Tafsir asas quran nota 9(209)13
Ja'far Ahmad bin Muhammad bin Salaamah al-Azdi at-Thahawi (m.321H) mengatakan rangkai kata من الفجر merupakan nasikh bagi rangkai kata الخيط الأبيض (benang putih) الخط الأسود (benang hitam) yang tersebut sebelumnya. Sedangkan menurut istilah muta'akkhirin, ia
langsung tiada kaitan dengan bab nasakh.
(3) Menyatakan mana-mana qaid yang terdapat di dalam sesuatu ayat hanyalah qaid ittifaqi.
Antara contohnya ialah firman Allah berikut:
Al-Baqarah 2:178
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِصَاصُ فِى ٱلْقَتْلَىۖ ٱلْحُرُّ بِٱلْحُرِّ وَٱلْعَبْدُ بِٱلْعَبْدِ وَٱلْأُنثَىٰ بِٱلْأُنثَىٰۚ فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَٱتِّبَاعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَٰنٍۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌۗ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka. hamba dengan hamba. dan wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya,
hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. (al-Baqarah:178).
Menurut zahir ayat ini, hukuman qishaash yang diwajibkan oleh Allah menghendaki kesamaan di antara pembunuh dan yang dibunuh. Hukuman bunuh tidak boleh dilaksanakan apabila tiada kesamaan di antara pembunuh dan yang dibunuh. Apabila orang merdeka membunuh orang merdeka, hamba membunuh hamba atau wanita membunuh wanita, barulah ada hukuman qishaash yang dituntut Allah menerusi ayat 178 Surah al-Baqarah ini. Jika tidak,maka tidak adalah hukuman qishaash. Hasilnya ialah orang merdeka tidak boleh dibunuh (diqishaash) kerana membunuh hamba kerana tidak ada persamaan di antara mereka berdua. Orang merdeka lebih mulia berbanding hamba. Lelaki tidak boleh dibunuh dengan sebab
membunuh perempuan, kerana tidak ada persamaan juga di antara mereka. Lelaki lebih utama daripada wanita. Berbeza kalau sebaliknya berlaku. Jika wanita membunuh lelaki, maka ia wajib dibunuh kerana kedudukannya lebih rendah berbanding lelaki. Hamba juga wajib dibunuh apabila membunuh orang merdeka, kerana kedudukannya lebih rendah berbanding lelaki. Demikianlah akan difahami kalau sifat merdeka, wanita dan hamba dianggap sebagai
209
Tiada ulasan:
Catat Ulasan