Tafsir asas quran nota 9(246)15
Bermaksud: Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu'min untuk berperang. Jika ada,dua puluh orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua
ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu, niscayamereka akan dapat rnengalahkan seribu daripada orang kafir, disebabkan orang-orang
kafir itu kaurn yang tidak mengerti. (al-Anfaal: 65).
Ia dikatakan telah mansukh dengan ayat 66 di bawah ini:
Al-Anfal 8:66
ٱلْـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Bermaksud: Sekarang Allah telah meringankan daripadamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.
(al-Anfaal:66).
Sebenarnya bukan semua sekali ayat 65 itu dida'wa mansukh oleh pihak yang menerimanya sebagai mansukh, ia hanya melibatkan ⅔ daripadanya sahaja. Adapun
bahagian awalnya iaitu: حَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَى ٱلْقِتَالِۚ , bahagian itu tetap dikatakan muhkam oleh mereka. Menurut keterangan daripada hadits, Apabila turun perintah Allah melalui ayat 65 Surah al-Anfaal, ia terasa berat oleh para sahabat. Di dalamnya Allah mewajibkan orang-orang Islam melawan musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila orang Islam 20 orang dan musuh pula 200 orang. Ia
membawa maksud, orang-orang Islam tidak boleh lari daripada medan peperangan sekiranya tentera Islam dalam keadaan nisbah 1:10. Maka pergilah mereka mengadu
hal kepada Nabi s.a.w. Tidak lama kemudian turunlah pula ayat 66 Surah yang sama.Di dalamnya diisyaratkan bahawa hukum wajib menghadapi musuh yang berjumlah
200 orang dan tentera Islam 20 orang itu dimansukhkan serta digantikan dengan hukum baharu yang lebih ringan, iaitu tentera Islam wajib menghadapi musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila mereka berjumlah 100 orang dan musuh 200 orang. Dengan nisbah 1:2.
246
Tiada ulasan:
Catat Ulasan