Ahad, Februari 28, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 19(49)nota 14(318)

Daurah tafsir 2019 sesi 19(49)nota 14(318)

Zaman Diturunkan
Surah al-Hujuraat adalah satu Surah Madaniyyah, ia diturunkan selepas pembukaan Mekah sekitar tahun
ke-9 Hijrah yang merupakan عام الوفود  iaitu tahun di mana Rasulullah s.a.w. banyak dikunjungi oleh rombongan- rombongan dari luar Madinah.

Perkaitan Surah Al-Hujurat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah al-Fath sebelum ini telahpun diberikan berita gembira kepada umat Islam bahawa mereka akan mendapat banyak kemenangan dan harta ghanimah, orang-orang munafiq pula dinasihati supaya mengikhlaskan amalan mereka. Di dalam Surah al-Hujuraat ini pula dikatakan mengikhlaskan amalan bererti meninggalkan sifat nifaq, tidak mendahului Allah dan Rasul atau Kitab dan Sunnah, menjaga hak-hak Allah, menjaga hak-hak Rasulullah dan menjaga hak-hak sesama Islam di samping
mempunyai akhlak-akhlak mulia.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini orang-orang Islam yang mentah dan orang-orang munafiq diseru sebanyak 5 kali dengan lafaz يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ (Ayat: 1,2, 6, 11 dan 12). Penggunaan seruan seperti itu bertujuan menampakkan kepada mereka bahawa perisytiharan dengan lidah dan pengakuan sebagai Islam mereka pada zahimya tidak bersesuaian dengan tuntutan iman.

Al-Hujurat 49:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Al-Hujurat 49:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَرْفَعُوٓا۟ أَصْوَٰتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجْهَرُوا۟ لَهُۥ بِٱلْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَٰلُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalmu bisa terhapus sedangkan kamu tidak menyadari.

Al-Hujurat 49:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum karena kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.

Al-Hujurat 49:11
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُوا۟ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلْأَلْقَٰبِۖ بِئْسَ ٱلِٱسْمُ ٱلْفُسُوقُ بَعْدَ ٱلْإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain (karena) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim.

Al-Hujurat 49:12
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat, Maha Penyayang.

2. Orang-orang Islam dinasihati supaya tidak terus menerima berita daripada orang fasiq, mereka sebaliknya mesti menyelidik terlebih dahulu dan tidak bertindak secara gopoh berdasarkan cerita orang fasiq, mereka dinasihati supaya menyelidik dan memeriksa terlebih dahulu segala cerita yang sampai kepada mereka supaya tidak menyesal kemudian (Ayat: 6).إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟

3. Firman Allah  إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ  yang terdapat di dalam surah ini menjelaskan kepada umat Islam tentang persaudaraan sejagat mereka. Persaudaraan Islam tidak berasaskan warna kulit, keturunan, keluarga dan negara malah ia terjalin hasil daripada beriman kepada Allah dan Rasul terakhir daripada Allah (Ayat:10).

Al-Hujurat 49:10
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ 
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

4. Orang-orang Islam dilarang mengumpat sesama Islam, mendedahkan ke'aiban mereka kepada orang lain, memandikan dan mengkafankan orang-orang Islam yang mati disamping menyembahyangkan jenazah mereka, memohon ampun untuk mereka, mereka diminta menyegerakan pengebumian orang mati supaya tidak tersebar bau yang busuk dan macam-macam penyakit yang lain. Orang-orang Islam

318

Tiada ulasan:

Catat Ulasan