Tafsir asas quran nota 9(223)14
(5) Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 240 di bawah ini juga mansukh:
Al-Baqarah 2:240
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا وَصِيَّةً لِّأَزْوَٰجِهِم مَّتَٰعًا إِلَى ٱلْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِى مَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Bermaksud: Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah:240).
Ia dikatakan dimansukh oleh firman Allah berikut:
Al-Baqarah 2:234
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًاۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Bermaksud: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) rnenangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis iddahnya, maka tiada dosa bagirnu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah
mengetahui apa yang kamu perbuat. (al-Baqarah:234).
Semasa jahiliah perempuan yang kematian suami beriddah selama setahun. Itulah yang disebut di dalam ayat 240 Surah al-Baqarah di atas. Islam juga menerima
tempoh itu di peringkat permulaannya. Tetapi Allah memerintahkan orang-orang yang akan meninggal dunia dan meninggalkan isteri agar berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumah atau tempat tinggalnya). Akan tetapi jika mereka sendiri mahu berpindah, maka tidak ada dosa bagi wali atau waris dari yang meninggal membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka.
Kemudian tempoh iddah selama setahun itu dirnansukhkan kepada empat bulan sepuluh hari melalui ayat 234 Surah al-Baqarah, kecuali kalau si isteri mengandung,maka iddahnya ialah sehingga ia melahirkan kandungannya. Wasiat yangdiperintahkan itu pula dimansukhkan dengan ayat pesaka. Tentang tempat tinggal
223
Tiada ulasan:
Catat Ulasan