Selasa, Januari 05, 2021

Tafsir asas quran nota 9(208)13

Tafsir asas quran nota 9(208)13

Al-Baqarah 2:187
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْۖ فَٱلْـَٰٔنَ بَٰشِرُوهُنَّ وَٱبْتَغُوا۟ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْۚ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِۖ ثُمَّ أَتِمُّوا۟ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيْلِۚ وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَٰكِفُونَ فِى ٱلْمَسَٰجِدِۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 
Bermaksud: Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni
kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apayang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) 
janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia. supaya mereka bertaqwa. (al-Baqarah:187).

Ma'na yang hampir dan segera difahami daripada perkataan benang putih dan benang hitam diketahui semua orang yang mengerti dan memahami bahasa Melayu. Begitulah juga dengan الخيط الأبيض  dan الخيط الأسود, ma'na kedua-duanya diketahui oleh semua orang yang mengerti
dan memahami bahasa 'Arab. Tetapi  الخيط الأبيض dengan erti fajar Shadiq atau terang siang dan  الخيط الأسود  dengan erti kegelapan malam tidak diketahui semua orang dan     
tidak itu yang segera difahami baik oleh orang yang mengerti bahasa 'Arab atau bahasa Melayu. Rangkai kata من الفجر yang terdapat dihujung bahagian yang bergaris di dalam ayat al-Qur'an yang dikemukakan di atas dan juga terjemahannyalah yang memalingkan rangkai الخيط الأبيض ( benang putih) dan  الخيط الأسود (benang hitam) daripada ma'nanya yang hampir dan segera difahami kepada ma'nanya yang jauh dan tidak segera difahami, iaitu fajar Shadiq. Ialah yang menerangkan maksud sebenar kedua-dua perkataan tersebut digunakan di dalam ayat 187 Surah al-Baqarah tadi. Oleh kerana rangkai kata من الفجر menghilangkan ma'na rangkai kata الخيط الأبيض benang putih) dan الخيط الأسود (benang hitam) daripada ma'nanya yang hampir dan segera difahami kepada ma'nanya yang jauh dan tidak segera difahami, maka ia dikira sebagai
nasikh menurut istilah 'ulama' Tafsir mutaqaddimin. Itulah sebabnya Imam at-Thahawi (Abu

208

Tiada ulasan:

Catat Ulasan