Ahad, Januari 10, 2021

Tafsir asas quran nota 9(212)13

Tafsir asas quran nota 9(212)13

Ayat ini menyatakan yang dikira sebagai salah dan dosa ialah apa yang mampu dan sanggup diusahakan oleh manusia. Adapun sesuatu yang di luar kemampuan dan kesanggupannya seperti lintasan hati, keadaan terlupa dan tersalah, maka itu tidak dikira sebagai suatu kesalahan dan dosa. Menurut istilah mutaqaddimin ayat 286 Surah al-Baqarah ini merupakanmnasikh bagi ayat 284 sebelumnya, kerana ia telah mentakhsiskan erti umum yang terdapat pada ayat 284 itu.

(5) Menyatakan perbedaan di antara yang manshush (apa yang disebut dengan terang di dalam nas) dan apa-apa yang diqiaskan dengannya secara zahir. Atau dengan kata lain, menyatakan qias fasid (qias yang tidak memenuhi syarat-syarat qias yang betul) dan kemudian menolaknya. Apabila sesuatu ayat menolak qias fasid, maka menurut istilah mutaqaddimin ia juga rnerupakan nasikh kepadanya. Contohnya ialah kata-kata orang-orang kafir yang
dinukilkan oleh Allah sebagai qias fasid mereka. Kata mereka: إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗBermaksud:"Sesungguhnya jual beli itu sama saja dengan riba." Untuk menyatakan ada perbezaan di antara jual beli dan riba dan menolak riba, Allah berfirman selepas itu وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ Bermaksud: "Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba." Menurut istilah mutaqaddimin, firman Allah:وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ itu juga merupakan nasikh bagiإِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗ yang merupakan qias fasid orang-orang kafir yang digambarkan oleh Allah dalam bentuk kata-kata mereka. Kedua-dua firman Allah ifu sebenarnya terkandung dalam ayat yang sama di dalam Surah al-Baqarah. Di bawah ini diperturunkan ayat berkenaan selengkapnya bersama-sama terjemahannya:

Al-Baqarah 2:275

ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ ٱلرِّبَوٰا۟ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيْطَٰنُ مِنَ ٱلْمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟ۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنْ عَادَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ 
Bermaksud: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya iual beli
itu sarr-ra densan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan menghararnkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari

212

Tiada ulasan:

Catat Ulasan