Jumaat, Februari 19, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 19(48)nota 14(313)

Daurah tafsir 2019 sesi 19(48)nota 14(313)

7. Pembukaan Mekah (فتح مكة)
Ia berlaku pada bulan Ramadhan 8 Hijrah. Rasulullah s.a.w. bersama 10,000 orang sahabat telah berangkat pada bulan Ramadhan tahun ke-8 untuk menguasai Mekah. Baginda berjaya membuka danظmenguasai Mekah. Pembukaan Mekah merupakan kejayaan terbesar umat Islam, setelah itu manusiaظmasuk Islam dengan berbondong-bondong. Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku pada bulan Zul Qa'dah
tahun ke-6 merupakan titik permulaan kemenangan Islam. Ia menjadi kenyataan pada bulan Ramadhan tahun ke-8 Hijrah apabila Mekah berjaya dikuasai Rasulullah s.a.w.,kerana itulah al-Qur'an menamakan
perjanjian Hudaibiyah sebagai فَتح مُبِين(kemenangan dan kejayaan yang terang).

Kelebihan Surah Al-Fath
Surah al-Fath lebih disayangi Rasulullah s.a.w. daripada dunia dan segala ni'matnya. Zaid bin Aslam meriwayatkan daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. pernah sedang berada dalam suatu perjalanan, Sayyidina 'Umar juga ada bersama Baginda, pernah pada suatu malam Sayyidina 'Umar bertanya Rasulullah s.a.w. tentang sesuatu tetapi Rasulullah s.a.w. tidak menjawab, Sayyidina 'Umar telah
bertanya buat kali kedua, Rasulullah s.a.w. tidak juga menjawab, setelah buat kali ketiga Sayyidina
'Umar bertanya dan Rasulullah s.a.w. tidak juga memberi apa-apa jawapan, Sayyidina'Umar kesal
dengan sikapnya sendiri sehingga beliau berkata: ِثَكِلَتْ أُمُّ عُمَر (Ibu 'Umar kehilangannya), engkau telah bertanya Rasulullah tiga kali tetapi Rasulullah s.a.w. .tidak menjawab pertanyaan engkau". Kata Sayyidina 'Umar: Maka saya terus menaiki unta saya dan pergi jauh dari tempat berkenaan, aku sebenarnya takut kalau-kalau turun ayat al-Qur'an mengenaiku, setelah aku pergi tidak jauh dari situ
tiba-tiba aku mendengar satu suara yang memanggil aku, terus terlintas di hatiku, apakah suatu ayat al-Qur'an telah turun tentang aku? Aku lantas pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan memberi salam kepada Baginda, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda
لَقَدْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ اللَّيْلَةَ سُورَةٌ لَهِيَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ ثُمَّ قَرَأَ { إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا }
Bermaksud: 'sesungguhnya pada malam ini satu surah telah diturunkan kepadaku, ia benar-benar lebih aku kasihi dan suka daripada apa yang dinaiki matahari (dunia), kemudian Baginda membaca إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا
Hadits riwayat Bukhari, Kitab Tafsir, Bab Tafsir Surah al-Fath, hadits 4,553.

Kesinambungan Surah Al-Fath Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Muhammad sebelum ini terdapat tuntutan dan gesaan supaya orang-orang Islam
berjihad dan berinfaq, jika mereka bersikap bakhil dan kedekut maka Allah berdasarkan sunnahNya
boleh menukar dan menggantikan mereka dengan kaum lain yang sanggup berjihad dan berinfaq. Di
dalam Surah al-Fath ini diberikan berita gembira tentang faedah dan hasil daripada jihad dan infaq, ia

313

Tiada ulasan:

Catat Ulasan