Tafsir asas quran nota 9(207)13
An-Nisa' 4:15
وَٱلَّٰتِى يَأْتِينَ ٱلْفَٰحِشَةَ مِن نِّسَآئِكُمْ فَٱسْتَشْهِدُوا۟ عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِّنكُمْۖ فَإِن شَهِدُوا۟ فَأَمْسِكُوهُنَّ فِى ٱلْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّىٰهُنَّ ٱلْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ ٱللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا
Bermaksud: Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikannya). Kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka (wanita-wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan lain kepadanya. (an-Nisaa:15).
Ayat ini dimansukhkan oleh ayat kedua Surah an-Nuur:
An-Nur 24:2
ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجْلِدُوا۟ كُلَّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِا۟ئَةَ جَلْدَةٍۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ
Bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan
kepada mereka itu oleh sekurnpulan dari orang-orang yang beriman. (an-Nuur:2).
Ertinya ialah ayat ke-2 Surah an-Nuur ini menyatakan habisnya tempoh beramal dengan ayat ke-15 Surah an-Nisaa yang tersebut sebelum ini selepas turun ayat ke-2 Surah an-Nuur ini, perintah yang tersebut di dalam ayat ke-15 Surah an-Nisaa' tidak boleh dipakai lagi, kerana
tempoh beramal dengannya telah pun tamat. 'Ulama' mutaqaddimin ternyata hanya bersepakat dengan 'ulama'
muta'akkhirin dalam Nasakh bahagian (1) ini sahaja. Adapun bahagian-bahagian lain yang dikemukakan oleh Shah waliyyullah selepas itu semuanya tidak menepati definisi nasakh yang diterima pakai oleh .ulama'
mutaakkhirin.
(2) Memalingkan percakapan atau perkataan daripada makna yang hampir dan segera difahami kepada makna yang jauh dan tidak segera difahami. Antara contohnya ialah firman Allah di bawah ini:
207
Tiada ulasan:
Catat Ulasan