Tafsir asas quran nota 9(210)13
qaid ihtirazi atau syarat yang mesti. Padahal qaid itu bukan qaid ihtirazi, malah ia hanya qaid ittifaqi semata-mata. Ada sebab dan latar belakang tertentu yang menghendaki sifat-sifat itu disebutkan. Ia hanya berkait dengan sebab dan latar belakang bekenaan sahaja.
Bagi Imam Abu Hanifah, ats-Tsauri, Ibnu Abi Laila dan lain-lain yang memang menganggap qaid itu sebagai qaid ittifaqi, tidak timbul sebarang masalah pada firman Allah tersebut.
Firman Allah di dalam Surah al-Maa'idah di bawah ini merupakan bayan (keterangan) bagi ayat 178 Surah al-Baqarah yang dikemukakan tadi. Lihat firman Allah di dalam Surah al-Maa'idah berkenaan:
Al-Ma'idah 5:45
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفْسَ بِٱلنَّفْسِ وَٱلْعَيْنَ بِٱلْعَيْنِ وَٱلْأَنفَ بِٱلْأَنفِ وَٱلْأُذُنَ بِٱلْأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلْجُرُوحَ قِصَاصٌۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ
Bermaksud: Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At-Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga,gigi dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada qishaashnya. Barang siapa yang melepaskan (hak
qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (al-Maa' idah :45).
Di dalam ayat ini hukuman qishaash tidak dikaitkan langsung dengan sifat-sifat yang disebutkan di dalam ayat 178 Surah al-Baqarah. Ini menunjukkan qaid yang terdapat didalamnya hanya qaid ittifaqi. Nyawa tetap dibalas dengan nyawa, tidak kira nyawa siapa pun yang diragut dan siapa pun yang meragut nyawanya. Tetapi menurut Ibnu 'Abbaas, Sya'bi,Qataadah, Sa'id bin Musaiyyab, an-Nakha'i dan lain-lain qaid di dalam ayat al-Baqarah itu memang qaid ihtirazi (syarat yang mesti), cuma ia tidak boleh dipakai kerana dimansukhkan oleh ayat 45 Surah al-Maa'idah.
(4) Mentakhshiskan yang am. Ertinya ialah mengkhususkan ma'na perkataan yang umum dengan sebahagian afraadnya sahaja. Antara contohnya ialah firman Allah s.w.t. dibawah ini:
210
Tiada ulasan:
Catat Ulasan