Ahad, Januari 24, 2021

Tafsir asas quran nota 9(206-222)13s

Tafsir asas quran nota 9(206-222)13s

Nasakh Menurut Istilah 'Ulama' Mutaqaddimin.
Shah Waliyyullah (Ahmad bin 'Abdir Rahim ad-Dihliwi m1176H) di dalam al-Fauzulm Kabirnya berkata: "Salah satu tempat yang rumit dalam bidang (Usul) Tafsir dan luas perbincangannya serta banyak pula terdapat perbedaan pendapat 'ulama' tentangnya ialah perbincangan tentang Nasikh dan Mansukh.

Antara sebab terpenting bagi kesukaran bab ini ialah kerana berbedanya istilah mutaqaddimin dan muta'akkhirin tentang Nasakh itu sendiri.

Apabila diteliti dan diperiksa kata-kata Sahabat dan Tabi'in, anda akan mendapati mereka selalu menggunakan perkataan nasakh dengan ma'na lughawinya (pengertiannya di sudut bahrasa 'Arab), iaitu إِزِ الَةُ بِشَيْءٍ بِشَيْءٍ    (menghilangkan sesuatu dengan sesuatu yang lain). Mereka tidak memakainya menurut pengertian yang dipakai oleh 'ulama' Usul ('ulama' muta'akkhirin). Ma'na Nasakh menurut mereka ialah menghilangkan sifat-sifat tertentu dari sesuatu ayat (atau bahagian ayat) dengan ayat (atau bahagian ayat) yang lain, sama ada dengan
(1) menyatakan habisnya tempoh beramal dengannya atau (2) dengan memalingkan percakapan daripada ma'na yang hampir dan segera difahami kepada ma'na yang jauh dan
tidak segera difahami. Atau 
(3) dengan menyatakan mana-mana qaid yang terdapat di dalam sesuatu ayat hanyalah qaid ittifaqi. Atau 
(4) mentakhshiskan yang 'aam. Atau 
(5) menyatakan perbedaan di antara yang manshush dan apa-apa yang diqiaskan dengannya secara zahir. Atau
(6) menghilangkan adat resam jahiliah. Atau 
(7) menghapuskan syari'at yang lalu. Pintu Nasakh menurut mereka luas. Perkongsian pemikiran juga berlaku dengan banyak sekali dalam bab ini. Dengan itu daerah perbedaan pendapat juga turut meluas, sehingga ayat-ayat yang dimansukhkan sampai kepada lima ratus ayat, bahkan jika direnungi dengan mendalam,niscaya tidak terhingga banyak bilangannya.

Secara ringkasnya Shah Waliyullah menyimpulkan Nasakh menurut istilah mutaqaddimin berlaku untuk menyatakan tujuh keadaan:
(1) Menyatakan habisnya tempoh beramal dengan sesuatu nas al-Qur'an. Antara contohnya ialah firman Allah:

An-Nisa' 4:15
وَٱلَّٰتِى يَأْتِينَ ٱلْفَٰحِشَةَ مِن نِّسَآئِكُمْ فَٱسْتَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْۖ فَإِن شَهِدُوا۟ فَأَمْسِكُوهُنَّ فِى ٱلْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّىٰهُنَّ ٱلْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ ٱللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا 

Bermaksud: Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikannya). Kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka (wanita-wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan lain kepadanya. (an-Nisaa:15).

Ayat ini dimansukhkan oleh ayat kedua Surah an-Nuur:
An-Nur 24:2
ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجْلِدُوا۟ كُلَّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِا۟ئَةَ جَلْدَةٍۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan
kepada mereka itu oleh sekurnpulan dari orang-orang yang beriman. (an-Nuur:2).

Ertinya ialah ayat ke-2 Surah an-Nuur ini menyatakan habisnya tempoh beramal dengan ayat ke-15 Surah an-Nisaa yang tersebut sebelum ini selepas turun ayat ke-2 Surah an-Nuur ini, perintah yang tersebut di dalam ayat ke-15 Surah an-Nisaa' tidak boleh dipakai lagi, kerana
tempoh beramal dengannya telah pun tamat. 'Ulama' mutaqaddimin ternyata hanya bersepakat dengan 'ulama' 
muta'akkhirin dalam Nasakh bahagian (1) ini sahaja. Adapun bahagian-bahagian lain yang dikemukakan oleh Shah Waliyyullah selepas itu semuanya tidak menepati definisi nasakh yang diterima pakai oleh .ulama' 
mutaakkhirin.

(2) Memalingkan percakapan atau perkataan daripada makna yang hampir dan segera difahami kepada makna yang jauh dan tidak segera difahami. Antara  contohnya ialah firman Allah di bawah ini:

Al-Baqarah 2:187
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْۖ فَٱلْـَٰٔنَ بَٰشِرُوهُنَّ وَٱبْتَغُوا۟ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْۚ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِۖ ثُمَّ أَتِمُّوا۟ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيْلِۚ وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَٰكِفُونَ فِى ٱلْمَسَٰجِدِۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 
Bermaksud: Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni
kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) 
janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia. supaya mereka bertaqwa. (al-Baqarah:187).

Ma'na yang hampir dan segera difahami daripada perkataan benang putih dan benang hitam diketahui semua orang yang mengerti dan memahami bahasa Melayu. Begitulah juga dengan الخيط الأبيض  dan الخيط الأسود, ma'na kedua-duanya diketahui oleh semua orang yang mengerti
dan memahami bahasa 'Arab. Tetapi  الخيط الأبيض dengan erti fajar Shadiq atau terang siang dan  الخيط الأسود  dengan erti kegelapan malam tidak diketahui semua orang dan     
tidak itu yang segera difahami baik oleh orang yang mengerti bahasa 'Arab atau bahasa Melayu. Rangkai kata من الفجر yang terdapat dihujung bahagian yang bergaris di dalam ayat al-Qur'an yang dikemukakan di atas dan juga terjemahannyalah yang memalingkan rangkai الخيط الأبيض ( benang putih) dan  الخيط الأسود (benang hitam) daripada ma'nanya yang hampir dan segera difahami kepada ma'nanya yang jauh dan tidak segera difahami, iaitu fajar Shadiq. Ialah yang menerangkan maksud sebenar kedua-dua perkataan tersebut digunakan di dalam ayat 187 Surah al-Baqarah tadi. Oleh kerana rangkai kata من الفجر menghilangkan ma'na rangkai kata الخيط الأبيض benang putih) dan الخيط الأسود (benang hitam) daripada ma'nanya yang hampir dan segera difahami kepada ma'nanya yang jauh dan tidak segera difahami, maka ia dikira sebagai
nasikh menurut istilah 'ulama' Tafsir mutaqaddimin. Itulah sebabnya Imam at-Thahawi (Abu Ja'far Ahmad bin Muhammad bin Salaamah al-Azdi at-Thahawi (m.321H) mengatakan rangkai kata  من الفجر merupakan nasikh bagi rangkai kata الخيط الأبيض (benang putih) الخط الأسود (benang hitam) yang tersebut sebelumnya. Sedangkan menurut istilah muta'akkhirin, ia langsung tiada kaitan dengan bab nasakh.

(3) Menyatakan mana-mana qaid yang terdapat di dalam sesuatu ayat hanyalah qaid ittifaqi.
Antara contohnya ialah firman Allah berikut:

Al-Baqarah 2:178
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِصَاصُ فِى ٱلْقَتْلَىۖ ٱلْحُرُّ بِٱلْحُرِّ وَٱلْعَبْدُ بِٱلْعَبْدِ وَٱلْأُنثَىٰ بِٱلْأُنثَىٰۚ فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَٱتِّبَاعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَٰنٍۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌۗ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka. hamba dengan hamba. dan wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya,
hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. (al-Baqarah:178).

Menurut zahir ayat ini, hukuman qishaash yang diwajibkan oleh Allah menghendaki kesamaan di antara pembunuh dan yang dibunuh. Hukuman bunuh tidak boleh dilaksanakan apabila tiada kesamaan di antara pembunuh dan yang dibunuh. Apabila orang merdeka membunuh orang merdeka, hamba membunuh hamba atau wanita membunuh wanita, barulah ada hukuman qishaash yang dituntut Allah menerusi ayat 178 Surah al-Baqarah ini. Jika tidak,maka tidak adalah hukuman qishaash. Hasilnya ialah orang merdeka tidak boleh dibunuh (diqishaash) kerana membunuh hamba kerana tidak ada persamaan di antara mereka berdua. Orang merdeka lebih mulia berbanding hamba. Lelaki tidak boleh dibunuh dengan sebab
membunuh perempuan, kerana tidak ada persamaan juga di antara mereka. Lelaki lebih utama daripada wanita. Berbeza kalau sebaliknya berlaku. Jika wanita membunuh lelaki, maka ia wajib dibunuh kerana kedudukannya lebih rendah berbanding lelaki. Hamba juga wajib dibunuh apabila membunuh orang merdeka, kerana kedudukannya lebih rendah berbanding lelaki. Demikianlah akan difahami kalau sifat merdeka, wanita dan hamba dianggap sebagai
qaid ihtirazi atau syarat yang mesti. Padahal qaid itu bukan qaid ihtirazi, malah ia hanya qaid ittifaqi semata-mata. Ada sebab dan latar belakang tertentu yang menghendaki sifat-sifat itu disebutkan. Ia hanya berkait dengan sebab dan latar belakang bekenaan sahaja.

Bagi Imam Abu Hanifah, ats-Tsauri, Ibnu Abi Laila dan lain-lain yang memang menganggap qaid itu sebagai qaid ittifaqi, tidak timbul sebarang masalah pada firman Allah tersebut.

Firman Allah di dalam Surah al-Maa'idah di bawah ini merupakan bayan (keterangan) bagi ayat 178 Surah al-Baqarah yang dikemukakan tadi. Lihat firman Allah di dalam Surah al-Maa'idah berkenaan:

Al-Ma'idah 5:45
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفْسَ بِٱلنَّفْسِ وَٱلْعَيْنَ بِٱلْعَيْنِ وَٱلْأَنفَ بِٱلْأَنفِ وَٱلْأُذُنَ بِٱلْأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلْجُرُوحَ قِصَاصٌۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ 

Bermaksud: Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At-Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga,gigi dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada qishaashnya. Barang siapa yang melepaskan (hak
qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (al-Maa' idah :45).


Di dalam ayat ini hukuman qishaash tidak dikaitkan langsung dengan sifat-sifat yang disebutkan di dalam ayat 178 Surah al-Baqarah. Ini menunjukkan qaid yang terdapat didalamnya hanya qaid ittifaqi. Nyawa tetap dibalas dengan nyawa, tidak kira nyawa siapa pun yang diragut dan siapa pun yang meragut nyawanya. Tetapi menurut Ibnu 'Abbaas, Sya'bi,Qataadah, Sa'id bin Musaiyyab, an-Nakha'i dan lain-lain qaid di dalam ayat al-Baqarah itu memang qaid ihtirazi (syarat yang mesti), cuma ia tidak boleh dipakai kerana dimansukhkan oleh ayat 45 Surah al-Maa'idah.

(4) Mentakhshiskan yang am. Ertinya ialah mengkhususkan ma'na perkataan yang umum dengan sebahagian afraadnya sahaja. Antara contohnya ialah firman Allah s.w.t. dibawah ini:

Al-Baqarah 2:284
لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۗ وَإِن تُبْدُوا۟ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
Bermaksud: Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya,niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (ai-Baqarah:284).

Ayat ini menyatakan Allah menghitung dan mengambil kira (sebagai kesalahan) serta menghukum manusia atas segala apa yang terlintas di hatinya, sama ada ia menyatakannya atau menyembunyikannya.Ia umum merangkumi semua lintasan hati. Kalau begitu sukarlah
manusia akan terlepas daripada dosa, kesalahan dan hukuman Allah. Keadaan itu akan membuatkan manusia sentiasa berada dalarn ketakutan, kebimbangan dan keresahan. Ayat 286 seterusnya mentakhsiskan (menyempitkan) erti umum yang terdapat di dalam ayat 284 tadi. Allah berfirman:

Al-Baqarah 2:286
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ 
Bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): ''Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. ya
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong
kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah:286).

Ayat ini menyatakan yang dikira sebagai salah dan dosa ialah apa yang mampu dan sanggup diusahakan oleh manusia. Adapun sesuatu yang di luar kemampuan dan kesanggupannya seperti lintasan hati, keadaan terlupa dan tersalah, maka itu tidak dikira sebagai suatu kesalahan dan dosa. Menurut istilah mutaqaddimin ayat 286 Surah al-Baqarah ini merupakanmnasikh bagi ayat 284 sebelumnya, kerana ia telah mentakhsiskan erti umum yang terdapat pada ayat 284 itu.

(5) Menyatakan perbedaan di antara yang manshush (apa yang disebut dengan terang di dalam nas) dan apa-apa yang diqiaskan dengannya secara zahir. Atau dengan kata lain, menyatakan qias fasid (qias yang tidak memenuhi syarat-syarat qias yang betul) dan kemudian menolaknya. Apabila sesuatu ayat menolak qias fasid, maka menurut istilah mutaqaddimin ia juga rnerupakan nasikh kepadanya. Contohnya ialah kata-kata orang-orang kafir yang
dinukilkan oleh Allah sebagai qias fasid mereka. Kata mereka: إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗBermaksud:"Sesungguhnya jual beli itu sama saja dengan riba." Untuk menyatakan ada perbezaan di antara jual beli dan riba dan menolak riba, Allah berfirman selepas itu وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ Bermaksud: "Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."

Menurut istilah mutaqaddimin, firman Allah:وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ itu juga merupakan nasikh bagiإِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗ yang merupakan qias fasid orang-orang kafir yang digambarkan oleh Allah dalam bentuk kata-kata mereka. Kedua-dua firman Allah ifu sebenarnya terkandung dalam ayat yang sama di dalam Surah al-Baqarah. Di bawah ini diperturunkan ayat berkenaan selengkapnya bersama-sama terjemahannya:

Al-Baqarah 2:275
ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ ٱلرِّبَوٰا۟ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيْطَٰنُ مِنَ ٱلْمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟ۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنْ عَادَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ 
Bermaksud: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya iual beli
itu sarr-ra densan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan menghararnkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba),maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang dan urusannya larangan); (terserah) kepada Allah orang yang kembali (mengambil riba ), maka orang itu adalah penghuni- penghuni  neraka; mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah :275).

(6) Menghilangkan dan menghapuskan adat resam jahiliah. Di zaman jahiliah contohnya berkahwin sebagai dengan isteri ayah bukanlah suatu yang  terlarang dan dianggap keji, malah  adat ini yang diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat jahiliah. Untuk menolak adat resam yang jelik itulah Allah berfirman;

An-Nisa' 4:22
وَلَا تَنكِحُوا۟ مَا نَكَحَ ءَابَآؤُكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَۚ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَمَقْتًا وَسَآءَ سَبِيلًا 
Bermaksud: Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan)  yang telah diperisterikan oleh  bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji dan dibenci (oleh AIIah) sertacmenjadi seburuk-buruk jalan  (yang dilalui dalam perkahwinan).   (an-Nisaa:22).

Firman ini menurut istilah mutaqaddimin  merupakan nasikh bagi adat resam jahiliah yang keji itu.

Semasa jahiliyah juga ramai masyarakat Arab bertawaf di Baitilah dengan bertelanjang, maka Allah menurunkan ayat ini
Al-A'raf 7:31
يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ 
Bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)dan makanlah serta minumlah dan jangan  pula kamu melampau; sesungguhnya  yang melampaui Ailah tidak suka akan orang-orang baras' (ar-A'raaf:31). 

Ayat ini juga menurut ulama,  memansukhkan mutaqaddimin adat jahiliah yang jelik itu.

(7) Menghapuskan syari'at yang  dengan sengaja 
lalu. Dalam syari'at Nabi Musa, hukuman ke atas pembunuh tidak ada lain selain dibunuh balas (diqishaash). Menurut mutaqaddimin' firman istilah Allah dibawah ini merupakan nasikh bagi syariah Nabi Musa itu:

Al-Baqarah 2:178
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِصَاصُ فِى ٱلْقَتْلَىۖ ٱلْحُرُّ بِٱلْحُرِّ وَٱلْعَبْدُ بِٱلْعَبْدِ وَٱلْأُنثَىٰ بِٱلْأُنثَىٰۚ فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَٱتِّبَاعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَٰنٍۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌۗ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
178. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang
demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barang siapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. (al-Baqarah:178).

Berdasarkan ayat ini, pembunuh dengan sengaja selain boleh dibunuh, ia juga boleh dima'afkan dengan dituntut membayar diat (bayaran ganti rugi) atau dima'afkan sahaja tanpa diruntut membayar diat. Walaupun ia tidak boleh dianggap nasikh bagi syari'at Nabi Musa, kerana tidak menepati syarat-syarat nasakh yang disepakati oleh 'ulama' usul dari kalangan muta'akkhirin. namun menurut istilah mutaqaddimin ia sudah merupakan nasikh.

Semua yang disebutkan oleh Shah Waliy'yullah itu termasuk dalam daerah nasakh menurut 'ulama' mutaqaddimin. Bahkan kalau dilihat kepada keluasan daerah nasakh yang berpunca daripada penggunaan perkataan nasakh menurut bahasa 'Arab  yang luas itu, niscaya menyebutkan istitsna', syarat, atau sifat bagi sesuatu juga merupakan nasikh baginya. Itulah sebabnya bagi mereka bilangan ayat-ayat. al-Qur'an yang mansukh itu menjangkau lima ratus ayat. Malah mengikut Shah Waliyyullah, tidak terhitung banyaknya bilangan ayat-ayat yang mansukh menurut qaedah mutaqaddimin.

Jumlah Ayat-Ay'at Al-Qur'an Yang Dimansukhkan Menurut Qaedah 'Ulama' Muta'akkhirin
Di dalam nota sebelum ini telah dinyatakan qaedah nasakh yang diterima pakai oleh'ulama' usul muta'akkhirin. Walaupun mereka menerima adanya nasakh di dalam al-Qur'an, tetapi untuk memenuhi syarat-syaratnya agak sukar juga ditemui ayat-ayat yang memang disepakati
mereka sebagai ayat-ayar yang mansukh. Kerana itulah tidak ada kesepakatan di kalangan 'ulama' muta'akkhirin tentang jumlah sebenar ayat-ayat yang mansukh itu. Shah Waliyyullah mengemukakan jumlah ayat-ayat mansukh dan nasikhnya yang paling sedikit diterima oleh tokoh-tokoh 'ulama' muta'akkhirin. As-Suyuthi (Jalaluddin 'Abdur Rahman bin Abi Bakr as-Suluthi m.911H) misalnya bersetuju dengan Ibnu al-'Arabi (Abu Bakl Muharnmad bin Abdillah al-Ma'afiri al-Andalusi m.543H) tentang ayat-ayat yang dimansukhkan itu hanya berjumlah 20 sahaja. 

Itulah bagi mereka yang benar-benar menepati dan memenuhi syarat-syarat nasakh menurut qaedah muta'akkliirin. Shah Waliyyullah bagaimanapun tidak bersetuju dengan mereka. Bagi beliau yang betul-betul menepati qaedah muta'akkhirin hanya 5 ayat sahaja daripada 20 ayat yang diterima Ibnu al-'Arabi dan as-Suyuthi. 15 daripadanya masih boleh ditakwil dan boleh dikeluarkan daripada senarai ayat-ayat yang dimansukhkan. Dibawah ini dikemukakan 20 ayat yang dikatakan telah dimansukh bersama-sama nasikhnya oleh Ibnu al-'Arabi dan as-Suyuthi di samping komentar Shah Waliyyullah:

(1) Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 180 ini:
Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ 
Bermaksud: Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwsiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa. (al-Baqarah:180).


Melalui ayat ini, Allah rnewajibkan orang yang hampir mati berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya, kemudian ia di mansukhkan. Apakah yang memansukhkannya? Para
'ulama' berbeda pendapat tentangnya. Dalam menentukan nasikhnya mereka terbahagi kepada tiga golongan:
(i) Golongan yang mengatakan ia dimansukhkan dengan ayat pesaka. Di bawah ini dikemukakan ayat pesaka yang dimaksudkan itu:

An-Nisa' 4:11
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوْلَٰدِكُمْۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ ٱلْأُنثَيَيْنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءً فَوْقَ ٱثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتْ وَٰحِدَةً فَلَهَا ٱلنِّصْفُۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٌۚ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٌ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِى بِهَآ أَوْ دَيْنٍۗ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًاۚ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا 
Bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga
dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu
mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui
siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepadamu. (Pembahagian harta
pusaka dan penentuan bahagian masing-rnasing seperti yang diterangkan itu ialah) Ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (an-Nisaa': 11).

(ii) Golongan yang mengatakan ia dimansukhkan dengan hadits Nabi s.a.w. berikut:
 إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Terjemahan: Sesungguhnya Allah telah membeli kepada tiap-tiap yang berhak akan haknya, maka tiada lagi wasiat untuk waris. (Hadits rirvayat Ahmad, Ibnu Majah, Tirmidzi, Nasaa'i, dan ad-Daaraquthni).

(iii) Golongan yang mengatakan ia dimansukhkan dengan Ijma'. Pendapat ini ditolak oleh kebanyakan'ulama'. Kerana ljma bagi mereka seperti qias, tidak dapat memansukhkan nas sama ada al-Qur'an atau as-Sunnah. (Lihat Wahbah az-Zuhaili - al-Wajiz Fil Fiqh al-Islami i.2 m/s 242).

Kebanyakan uama' menerima ayat pesaka sebagai nasikh bagi ayat 180 di dalam surah al-Baqarah tersebut. Adapun hadits Nabi: إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah telah memberi kepada tiap-tiap yang berhak akan haknya, maka tiada lagi wasiat unfuk waris.", maka ia hanya sebagai penjelas (مُبَيِّن) kepada ayat pesaka sahaja. Itu jugalah pendapat yang ditarjihkan oleh Shah Waliyyullah.

Ini adalah salah satu daripada 5 ayat yang diterima oleh Shah Waliyullah sebagai telah dimansukhkan.

(2) Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 184 di bawah ini. Lihat khususnya bahagian yang ber[..] di bawahnya:

Al-Baqarah 2:184
أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۚ [وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍۖ] فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُۥۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌ لَّكُمْۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Bermaksud: (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Sesiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. [Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah. (iaitu): memberi makan
seorang miskin]. Sesiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (al-Baqarah:184).

Ia dikatakan telah dimansukh oleh firman Allah selepasnya. Lihat khususnya bahagian ayat yang ber[..] di bawahnya:

Al-Baqarah 2:185

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ [فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ] يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Bermaksud: (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan (pennulaan) Al Quran sebagai pefunjuk bagi manusia dan penjelasan-
penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). [Kerana itu,sesiapa di antara kamu hadhir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka
(wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain]. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan
Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, dan supaya kamu bersyukur. (al-Baqarah:185).

Sesetengah 'ulama' muta'akkhirin tidak menerima ayat 184 Surah al-Baqarah itu dimansukhkan oleh ayat 185. Ayat 184 bagi mereka adalah muhkam, tidak mansukh. Ia dilepaskan dalipada hukum nasakh dengan beberapa ta'kwilan berikut:

(i) Dengan mentaqdirkan haraf لا sebelum perkataan يطيقونه. Ia adalah suatu penggunaan yang lumrah dalam bahasa 'Arab. Jadi ertinya ialah: [Dan wajib bagi orang-orang yang tidak mampu mengerjakannya (tidak mampu berpuasa) membayar fidyah (iaitu): memberi makan kepada
seorang miskin.] Ia bagi mereka ini boleh dipakai oleh orang-orang terlalu tua dan tidak mampu berpuasa atau orang-orang lain yang tidak mampu berpuasa kerana sebab-sebab lain seperti sedang mengandung, menyusu dan sebagainya. Sedangkan ayat 185 itu pula untuk
orang-orang yang sememangnya mampu berpuasa.
(ii) Shah Waliyy'ullah juga tidak menerima ayat 184 Surah al-Baqarah dimansukh oleh ayat 185 dari Surah yang sama. Tetapi cara ta'wilan beliau berbeza daripada cara ta'wilan
golongan pertama tadi. Kalau golongan (i) mengatakan marji' dhamir pada perkataan    يطيقونه  ialah perkataan الصيام yang telah tersebut sebelumnya, maka Shah Waliyyullah pula mengatakan marji'nya ialah perkataan فدية yang terletak selepasnya. Tidak menjadi kesalahan sesuatu dhamir kembali kepada perkataan yang terletak selepasnya, jika perkataan itu pada rutbah (pangkat / kedudukan sebenarnya) sememangnya berada sebelum dhamir berkenaan. Ini kerana perkataan فدية di dalam tarkib (susunan ayat) itu menjadi mubtada' mu'akkhar disebabkan ia merupakan isim nakirah, dan firman Allah وعلى الذين يطيقونه pula merupakan khabar muqaddamnya. Oleh kerana mubtada' pada rutbahnya mendahului khabar, maka harus
dhamir pada يطيقونه  dikembalikan kepadanya. Soal bagaimana dhamir pada يطيقونه  yang muzakkar itu boleh dikembalikan kepada فدية juga tidak timbul bagi Shah Waliyyullah, kerana perkataan فدية ditakwilkan dengan perkataan طعام. Jadi ertinya menurut Shah Waliyullah
ialah: Dan wajib bagi orang-orang yang mampu. memberi makan iaitu memberi makan kepada seorang miskin. Maksud firman Allah itu bagi Shah Waliyyullah ialah mewajibkan Zakat Fithrah berupa makanan kepada seorang miskin ke atas orang-orang yang mampu
(kaya) sebelum mereka habis berpuasa di bulan Ramadhan. Sebagaimana Allah juga memerintahkan agar orang-orang Islam bertakbir selepas selesai berpuasa di bulan Ramadhan dan seterusnya berhari raya melalui firmanNya di akhir ayat 185 Surah al-Baqarah
.وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
 (dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, dan supaya kamu bersyukur). Ayat 184 diakhiri dengan perintah membayar Zakat Fithrah. Ayat 185 pula diahiri dengan perintah bertakbir dan berhari raya
(iii) Ramai juga ulama' muhaqqiqin berpendapat ayat 184 tidak dimansukhkan oleh ayat 185.
Ayat 184 hanya menyatakan ada juga orang yang dapat berpuasa, tetapi dengan keberatan dan agak sukar, kerana perkataan .يطيق sememangnya bererti dapat melakukan sesuatu, tetapi dengan keberatan dan agak sukar. Orang-orang 'Arab dalam percakapan mereka berkata:
إني أطيق أن أحمل هذا الحجر الثقيل
Bermaksud: "Aku dapat mengangkat batu yang berat ini, apabila batu itu dapat diangkatnya, tetapi dengan susah payah. Mereka tidak pernah berkata: 
إن أطيق أن أرفع اللقمة إلى فمي
Bermaksud: "Aku dapat mengangkat suapan ini kemulutku. Kerana ia bukanlah suatu yang berat dan susah dilakukan. Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pendapat ke-(iii) ini.

(3) Ayat 183 Surah al-Baqarah. iaitu: Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar karnu bertaqwa.(al-Baqarah:183).

Al-Baqarah 2:183
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Di dalam ayat ini Allah mengatakan "diwajibkan atas kamu berpuasa sebagairnana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu". Sebagaimana orang-orang sebelum kamu dilarang bersetubuh dengan isteri pada waktu malam hari berpuasa, maka begitulah juga dengan kamu.
Sesetengah ulama' mengatakan ia telah dimansukh oleh firman Allah di bawah ini. Lihat khususnya bahagian yang bergaris di bawahnya:
Al-Baqarah 2:187
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْۖ فَٱلْـَٰٔنَ بَٰشِرُوهُنَّ وَٱبْتَغُوا۟ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْۚ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِۖ ثُمَّ أَتِمُّوا۟ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيْلِۚ وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَٰكِفُونَ فِى ٱلْمَسَٰجِدِۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 
 
Bermaksud: Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsu, kerana itu Allah
mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar. Kemudian sempumakanlah puasa itu sampai
(datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertaqwa. (al-Baqarah:187).

Sesetengah 'ulama' pula mengatakan yang dimansukhkannya ialah hadits Rasulullah s.a'w. bukan ayat 183 Surah al-Baqarah tadi. lni kerana diperingkat permulaannya orang-orang yang berpuasa dilarang daripada bersetubuh dengan isteri-isteri mereka pada malam hari berpuasa.

Shah Waliyyullah menolak kedua-dua pendapat tersebut. Bagi beliau ia tidak memansukhkan ayat 183 dan tidak juga memansukhkan mana-mana hadits Rasulullah s.a.w. Ayat 183 hanya bermaksud menyatakan kita umat lslam diwajibkan berpuasa seperti mana umat-umat sebelum kita juga diwajibkan berpuasa. Itu saja. Ia tidak bererti kita terikat dengan segala tatacara berpuasa mereka semua sekali. Tidak benar juga mengatakan ia memansukhkan
hadits Rasulullah s.a.w., kerana tidak diketahui Rasulullah pernah melarang umatnya bersetubuh pada waktu malam di bulan puasa. Apa yang berlaku ialah amalan orang-orang
jahiliah dan amalan pengikut saki-baki ajaran nabi-nabi terdahulu yang tidak dipastikan kebenarannya, itulah yang menjadi amalan ikutan umum masyarakat apabila mereka berpuasa.
Ayar 187 Surah al-Baqarah itu bagi Shah Waliyyullah hanya menghapuskan adat resam jahiliah dalam berpuasa atau ia menghapuskan dan memansukhkan syari'at terdahulu jika ia benar-benar rnerupakan sebahagian daripada ajarannya.

(4) Firman Allah s.w.t. berikut juga dikatakan mansukh:
Al-Baqarah 2:217
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلشَّهْرِ ٱلْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌۖ وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَكُفْرٌۢ بِهِۦ وَٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِۦ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ ٱللَّهِۚ وَٱلْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ ٱلْقَتْلِۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ ٱسْتَطَٰعُوا۟ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِۦ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُو۟لَٰٓئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَٰلُهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ 
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu tentang beperang pada bulan Haram. Katakanlah:"Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah,dan kufur kepada Allah, (rnenghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak berhenti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah:217).

Ibnu Jarir at-Thabari menukilkan di dalam Tafsirnya Jami'ul Bayan daripada 'Athaa' bin Maisarah bahawa beliau mengatakan, ayat 217 Surah al-Baqarah itu dimansukhkan oleh firman Allah berikut. Perhatikan khususnya bahagian yang bergaris di bawahnya:

At-Taubah 9:36
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْۚ وَقَٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ 
Bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnlza sebagaimana
rurereka memeranqi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa. (at-Taubah:36).

Menurut Shah Waliyyulllah, ayat 217 di dalam Surah al-Baqarah itu tidak menunjukkan haram berperang di bulan-bulan haram. Ia sebaliknya menunjukkan keharusan berperang padanya. Setelah diterima kehormatan bulan-bulan haram, dinyatakan pula sebab-sebab yang mengharuskan berperang walaupun di bulan-bulan itu, kerana fitnah yang dilakukan oleh orang-orang kafir itu lebih besar lagi daripada menghormati bulan-bulan haram. Kerana itu jika perlu boleh juga berperang pada bulan-bulan tersebut. Jadi apa yang perlu dimansukhkan kalau berperang di bulan-bulan haram itu memang sudah diharuskan apabila perlu. Orang-orang yang mengatakan ayat 36 Surah at-Taubah memansukhkan ayat 217 di dalam Surah al-Baqarah itu kerana ia mengharamkan berperang di bulan-bulan haram. padahal ia tidak pun mengharamkannya.

-bersambung-












Tiada ulasan:

Catat Ulasan