Ahad, Januari 17, 2021

Tafsir asas quran nota 9(219)13

Tafsir asas quran nota 9(219)13

dan seterusnya berhari raya melalui firmanNya di akhir ayat 185 Surah al-Baqarah.وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
 (dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, dan supaya kamu bersyukur). Ayat 184 diakhiri dengan perintah membayar Zakat Fithrah. Ayat 185 pula diahiri dengan perintah bertakbir dan berhari raya.
(iii) Ramai juga ulama' muhaqqiqin berpendapat ayat 184 tidak dimansukhkan oleh ayat 185.
Ayat 184 hanya menyatakan ada juga orang yang dapat berpuasa, tetapi dengan keberatan dan agak sukar, kerana perkataan .يطيق sememangnya bererti dapat melakukan sesuatu, tetapi dengan keberatan dan agak sukar. Orang-orang 'Arab dalam percakapan mereka berkata:
إني أطيق أن أحمل هذا الحجر الثقيل
Bermaksud: "Aku dapat mengangkat batu yang berat ini, apabila batu itu dapat diangkatnya, tetapi dengan susah payah. Mereka tidak pemah berkata: 
إن أطيق أن أرفع اللقمة إلى فمي
Bermaksud: "Aku dapat mengangkat suapan ini kemulutku. Kerana ia bukanlah suatu yang berat dan susah dilakukan. Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pendapat ke-(iii) ini.

(3) Ayat 183 Surah al-Baqarah. iaitu: Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar karnu bertaqwa.(al-Baqarah:183).

Al-Baqarah 2:183
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Di dalam ayat ini Allah mengatakan "diwajibkan atas kamu berpuasa sebagairnana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu". Sebagaimana orang-orang sebelum kamu dilarang bersetubuh dengan isteri pada waktu malam hari berpuasa, maka begitulah juga dengan kamu.
Sesetengah ulama' mengatakan ia telah dimansukh oleh firman Allah di bawah ini. Lihat khususnya bahagian yang bergaris di bawahnya:
Al-Baqarah 2:187
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْۖ فَٱلْـَٰٔنَ بَٰشِرُوهُنَّ وَٱبْتَغُوا۟ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْۚ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِۖ ثُمَّ أَتِمُّوا۟ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيْلِۚ وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَٰكِفُونَ فِى ٱلْمَسَٰجِدِۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 


219

Tiada ulasan:

Catat Ulasan