Rabu, Februari 17, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 19(48)nota 14(311)

Daurah tafsir 2019 sesi 19(48)nota 14(311)

Zaman Diturunkan Surah Dan Latar Belakangnya
Surah al-Fath diturunkan pada bulan Zul Qa'dah tahun ke-6 Hijrah setelah berlakunya perjanjian damai
di Hudaibiyah. Ia diturunkan ketika dalam perjalanan pulang dari arah Mekah ke Madinah.
1. Perans Ahzaab
Pada tahun ke-4 Hijrah orang-orang Quraisy Mekah bersama beberapa qabilah lain telah bersekutu
membentuk satu pasukan tentera untuk menyerang Madinah. Mereka bagaimanapun tidak dapat masuk
ke Madinah kerana parit besar dan dalam telah digali di sekelilingnya. Setelah tentera bersekutu itu
mengepung Madinah selama sebulan, Allah s.w.t. melepaskan ribut yang dahsyat menyebabkan mereka
terpaksa meninggalkan tempat masing-masing dan pulang dengan gagal. Dengan begitu kerajaan Islam
yang baru terbentuk terselamat daripada tindakan tentera bersekutu yang ganas itu, peperangan itu
dipanggil perang Aluaab atau perang Khandaq.
2. Mimpi Rasulullah
Setelah orang-orang Quraisy dan sekutu-sekutunya gagal dalam usaha mereka menghancurkan negara
Islam, kira-kira setahun kemudian Rasulullah s.a.w. telah diwahyukan dalam bentuk mimpi bahawa
Baginda sedang masuk ke Masjidil Haram, maka Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan kepada umum
untuk menge{akan 'umrah pada tahun ke-6. Orang-orang munafiq menganggap langkah Rasulullah itu
salah kerana itu bererti masuk ke mulut musuh. Rasulullah s.a.w. bagaimanapun bersama-sama dengan
1,400 orang sahabat yang ikhlas telah memakai ihram dengan niat 'umrah. Masing-masing mereka
mempunyai pedang bersarung, 70 ekor unta korban dibawa bersama menuju ke Mekah di bawah
pimpinan Rasulullah s.a.w. dengan tiada maksud lain selain untuk pergi mengerjakan 'umrah. Setelah
berada 15 baru saja dari Mekah (kira-kira 22 kilometer), Rasulullah s.a.w. telah berhenti di suatu tempat
bernama Hudaibiyah, hari ini tempat itu dinamakan o.apil, di dalam al-Qur'an pula tempat itu
dinamakan is" OI+. Dari sana Rasulullah s.a.w. mengutuskan Sayyidina 'Utsman sebagai dutanya untuk
bertemu ketua orang-orang musyrikin Mekah, tujuannya ialah untuk mendapat kebenaran masuk ke
Mekah dengan maksud mengerjakan 'umrah. Sayyidina 'Utsman pergi agak lama sehingga dirasakan
oleh sesetengah pihak bahawa boleh jadi beliau telah dibunuh oleh pemimpin-pemimpin Quraisy
Mekah, maka sebagai reaksi, Rasulullah s.a.w. telah berbai'ah dengan para sahabatnya yang pergi
bersama-sama untuk melancarkan perang terhadap penduduk Mekah jika Sayyidina 'Utsman benar-
benar telah dibunuh.
3. Bai'ah Ridhwan
Di situlah berlaku satu bai'ah yang dipanggil sebagai Bai'ah Ridhwan di antara Rasulullah dengan para
311

Tiada ulasan:

Catat Ulasan