِيفُ أَبِي طَلْحَةَ فَأَجْرَى نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي زُقَاقِ خَيْبَرَ وَإِنَّ رُكْبَتِي لَتَمَسُّ فَخِذَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ حَسَرَ الْإِزَارَ عَنْ فَخِذِهِ حَتَّى إِنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِ فَخِذِ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا دَخَلَ الْقَرْيَةَ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ خَرِبَتْ خَيْبَرُ إِنَّا إِذَا نَزَلْنَا بِسَاحَةِ قَوْمٍ { فَسَاءَ صَبَاحُ الْمُنْذَرِينَ } قَالَهَا ثَلَاثًا قَالَ وَخَرَجَ الْقَوْمُ إِلَى أَعْمَالِهِمْ فَقَالُوا مُحَمَّدٌ قَالَ عَبْدُ الْعَزِيزِ وَقَالَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا وَالْخَمِيسُ يَعْنِي الْجَيْشَ قَالَ فَأَصَبْنَاهَا عَنْوَةً فَجُمِعَ السَّبْيُ فَجَاءَ دِحْيَةُ الْكَلْبِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَعْطِنِي جَارِيَةً مِنْ السَّبْيِ قَالَ اذْهَبْ فَخُذْ جَارِيَةً فَأَخَذَ صَفِيَّةَ بِنْتَ حُيَيٍّ فَجَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَعْطَيْتَ دِحْيَةَ صَفِيَّةَ بِنْتَ حُيَيٍّ سَيِّدَةَ قُرَيْظَةَ وَالنَّضِيرِ لَا تَصْلُحُ إِلَّا لَكَ قَالَ ادْعُوهُ بِهَا فَجَاءَ بِهَا فَلَمَّا نَظَرَ إِلَيْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خُذْ جَارِيَةً مِنْ السَّبْيِ غَيْرَهَا قَالَ فَأَعْتَقَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَزَوَّجَهَا فَقَالَ لَهُ ثَابِتٌ يَا أَبَا حَمْزَةَ مَا أَصْدَقَهَا قَالَ نَفْسَهَا أَعْتَقَهَا وَتَزَوَّجَهَا حَتَّى إِذَا كَانَ بِالطَّرِيقِ جَهَّزَتْهَا لَهُ أُمُّ سُلَيْمٍ فَأَهْدَتْهَا لَهُ مِنْ اللَّيْلِ فَأَصْبَحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرُوسًا فَقَالَ مَنْ كَانَ عِنْدَهُ شَيْءٌ فَلْيَجِئْ بِهِ وَبَسَطَ نِطَعًا فَجَعَلَ الرَّجُلُ يَجِيءُ بِالتَّمْرِ وَجَعَلَ الرَّجُلُ يَجِيءُ بِالسَّمْنِ قَالَ وَأَحْسِبُهُ قَدْ ذَكَرَ السَّوِيقَ قَالَ فَحَاسُوا حَيْسًا فَكَانَتْ وَلِيمَةَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

358- Ya'qub bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail bin Ulayyah meriwayatkan kepada kami, katanya: 'Abdul Aziz bin Suhaib meriwayatkan kepada kami daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. pergi ke Khaibar untuk berperang. Maka kami bersembahyang subuh di Khaibar pada waktu ghalas (awal waktu subuh). Selepas itu Nabi s.a.w. dan Abu Thalhah menaiki kenderaan masing-masing. Aku membonceng Abu Thalhah. Nabi s.a.w. memecut (kenderaannya) di satu lorong Khaibar. ⁸²⁵ Lututku (ketika itu) betul-betul menyentuh paha Nabi s.a.w. Kemudian Nabi s.a.w. menyingkapkan kain dari pahanya sehingga aku masih nampak lagi putihnya paha Nabi s.a.w. Setelah masuk ke Khaibar, baginda s.a.w. pun mengucapkan: "Allahu Akbar, musnahlah Khaibar. Sesungguhnya kami apabila turun dalam kawasan sesuatu kaum, sudah tentu buruklah (nahaslah) hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan." Nabi s.a.w. berkata begitu tiga kali. Kata perawi: "Orang ramai (penduduk Khaibar) keluar untuk melakukan kerja mereka masing-masing. (Apabila menyedari mereka telah diserang) Teruslah mereka berkata: "Muhammad". 'Abdul Aziz menyebutkan: Sebahagian ashhab (kawan-kawan) kita berkata: "Muhammad bersama tenteranya,⁸²⁶ Anas berkata: Kami telah menguasai Khaibar dengan kekerasan (peperangan). Maka (setelah kemenangan dicapai) dikumpulkanlah orang-orang tawanan. Pada ketika itu datanglah Dihyah. Dia berkata (kepada nabi s.a.w.): "Wahai Nabi Allah, Berikanlah kepadaku seorang hamba perempuan dari tawanan ini". Nabi s.a.w. bersabda: "Pergilah ambil seorang hamba perempuan". Oleh Dihyah diambilnya Shafiyyah binti Huyai. Terus datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Engkau telah berikan kepada Dihyah Shafiyyah binti Huyai, ketua suku Quraizah dan suku Nadhir. Dia tidak sesuai kecuali untukmu sahaja".⁸²⁷ Maka Nabi s.a.w. berkata: "Panggillah Dihyah dan Shafiyyah juga". Dihyah dan Shafiyyah pun datang. Setelah Nabi s.a.w. melihat Shafiyyah, Beliau s.a.w. berkata (kepada Dihyah):
"Ambillah perempuan yang lain dari kalangan tawanan Ini.⁸²⁸  Kata Anas: "Selepas itu Nabi s.a.w. memerdekakan Shafiyyah dan mengahwininya.⁸²⁹  Lalu Tsabit bertanya Anas: "Wahai Aba Hamzah (Anas), apakah mas kahwin yang diberikan oleh Nabi s.a.w. kepadanya?" Jawab Anas: "Dirinya sendiri (sebagai mas kahwin). Nabi s.a.w. telah memerdekakannya dan mengahwininya". Dalam perjalanan pulang (dari Khaibar), Ummu Sulaim mengandam Shafiyyah untuk Rasulullah s.a.w. Pada malam harinya pula beliau mengiringi Shafiyyah sebagai pengantin kepada Nabi s.a.w., lalu berpagilah Nabi s.a.w. sebagai pengantin baru. Pada ketika itu baginda s.a.w. bersabda sambil menghamparkan seperah daripada kulit: "Sesiapa yang ada apa-apa makanan, bawalah ke mari". Maka ada yang membawa buah tamar, ada pula yang membawa minyak sapi. Kata perawi ( Abdul 'Aziz): "Saya rasa dia (Anas) telah menyebutkan sawiq (sesagun)". Kata Anas: "Mereka pun mencampurkan bahan-bahan makanan tadi sehingga ia menjadi hais (sejenis makanan).⁸³⁰  Itulah yang menjadi kenduri Rasulullah s.a.w.⁸³¹


Minit 6
________
⁸¹⁸ Ada beberapa maksud Bukhari mengadakan bab ini. antaranya ialah: 
(1) Untuk menyatakan sembahyang orang lelaki yang memakai hanya sehelai pakaian sahaja sah, walaupun dia mempunyai beberapa helai pakaian yang lain. 
(2) Di dalam bab kesembilan hadits no:352 tersebut arahan 'Umar tentang pakaian yang seharusnya dipakai ketika bersembahyang apabila seseorang berada dalam keadaan senang dan mewah. Mungkin itu menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah orang. Untuk menghilangkan kekeliruan itulah Bukhari mengemukakan bab ini pula selepasnya. Keadaan kain tergantung di penyangkut baju selain yang dipakai Jaabir r.a. semasa bersembahyang merupakan salah satu bukti kesenangan dan kekayaannya. (3) Untuk menyatakan bersembahyang tanpa berselendang adalah harus. 
(4) Tidak mesti (wajib) menutup bahu dengan sesuatu seperti selendang ketika bersembahyang, kerana sembahyang sah tanpanya. Demikian juga tidak mesti (wajib) menutup apa yang dinamakan sebagai 'aurat mukhaffafah (seperti paha) itu kerana sembahyang sah juga tanpanya. Yang mesti (wajib) ditutup ialah apa yang dinamakan aurat mughallazah sahaja. Kerana sembahyang tanpa menutupnya memang tidak sah dan tidak diharuskan berselimut menggunakan sehelai kain sahaja, sedangkan selendangnya ada tergantung (di penyangkut pakaian). Apabila dia selesai bersembahyang kami pun berkata: Wahai Aba 'Abdillah! Engkau bersembahyang dalam keadaan selendangmu ada tergantung? Beliau menjawab dengan katanya: "Ya, aku mahu dilihat oleh orang-orang yang jahil seperti kamu. Aku telah melihat Nabi s.a.w. bersembahyang begini."

⁸¹⁹ Imam Bukhari nampaknya belum puas hati membincangkan tentang 'aurat. Sebelum ini beliau telah mengadakan satu bab tentang 'aurat yang mesti ditutup. Di sana beliau telah membuktikan bahawa 'aurat yang sebenar-benarnya ialah qubul dan dubur. Tetapi soalnya bagaimana dengan hadits yang berbunyi: . Bukankah hadits itu dengan jelas mengatakan paha itu 'aurat? Menerusi bab ini Imam Bukhari r.a. mahu menarik perhatian pembaca dan para pelajar kepada kilaf 'ulama' tentang hukum paha, sama ada ia 'aurat atau tidak. Beliau juga mahu menjelaskan tentang kedudukan hadits itu. 'ulama terbahagi kepada empat golongan dalam masalah ini. 

Golongan pertama berpendapat paha adalah 'aurat. Ini merupakan pendapat kebanyakan ulama'. 
Antara tokoh yang berpendapat begini ialah 'Athaa', Malik dalam salah satu pendapatnya, atsTsauri, Abu Hanifah, Syafi'e dan Ahmad dalam salah satu pendapatnya. 

Golongan kedua berpendapat paha tidak 'aurat. 
Antara muhadditsin dan fuqahaa' yang berpendapat demikian ialah Daud Zahiri, Ibnu Abi Zi'b, Ismail bin 'Ulayyah, Ibnu Jarir at-Thabari, al-lshthakhri(anak buah Imam Syafie), Ibnu Hazam, Malik dalam pendapat yang masyhur daripadanya dan Ahmad dalam salah satu pendapatnya. 

Golongan ketiga berpendapat paha tidak merupakan 'aurat di bilik mandi atau tempat-tempat lain seumpamanya di mana mengikut 'uruf mendedahkannya tidak dianggap perbuatan yang pelik dan jelik. Sementara di setengah- setengah tempat seperti masjid atau tempat-tempat lain seumpamanya paha adalah aurat yang semestinya dijaga daripada terdedah. 
Antara tokoh 'ulama' yang berpendapat demikian ialah 'Athaa' dan Al-Auzaa'i. Ibnu Qutaibah mentarjihkan pendapat ini. 

Golongan keempat berpendapat paha adalah aurat, tetapi 'aurat yang mukhaffafah bukan 'aurat mughallazah. Imam Bukhari antara tokoh yang berpendapat begini. Selain beliau Ibnu al-Qaiyyim dan sebilangan besar ashhab Malik, Syafi'e dan Ahmad. Al-Baaji di dalam al-Muntaqanya menulis bahawa Abu Hanifah juga diriwayatkan ada berkata: Aurat terbahagi kepada dua. Mughallazah dan mukhaffafah". Ini bererti salah satu pendapat beliau juga sama seperti pendapat Imam Bukhari.

⁸²⁰ Mula-mula sekali Imam Bukhari r.a. membawa hujah pihak pertama yang mengatakan paha itu 'aurat. Hujah mereka ialah hadits "Paha itu 'aurat". Hadits ini diriwayatkan daripada Ibni 'Abbaas, Jarhad dan Muhammad bin Jahsyin. Tiga orang inilah yang disebut oleh Bukhari di sini. Berdasarkan kitab-kitab Iain ada dua orang lagi yang meriwayatkannya iaitu 'Ali dan Qabishah bin Mukhaariq. Bagi Bukhari hadits-hadits tentang paha adalah 'aurat, pada keseluruhannya adalah dhaif. Kalau ada pun yang dikatakan sahih seperti hadits Jarhad, ia masih lagi dipertikaikan dan jika diandaikan sahih sekalipun, kesahihannya tidak dapat menandingi hadits-hadits yang dipegang oleh golongan yang mengatakan paha bukan  aurat. Kerana itu beliau mengemukakannya secara ta'liq(tidak disebut sanad yang lengkap ) dan dengan sighah tamridh  (yurwa - diriwayat- isyarat hadits dhaif) sahaja. 
Hadits Ibnu 'Abbaas diriwayatkan menerusi Abi Yahya al-Qattaat daripada Mujahid daripada beliau (Ibnu  Abbaas r.a.) katanya: "Pernah Nabi s.a.w. lalu dekat seorang lelaki yang terdedah pahanya. Baginda terus berkata kepadanya: "Tudung (tutup) pahamu itu. Kerana paha seseorang termasuk dalam 'auratnya." 
Demikian diriwayatkan oleh Ahmad, Thabarani, Hakim, Baihaqi dan Iain-lain. Imam Tarmizi meriwayatkannya secara ringkas dengan lafaz  الفخذ عورة dan beliau mengatakan hadits ini hasan(hasan istilah tirmizi sahaja,bukan istilah hasan jumhur ulamak). 
Abu Yahya al-Qattaat, namanya ialah Abdur Rahman bin Dinar. Imam Ahmad, Yahya dan kebanyakan  ulama' menganggapnya dha'if(perawi dhaif macamana hadits nak jadi hasan).Ada juga orang berkata Habib bin Abi Tsabit merupakan mutaabi' kepadanya dalam meriwayatkan hadits ini. Tetapi isnadnya juga tidak sahih. Hadits Jarhad diriwayatkan oleh ramai tokoh-tokoh hadits seperti Hakim, Ibnu Abi Syaibah, Abu Daud, Daarimi, Abu Ya' la, Ibnu Hibbaan dan Iain-lain. Imam Bukhari sendiri ada meriwayatkannya di dalam at-Taarikh al-Kabir. Tarmizi meriwayatkannya melalui tiga saluran sanad. Berikut dikemukakan ketiga-tiganya berserta komen beliau:
(١)٢٧١٩ - حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ زُرْعَةَ بْنِ مُسْلِمِ بْنِ جَرْهَدٍ الْأَسْلَمِيِّ عَنْ جَدِّهِ جَرْهَدٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجَرْهَدٍ فِي الْمَسْجِدِ وَقَدْ انْكَشَفَ فَخِذُهُ فَقَال إِنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ مَا أَرَى إِسْنَادَهُ بِمُتَّصِلٍ
2719. Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Umar telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu An Nadlrah bekas budak Umar bin 'Ubaidullah, dari Zur'ah bin Muslim bin Jarhad Al Aslami dari kakeknya yaitu Jarhad (sahabat  yang meriwayat hanya hadits satu hadits sahaja iaitu hadits tentang paha itu aurat)  ia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melintasi Jarhad di masjid, sedangkan pahanya tersingkap, maka beliau bersabda: "Sesungguhnya paha itu aurat." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan, menurutku sanadnya tidak bersambung.

(٢)٢٧٢٠ - حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَّالُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ جَرْهَدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِهِ وَهُوَ كَاشِفٌ عَنْ فَخِذِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَطِّ فَخِذَكَ فَإِنَّهَا مِنْ الْعَوْرَةِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
2720. Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Ali Al Khallal telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Abu Az Zinad ia berkata; telah mengabarkan kepada kami Ibnu Jarhad dari Ayahnya bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melewatinya ketika itu pahanya tersingkap, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tutuplah pahamu karena itu termasuk aurat." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan.

(٣)٢٧٢١ - حَدَّثَنَا وَاصِلُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ عَنْ الْحَسَنِ بْنِ صَالِحٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَرْهَدٍ الْأَسْلَمِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْفَخِذُ عَوْرَةٌ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
2721. Telah menceritakan kepada kami Washil bin Abdul A'la telah menceritakan kepada kami Yahya bin Adam dari Al Hasan bin Shalih dari Abdullah bin Muhammad bin 'Uqail dari Abdullah bin Jarhad Al Aslami dari Ayahnya dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabada: "Paha itu aurat." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan gharib, melalui sanad ini.

Selepas Tarmizi mengemukakan hadits pertama, beliau berkata hadits ini hasan. Selepas itu beliau berkata pula saya tidak fikir hadits ini bersambung sanadnya. Ini bererti hadits ini terputus sanadnya. Hadits yang sanadnya terputus adalah dha'if. Tarmizi selalu menggunakan istilah hasan untuk hadits dha'if apabila ada beberapa sanadnya. Walaupun kesemuanya adalah dhaif. Istilah hasan di sini tidak sama sekali seperti hasan yang dipakai oleh jumhur 'ulama' hadits.

Sufyan pula terkeliru dalam mengisnadkan hadits ini apabila beliau mengatakan Zur'ah bin Muslim. Yang sebetulnya ialah Zur'ah bin 'Abdur Rahman bin Jarhad. Hadits kedua juga dihukum oleh Tarmizi sebagai hasan. Daraquthni menyebutkan banyak sekali terdapat perbezaan dalam isnad yang dikemukakan Abi az-Zinaad tentang nama syeikhnya, Antara nama yang disebutkan ialah: 
(1) Zur'ah bin 'Abdur Rahman bin Jarhad. 
(2) Zur'ah bin Jarhad. 
(3) Abdur Rahman bin Jarhad. 
(4) Jarhad bin Jarhad. 
(5) Aalu (keluarga) Jarhad daripada Jarhad. 

Demikianlah antara idhthirab yang terdapat di dalam hadits ini. Ibnu al-Qatthaan di dalam kitabnya Bayanu al-Wahmi wa al-lihaam berkata bahawa: "Hadits Jarhad ini mempunyai dua illat(kecacatan)
Pertama ialah idhthirab(bergoyang) yang membawa kepada hilangnya keyakinan kepadanya. Ini kerana perawi-perawi hadits ini berbeza-beza dalam mengemukakan isnadnya. 
Yang pertama berkata: Zur'ah bin Abdur Rahman. 
Yang kedua berkata: Zur'ah bin Abdullah. 
Yang ketiga pula berkata: Zur'ah bin Muslim. Kemudian perawi-perawi itu berbeza-berbeza pula. 
Yang pertama mengatakan Zur'ah meriwayatkannya daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w. 
Yang kedua berkata: Daripada ayahnya daripada Jarhad daripada Nabi s.a.w. 
Yang ketiga pula berkata: Zur'ah meriwayatkan daripada Aal (keluarga) Jarhad daripada Jarhad daripada Nabi s.a.w. Saya tidak berpendapat semua idhthirab menyebabkan sesuatu hadits menjadi dha'if(tapi ini dhaif). Jika madaar sesuatu hadits adalah seorang yang tsiqah, maka perbezaan perawi-perawi daripadanya tidak menjejaskan haditsnya. Tetapi kalau madaarnya(dimana pun pergi ada perawi tersebut atau paksinya) tidak tsiqah atau tidak dikenali, maka sudah tentu idhthirab akan melemahkannya malah akan menambahkan lagi kelemahannya. Begitulah keadaan hadits ini. la merupakan illat keduanya. Kerana Zur'ah dan ayahnya tidak diketahui atau tidak masruf halnya. Mereka berdua juga tidak masyhur dalam periwayatan.
Imam Bukhari juga di dalam atTarikh al-Kabir menganggap isnad hadits ini tidak sahih kerana idhthirab isnadnya. Sesetengah orang menganggap hadits ini sahih dan berkedudukan tinggi kerana ia dikemukakan oleh imam Malik di dalam Muattha'nya. Sebenarnya hadits ini hanya terdapat di dalam nuskhah Muwattha' beberapa orang sahaja daripada murid-murid Malik iaitu Ibnu Bukair, Ibnu Wahab, Ma'an bin Isa dan 'Abdullah bin Yusuf. la tidak terdapat di dalam sekian banyak nuskhah Muwattha' riwayat murid-murid beliau yang lain, seperti nuskhah Yahya bin Yahya al-Mashmudi(naskah ini yg byk tersebar), Muhammad bin Hasan asy-Syaibani dan lain-lain yang lebih masyhur dan tersebar dengan meluas hari ini. Sementara al-Qa'nabi pula tidak memasukkan hadits ini di dalam Muwattha'nya, malah beliau meriwayatkannya di luar Muwattha' sebagai riwayat-riwayat "Ziaadaat(riwayat imam malik diluar muwatok) Imam Malik". Ini semua menunjukkan bahawa keberadaan hadits ini di dalam Muwattha' adalah sesuatu yang tidak boleh dipertanggungjawabkan atau dengan kata lain ia bukan hadits yang disepakati oleh semua pemilik-pemilik nuskhah Muwattha'. Selepas mengemukakan hadits ketiga, Imam Tamizi berkata: "Hadits ini hasan, gharib melalui sanad ini.” Imam Tarmizi mengatakan hasan kerana melihat kepada banyak jalur riwayatnya semata-mata. Di sini juga istilah hasan yang digunakan oleh Tarmizi tidak seperti yang dipakai oleh jumhur  ulama'. Beliau menyebutkan hasan di samping gharib melalui sanad ini, untuk mengisyaratkan kepada kedha'ifannya. Isnad riwayat ini dha'if kerana terdapat di dalamnya salah seorang perawi dhaif iaitu 'Abdullah bin Muhammad bin Aqil. Hadits Muhammad bin Jahsyin diriwayatkan menerusi riwayat al-Alaa' bin 'Abdir Rahman daripada Abi Katsir maula Muhammad bin Jahsyin daripada Muhammad bin Jahsyin ipar Nabi s.a.w. daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda s.a,w. pernah lalu dekat Mimar ketika dia sedang berada di halaman masjid sambil duduk berihtibaa' (duduk berpaut lutut) dalam keadaan mendedahkan pahanya, Lantas Nabi s.a.w. bersabda kepadanya:"Tudung (tutup) pahamu wahai Ma'mar. Kerana sesungguhnya paha itu 'aurat.” Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad, Hakim, Thabarani dan lain-lain. la juga dha'if kerana terdapat di dałam isnadnya Abu Katsir maula Muhammad bin Jahsyin, seorang perawi yang dha'if.
1jam

⁸²¹Bermula dari sini pula Imam Bukhari r.a. mengemukakan hadits-hadits yang menjadi pegangan golongan kedua yang mengatakan paha bukan 'aurat. Bukhari sendiri mewashalkan hadits Anas ini di dałam bab ini. Anas menceritakan: "Lututku (ketika itu) betul-betul menyentuh paha Nabi s.a.w. Kemudian Nabi s.a.w. menyingkap kain dari pahanya sehingga aku nampak putihnya paha Nabi s.a.w.” Daripada cerita Anas ini Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya menyimpulkan paha bukan 'aurat. Sebabnya ialah jika ia 'aurat tentu tidak berlaku beberapa perkara berikut: 
(1) Lutut Anas betul-betul telah menyentuh paha Nabi s.a.w. Sebagaimana diterima oleh semua pihak, seseorang tidak boleh menyentuh 'aurat orang lain. Jika paha memang 'aurat tentulah Nabi s.a.w. tidak membiarkan keadaan iłu berlaku. 
(2) Nabi s.a.w. menyingkap kain dari pahanya sehingga aku nampak putihnya paha Nabi s.a.w. Jika paha memang  aurat, tentu Nabi s.a.w. tidak menyingkapkan kain dari pahanya sehingga dilihat oleh orang lain. Sebagaimana diterima oleh semua pihak bahawa seseorang haram mendedahkan 'auratnya di hadapan orang lain. 
(3) Anas telah melihat paha Nabi s.a.w. dalam peristiwa iłu. Beliau berkata: "Aku masih nampak lagi putihnya paha Nabi s.a.w.” Jika paha memang  aurat, bagaimana Anas melihat paha Nabi s.a.w. dan bagaimana Allah telah membiarkan 'aurat nabinya dilihat orang. 
(4) Di bawah Bab: 8, hadits no:351, tersebut: "Selepas (peristiwa) itu Baginda tidak lagi dilihat bertelanjang (terdedah  auratnya).” Jika paha memang 'aurat, maka seseorang yang mendedahkan pahanya atau terdedah pahanya, akan dikira bertelanjang. Padahal di dalam hadits itu telah dikatakan: "Selepas (peristiwa) itu Baginda tidak lagi dilihat bertelanjang (terdedah auratnya).” Ya'ni secara tidak sengaja. Bagaimana pula dalam peristiwa ini Rasulullah s.a.w. mendedahkannya dengan sengaja? Sesetengah pihak mengatakan sebenarnya yang tersebut di dalam hadits ini bukan perkataan حسر(menyingkapkan) tetapi انحسر(tersingkap) seperti yang tersebut di dalam riwayat Muslim dan lain-lain. Ertinya ia berlaku dengan tidak disengajakan. Pertama-tama sekali perlu diingat bahawa apa yang tersebut di dalam riwayat Bukhari ini adalah yang paling sahih dan yang paling banyak diriwayatkan oleh perawi-perawi hadits yang berwibawa. Jika diandaikan riwayat انحسر itulah yang betul, soalnya kenapa Allah membiarkan ia berlaku? Allah tidak akan membiarkan perkara seumpama itu berlaku kepada nabiNya. Ada juga 'ulama' mengatakan di dałam bahasa 'Arab dipakai untuk kedua-dua ma'na, muta'addi dan laazim. Di dalam hadits ini ia dipakai dengan ma'na laazim. Tetapi soalan yang sama tetap akan timbul iaitu kenapa Allah membiarkan ia berlaku?

⁸²² Setelah mengemukakan hadits Anas secara ta'liq Bukhari berkata: "Hadits Anas lebih kuat sanadnya dan hadits jarhad lebih cermat untuk keluar daripada perselisihan (khilaf) mereka.” Di sini terdapat beberapa maksud Bukhari. Antara lainnya ialah: 
(1) Memanglah hadits Anas lebih kuat dan lebih elok sanadnya daripada hadits Jarhad. Tetapi hadits Jarhad juga telah dihukum sahih oleh sesetengah 'ulama' seperti Hakim, Ibnu Hibbaan, Baihaqi, at-Thabari dan lain-lain, 
(2) Walaupun hadits Anas lebih sahih tetapi hadits Jarhad memuatkan langkah lebih cermat dalam menjaga 'aurat yang berat. Kerana itu tidaklah elok ia diabaikan langsung. (3) Hadits Anas yang lebih kuat dan lebih sahih, menggambarkan tentang 'aurat mughallazah dan hadits Jarhad pula menggambarkan tentang 'aurat mukhaffafah. Tiada pertentangan sebenarnya di antara kedua-dua hadits itu. 
(4) Oleh kerana terdapat khilaf 'ulama' dalam masalah ini, ada yang mengatakan paha aurat dan ada pula yang mengatakan tidak 'aurat. Demikian juga terdapat hadits-hadits yang menjadi sandaran masing-masing. Walaupun tarafnya tidak sama, namun sudah ada semacam syubhah di sini iaitu syubhah khilaf(ulama yang khilaf). Syubhah, biar apa pun jenis dan bahagiannya elok dihindari dan dijauhi sesuai dengan anjuran Nabi s.a.w. 
(5) Hadits Jarhad sahaja yang layak dipertimbangkan di antara sekian banyak hadits-hadits yang menyatakan paha adalah 'aurat. Sebab itulah Bukhari tidak menyebut yang lain-lain. Beliau hanya menyebut hadits Jarhad. Ini membuktikan hadits-hadits dha'if itu tidak sama tarafnya dan Bukhari agak terbuka dalam menghadapi sesetengah hadits dha'if, terutamanya apabila ia bersesuaian dengan kehendak syari'at yang lain seperti "Saddu azZari'ah", "Taqdim al-Muharrim 'ala al-Mubih fi Bab al-Wara"' dan lain-lain.
 
⁸²³ Bukti kedua bagi Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya tentang lutut dan paha bukan 'aurat ialah hadits Abu Musa ini. Beliau mengemukakannya secara ta'liq di sini untuk meringkaskan cerita. Hadits Abu Musa ini dengan sanad dan matan yang lengkap dikemukakan oleh beliau sendiri di dalam Manaaqib 'Utsman. Adalah lebih tepat jika dikatakan Bukhari mengemukakannya di sini untuk menolak pendapat orang-orang yang yang mengatakan lutut juga selain paha termasuk dalam 'aurat. Imam Bukhari pula bermaksud menyatakan bahawa paha dan lutut kedua-duanya bukan 'aurat

⁸²⁴ Hadits Zaid ini dikemukakan oleh Bukhari dengan lengkap di dalam Kitab at-Tafsir. Hadits ini merupakan bukti ketiga Bukhari tentang paha bukan 'aurat. la membuktikan bahawa harus seseorang menyentuh paha orang lain dengan berlapik. Sekiranya paha memang 'aurat, tentu ia tidak boleh disentuh sama ada dengan berlapik atau tidak. Sebabnya ialah kemaluan (qubul atau dubur) yang disepakati sebagai 'aurat tidak harus disentuh, sama ada secara berlapik atau tidak. Kenyataan ini dengan jelas menunjukkan adanya perbezaan di antara kemaluan dan paha. Keberatan yang dirasakan oleh Zaid itu adalah keberatan wahyu yang turun kepada Nabi s.a.w. la melarat kepada Zaid oleh kerana kebetulan pada ketika itu paha Baginda s.a.w. berada di atas pahanya. Keadaan seperti ini juga dilaporkan pernah berlaku ketika Rasulullah s.a.w. sedang berada di atas untanya, lalu wahyu turun kepada beliau menyebabkan unta yang dinaiki itu terduduk lantaran melaratnya keberatan wahyu yang diterima oleh Rasulullah s.a.w.

⁸²⁵ Kenderaan yang dinaiki Rasulullah s.a.w. ketika ini mengikut riwayat Baihaqi dan Tarmizi daripada Anas ialah himar. Tetapi riwayat itu dha'if. Apa yang nyata daripada hadits ini ialah Baginda s.a.w. mengendarai kuda dalam peristiwa ini bukan himar. Sebabnya ialah daripada keterangan Anas di dalam hadits Bukhari ini Rasulullah s.a.w. memecut kenderaannya sehingga tersingkap pahanya, lebih munasabah jika dikatakan beliau s.a.w. menaiki kuda bukan himar.

⁸²⁶Dengan berkata begini 'Abdul 'Aziz bermaksud menyatakan bahawa dia sendiri tidak mendengar perkataan (والخميس)ini daripada Anas, tetapi mendengarnya daripada salah seorang kawannya yang juga mendengar hadits ini daripada Anas. Ini bererti riwayat daripada orang yang tidak diketahui siapa sebenarnya kawan itu. Ini kerana 'Abdul 'Aziz tidak menyebut namanya. Ada 'ulama' berpendapat kawan yang dimaksudkan oleh 'Abdul 'Aziz itu ialah Muhammad bin Sirin. Kerana Bukhari sendiri ada mengemukakan hadits ini menerusinya. Mungkin juga orang yang dimaksudkan dengan kawan itu Tsabit al-Bunaani. Sebabnya ialah Imam Muslim juga ada mengemukakan hadits ini menerusinya. Bagaimana pun kata al-Aini andaian itu tidak melepaskan riwayat ini daripada jahalah perawinya. Kerana masih ada kemungkinan kawan itu bukan mereka berdua yang disebutkan itu. Ringkasnya 'Abdul 'Aziz mengatakan: Saya telah mendengar Anas berkata: Kata mereka (yahudi Khaibar) Muhammad sahaja. Tetapi salah seorang kawan saya berkata: "Mereka (yahudi Khaibar) berkata: Muhammad bersama tenteranya.

⁸²⁷ Tidak diketahui siapakah yang berkata begini kepada Nabi s.a.w. Shafiyyah adalah dari keturunan Nabi Harun a.s. Suku Quraizah dan suku Nadhir adalah dua qabilah besar dari kalangan yahudi Khaibar.

⁸²⁸ Di sini timbul persoalan kenapa Nabi s.a.w. mengambil kembali Shafiyyah daripada Dihyah setelah beliau menyerahkan kepadanya untuk memilih seorang hamba perempuan? Ada beberapa jawapan telah diberikan oleh para 'ulama'. Antaranya ialah: 
(1) Nabi s.a.w. boleh mengambil kembali apa yang diberikan kepada Dihyah kerana pemberian itu belum lagi sah dan mu'tamad. 
(2) Nabi s.a.w. boleh mengambil kembali apa-apa yang diberikannya kepada seseorang Islam kerana beliau adalah bapa kepada sekalian orang Islam. Seseorang bapa memang boleh mengambil kembali apa-apa yang telah diberikannya kepada anaknya. 
(3) Rasulullah s.a.w.sebenarnya telah membeli Shafiyyah daripada Dihyah. Hakikat ini tersebut di dalam hadits riwayat Muslim bahawa Nabi s.a.w. telah membeli Shafiyyah daripada Dihyah dengan harga tujuh orang hamba. 
(4) Rasulullah s.a.w. mengambil kembali Shafiyyah daripada Dihyah dengan persetujuan dan kerelaan hati Dihyah sendiri. 
(5) Nabi s.a.w. membenarkan Dihyah mengambil hamba sahaya yang biasa-biasa sahaja. Tidak terlintas di hati beliau bahawa yang akan berlaku ialah Dihyah mengambil orang seperti Shafiyyah. Bila disebut orang, hamba perempuan yang diambil Dihyah itu dari keturunan nabi, dari kalangan ketua dan pemimpin dua qabilah besar yahudi dan orangnya bukan kepalang cantik, Nabi s.a.w. pun mengambil kembali Shafiyyah daripada Dihyah supaya sahabat-sahabat yang lain tidak terkilan dengannya dan tidak ketara sangat keistimewaan yang diberikan kepada Dihyah dalam mendapat harta rampasan perang. Sedangkan orang-orang lain juga tidak kurang peranannya daripada Dihyah dalam peperangan itu. Ramai lagi juga terdapat orang yang lebih terkemuka dan hebat daripada Dihyah. Selain itu ada pula hikmah yang lain jika Rasulullah s.a.w. mengambil Shafiyyah untuk dirinya sendiri, walaupun hanya sebagai hamba sahaya. Untuk mengambil hati Dihyah Nabi s.a.w. menggantikan kepadanya tujuh orang hamba sahaya yang lain dengan persetujuan dan kerelaan hatinya. Antara jawapan yang diberikan tadi jawapan inilah yang agak memuaskan hati.

⁸²⁹ Apa yang berlaku selepas itu? Rasulullah s.a.w. tidak menjadikan Shafiyyah sebagai hamba sahayanya, malah beliau memerdekakannya dan mengahwininya. Kesan daripada perkahwinan itu sekian ramai orang-orang yahudi telah memeluk agama Islam.

⁸³⁰ Sejenis makanan yang disediakan daripada keju, minyak sapi dan buah tamar.

⁸³¹Antara pengajaran dan panduan yang dapat diambil daripada hadits ini ialah: 
(1) Keharusan menggunakan perkataan sembahyang ghadaat untuk sembahyang subuh 
(2) Keharusan membonceng di atas belakang binatang jika binatang itu membawa orang yang menaikinya. Sebenarnya sangat banyak hadist yang menyatakan keharusan membonceng. 
(3) Elok bertakbir dan berzikir semasa berperang. Amalan ini sesuai dengan firman Allah berikut ini:

Al-Anfal 8:45
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَٱثْبُتُوا۟ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah(dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (al-Anfaal:45). 

(4) Elok bertakbir tiga kali di permulaan hendak berperang. (5) Hadits ini menunjukkan paha bukan aurat. 
(6) Keharusan memecut kuda. la bukanlah sesuatu yang menjatuhkan maruah seseorang, terutamanya apabila ada sesuatu keperluan atau untuk melatih kuda dan melatih diri berperang dengan menggunakan kuda. 
(7) Elok tuanmas memerdekakan hamba sahaya perempuannya Ialu mengahwininya. Tersebut di dalam hadits sahih bahawa orang yang sanggup berbuat begitu akan mendapat dua pahala. 
(8) Kata Ibnu Hazam: "Tsabit, Qataadah dan 'Abdul 'Aziz bin Shuhaib bersepakat meriwayatkan daripada Anas bahawa Nabi s.a.w. memerdekakan Shafiyyah dan mengahwininya dengan menjadikan pemerdekaannya sebagai mas kahwin untuknya. Antara tokoh 'ulama' yang berpegang dengan zahir hadits ini ialah Sa'id bin Musayyab, Hasan Bashri, Ibrahim an-Nakha'i, 'Aamir asy-Sya'bi, Al-Auzaa'i, Zuhri, 'Athaa', Qataadah, Thaawus, Hasan bin Hayy, Ahmad dan Ishaq. Imam Bukhari walaupun tidak menjelaskan pendapatnya, tetapi dengan mengadakan bab berikut di dalam Kitab an-Nikaah, iaitu: باب مَنْ جَعَلَ عِتْقَ الأَمَةِ صَدَاقَهَا      (Bab Orang Yang Menjadikan Pemerdekaan Hamba perempuannya Sebagai Mas Kahwin Untuknya), beliau nampaknya lebih cenderung kepada pendapat ini. Menurut pendapat mereka ini, seseorang harus berkahwin dengan hamba sahaya perempuan yang dimerdekakannya dengan syarat pemerdekaan itu sendiri menjadi sebagai mas kahwin. Hamba sahaya berkenaan tidak berhak mendapat mas kahwin lain selain kemerdekaan dirinya. Perbincangan lebih terperinci in syaa' Allah akan anda dapati di tempatnya. 
(9) Pertemuan pertama di antara dua pengantin selepas upacara perkahwinan lebih elok berlaku pada waktu malam. 
(10) Orang yang berkahwin dituntut agar mengadakan kenduri. 
(11) Kenduri kahwin lebih elok diadakan selepas pengantin baharu bersekedudukan. 
(12) Ketika dalam kesukaran, sahabat handai dan sanak saudara digalakkan membantu pihak pengantin untuk mengadakan kenduri dengan menghulurkan kepadanya apa-apa yang perlu. 
(13) Seseorang ketua tidak harus segan meminta bantuan dan pertolongan daripada anak buahnya. 
(14) Maksud kenduri terpenuhi dengan adanya sebarang jamuan makanan. Hidangan daging bukan suatu kemestian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan