Daurah tafsir 2019 sesi 16(40)nota 13(277)
Zaman Diturunkan Surah Dan Latar Belakangnya
Nama kedua Surah Ghafir ialah Surah Mu'min, ia adalah surah pertama bagi rangkaian surah-surah yang dimulakan dengan حَوَامِيم) حم) . Surah Mu'min diturunkan diperingkat terakhir bahagian ketiga kehidupan Rasulullah di Mekah iaitu pada tahun ke-10 Kenabian. Sebagaimana dimaklumi, peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. bermula dari tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian.
Itu juga zaman diturunkan Surah حم السجدة dan Surah حم الشورى. Hijrah ke Habsyah telahpun lama berlaku sebelum itu. Pemimpin-pemimpin Quraisy yang sombong dan musyrik betul-betul telah menjadi seperti Fir'aun, Haman dan Qarun. Dalam kemabukan kuasa, mereka tidak teragak-agak untuk bertindak zalim dan kejam terhadap orang-orang Islam, mereka tanpa segan silu telah menamakan jalan yang dipilih mereka sebagai سَبِيْلَ الرَّشَاد (jalan yang benar) sebagaimana Fir'aun. Rasulullah s.a.w. ditentang mereka dengan sombong dan tanpa hujjah yang masuk aqal. Kepada mereka diceritakan satu kisah seorang mu'min di zaman Nabi Musa, mula-mula dia kerana kebijaksanaanya, menyembunyikan imannya.
Setelah melihat Fir'aun tidak mempedulikan pandangannya, dia secara terbuka mengisytiharkan dirinya sebagai seorang mu'min dan muslim. Di dalam surah ini Rasulullah s.a.w. diberikan beberapa langkah supaya bersabar dan beristiqamah dalam menegakan aqidah tauhid.
Perkaitan Surah Mu'min Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah az-Zumar manusia dituntut supaya memurnikan aqidah tauhid, di dalam Surah Mu'min ini pula, selain mereka dituntut menerima aqidah tauhid, mereka juga dituntut menerima kepercayaan kepada hari akhirat. Manusia diminta supaya menjauhi sikap degil, keras kepala dan perangai-perangai Fir'aun, mereka juga diberi ancaman kebinasaan jika tidak meninggalkan sikap-sikap
buruk seperti itu.
2. Di dalam Surah Mu'min, untuk membuktikan kebenaran tauhid dikemukakan dalil-dalil تاريخي juga dalil-dalil عقلي. Di dalam Surah حم السجدة nanti, selain dikemukakan dalil-dalil تاريخي dikemukakan juga dalil-dalil آفاقي dan أنفسي.
3. Di dalam Surah Mu'min, manusia dinasihati supaya tidak bersikap seperti Fir'aun, di dalam Surah حم السجد pula manusia dinasihati supaya menjauhi sikap-sikap bongkak kaum 'Aad dan Tsamud. Di dalam kedua-dua surah terdapat ancaman kebinasaan.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini terdapat dua kali seruan supaya menerima tauhid yang murni.
Manusia diminta supaya bertauhid murni, tauhid yang semestinya bersih daripada sebarang bentuk
kesyirikan (Ayat: 14 dan 60). Orang-orang musyrikin Mekah selalu memohon dan berdoa kepada مِنْ دُوْنِ
277
Ghafir 40:14
فَٱدْعُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَٰفِرُونَ
Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai(nya).
Ghafir 40:60
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan