Ahad, Februari 28, 2021

Tafsir asas quran nota 9(254)16

Tafsir asas quran nota 9(254)16

musyrik (sebelum pengharaman berkahwin dengan orang musyrik). Itulah sebabnya kebanyakan 'ulama' berpendapat perkahwinan antara penzina dengan orang yang memelihara dirinya daripada penzinaan adalah sah.

Shah Waliyyullah dalam membantah pendapat orang-orang yang mengatakan ayat ke-3 Surah an-Nuur itu mansukh mengemukakan dua alasan.

Pertama: Bukan semua fuqaha' berpendapat perkahwinan antara penzina dengan orang yang memelihara dirinya daripada perzinaan adalah sah. Qataadah, Ahmad bin Hambal, Ishaq bin Rahawaih, Abu 'Ubaid dan lain-lain misalnya tetap berpegang dengan zahir ayat tersebut bahawa penzina laki-laki tidak boleh berkahwin melainkan dengan penzina perempuan. Begitu juga sebaliknya. 
Di akhir ayat itu Allah menegaskan ia bahkan diharamkan kepada orang-orang yang beriman. Kalau ia mansukh, kenapa Imam Mujtahid seperti Ahmad masih lagi berpegang dengannya?Ayat (hukum) yang mansukh tentu tidak boleh dijadikan pegangan lagi. 

Mengikut apa yang dinukilkan oleh Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya ialah Imam Ahmad berpendapat penzina baik laki-laki atau perempuan tidak boleh (haram) dikahwini dan perkahwinan dengannya tidak sah sebelum ia bertaubat. Jika ia bertaubat, maka perkahwinan dengannya adalah sah.

Kedua: Ayat yang dianggap sebagai nasikh (iaitu ayat ke-32 Surah an-Nuur) bagi ayat ke-3 Surah an-Nuur itu umum, sedangkan ayat ke-32 itu pula khusus. Menurut qaedah Usul, ayat yang 'aam tidak boleh memansukhkan ayat yang khas. Ayat ke-32 Surah an-Nuur hanya menganjurkan orang-orang yang beriman agar mengahwinkan orang-orang bujang (sendirian) dan orang-orang yang layak (berkawin) dari kalangan hamba-hamba sahaya mereka, baik lelaki atau perempuan. Itu saja. Ia langsung tidak menyebut dengan siapa mereka perlu berkahwin atau dikahwinkan? Ayat ke-tiga Surah yang samalah yang menjelaskannya. Ini bererti ayat ke-32 Surah an-Nuur adalah mujmal dan ayat ayat ke-3 Surah yang sama pula adalah mufasshil dan mubayyinnya.

Para 'ulama' Tafsir berbeda pendapat tentang maksud firman Allah dalam ayat 3 surah an-Nuur itu. Kerana perbedaan pendapat merekalah anda akan dapati
terjemahan yang dipilih penterjemah-penterjemah al-Qur'an sedikit sebanyak berbedaantara satu dari yang lain. Perkataan لا ينكح shj sudah ada beberapa terjemahan: (a)


254

Tiada ulasan:

Catat Ulasan