K341.Anak Terlajak Dewasa ...
Usah Dewasakan Anak Lebih Cepat Dari Usianya ... Kecuali Dewasa Ibadah dan Dewasa Berfikir
Anak berumur 11-13 Tahun
Tahun 5-6, Tktn 1 ....
Bayangkan anak semuda usia ini tonton gambar bogel, video bogel, foto kemaluan lelaki dan perempuan versi foto/video HD menerusi laman lucah dari smartphone.
Ingat semua ni:
-- ia semudah 1+1
-- ia berleluasa dlm smartphone sprt kelkatu slps hujan
Lebih2 lagi mereka saling dapat tutorial sesama rakan sebaya explore dan sharing pelbagai benda yg kita dewasa pun tak ketahui wujudnya.
Ini realiti hari ini akibat kegelojohan dan kekelamkabutan serta ketidaksabaran TANPA PENGAWASAN ibubapa pakat bagi smartphone pada anak.
Kononnya nak up-to-date tak nak tertinggal zaman.
Tak nak kolot.
Tak nak sumbang dgn arus kemodenan.
Mahu anak terlibat seperti di atas mendewasakan perasaan, emosi dan cenderung seks awal dari masanya ?
-- Beri smartphone awal2
-- Jangan check smartphonenya
-- Biar dia rahsia passwordnya
-- Izinkankan dia bawa smartphone sampai kedalam bilik tidurnya dan jangan jengok2 lagi ke kamarnya apa yg dia buat kat situ
-- oh ya biar dia kumpul banyak fakan Facebook
-- guna WeChat utk berkenalan dgn lelaki lebih dewasa (sebab anda nak anak perempuan dan lelaki anda dewasa cepatkan)
-- oh ya ... biar dia skype dgn rakan supaya boleh pamerkan muka yg cantik serta lain2 "isi" tubuhnya
Mak Ayah ... Maaf !
Ini bukan membebel
Ini bukan berleter
Ini peringatan sesuai dengan roh Surah Al'Asr
Biar anak dewasa ibadah
Biar anak dewasa fikir
Bukan dewasa seks
Bukan dewasa emosi cinta.
Check anak.
Bual dgn anak
Tegas dgn anak
Beri masa untuk anak
Usah ikut semua yg anak mahu
Usah takut dgn anak
Anak satu amanah dari Allah
Usah PANDAI buat anak
Tetapi BODOH jaga anak
Jangan KHIANATI amanah Allah
Terima kasih
Dr.Shukri / Jumaat 4.3.16
Sila pakat share utj peringatan ralan2 lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan