Khamis, Februari 18, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 19(48)nota 14(312)

Daurah tafsir 2019 sesi 19(48)nota 14(312)

sahabatnya, tujuannya ialah jika benar-benar khabar angin tentang pembunuhan Sayy'idina 'Utsman benar, maka sebagai tindak balasnya orang-orang Islam akan berperang dengan orang-orang kafir Quraisy sebagai menuntut bela atas kematian Sayyidina 'Utsman.

4. Perjanjian Hudaibiyah
Ia berlaku pada bulan Zul Qa'dah tahun ke-6 Hijrah, akhirnya pemimpin-pemimpin Quraisy telah menghantar Suhail bin 'Amar sebagai wakil mereka untuk berunding dan berbincang dengan pihak Rasulullah s.a.w., hasilnya terjadilah apa yang dinamakan sebagai perjanjian damai Hudaibiyah. Berdasarkan perjanjian damai itu kedua-dua pihak, orang-orang Quraisy Mekah dan juga negara Islam
Madinah bersetuju untuk tidak berperang dan berdamai selama 10 tahun. Pemimpin-pemimpin Quraisy Mekah bagaimanapun tidak membenarkan orang-orang Islam masuk ke Mekah untuk mengerjakan 'umrah pada tahun itu, mereka sebaliknya membenarkan orang-orang Islam mengerjakan 'umrah pada tahun berikutnya iaitu pada tahun ke-7 Hijrah. Antara butir-butir perjanjian yang dipersetujui ialah mana-mana orang Quraisy yang pergi ke Madinah mesti dihantar pulang ke Mekah, sebaliknya orang-orang Islam yang pulang ke Mekah tidak akan dihantar balik ke Madinah. Qabilah-qabilah yang berada
di pinggir Mekah dan sekitar Madinah diberikan kebebasan sama ada mereka hendak menjadi sekutu orang-orang Quraisy Mekah atau menjadi sekutu negara Islam Madinah dan banyak lagi butir-butir perjanjian yang dipersetujui. Berdasarkan perjanjian itu, jika berlaku sebarang pencerobohan dan pelanggaran terhadap mana-mana perkara yang dipersetujui dalam perjanjian itu oleh mana-mana pihak maka perjanjian akan dianggap terbatal.

5. Penguasaan dan penaklukan Khaibar (فتح خيبر)
Ia berlaku pada bulan Muharram tahun ke-7 Hijrah. Setelah tidak ada lagi ancaman dari arah selatan, dengan adanya perjanjian damai di Hudaibiyah itu, Rasulullah s.a.w. pada bulan Muharram tahun ke-7 Hijrah menuju ke arah utara dan Baginda berjaya menguasai Khaibar yang berada di bawah kuasa orang-orang Yahudi. Dengan kejayaan peperangan Khaibar itu, orang-orang Islam telah mendapat
banyak sekali harta ghanimah. Di dalam Surah al-Fath telah diberikan berita gembira akan mendapat harta rampasan perang yang banyak itu.

6. 'Umrah al-Oadha'
Ia berlaku pada bulan Zul Qa'dah tahun ke-7 Hijrah. Setahun setelah berlalu perjanjian Hudaibiyah Rasulullah s.a.w. telah berangkat ke Mekah bersama para sahabat untuk mengerjakan 'umrah al-qadha'.Setelah itu, kerana pencerobohan pemimpin-pemimpin Quraisy terhadap perjanjian damai Hudaibiyah,perjanjian itu terbatal, ia seperti tiada lagi.

312

Tiada ulasan:

Catat Ulasan