Khamis, Februari 11, 2021

K341.Mengapa saya kata jangan marah anak kecil, tapi didik?

K341.Mengapa saya kata jangan marah anak kecil, tapi didik?

Tadi kami ada short discussion dengan pembantu rumah. Beliau kata, beliau banyak belajar cara didik anak. Malah mengajar adiknya pula. Beliau sudah berkahwin tapi tiada anak. Menurut beliau ini yang beliau belajar:

1) Sabar dengan tingkah laku anak-anak tapi tegas.

Beliau kata, saya sangat sabar tetapi tegas. Suara saya perlahan tapi tegas. Saya sangat firm dengan peraturan. Saya tahan anak nangis-nangis selagi mereka tidak embrace dan terima satu peraturan. Saya tidak marah atau jerit tetapi saya sangat 'TEGAS'.

Apa maksudnya tegas? Apabila satu peraturan sudah diestablish, contoh tengok Upin Ipin satu jam, kemudian kena tutup, saya betul-betul buat walaupun Dani menangis dan pukul-pukul.

Saya cuma cakap dengan tenang, "ikut peraturan, tengok satu jam, berhenti, nanti mata sakit". Saya ulang-ulang ayat itu saja walaupun Dani mengamuk dan tantrum. Saya tidak give up!. Saya sedang mendidik persepsi dan emosi Dani. Sampai masa, Dani sendiri akan faham tentang adanya peraturan yang baik yang perlu diikut.

Memang dalam beberapa minit, Dani diam. Apabila diam, saya ulang peraturan tadi dan minta Dani memohon maaf memukul saya. Dani ikut saja. Jadi tenang dan kembali kepada sikap biasanya.

2) Jangan layan tantrum anak jika anak melanggar peraturan akhlak.

Seringkali saya ingatkan suami yang jangan marah anak yang sedang tantrum disebabkan ada perkara yang mereka mahu tidak dapat. Ia tidak membantu. Sebaliknya, biarkan saja dan ulang saja peraturan dan informasi. Tidak perlu tinggi suara. Buat kerja macam biasa.

Semalam, Dani tantrum tidak mahu balik rumah selepas kami pergi check up di Bangi. Sudah malam menangis  tidak mahu masuk rumah. Suami saya jerit. Terus saya betulkan. Emosi anak ambil masa mahu matang.

"Jika kita marah, mereka hanya jadi takut. Mereka tidak belajar. Mereka tahu bila tantrum, akan dimarah, kemudian mereka diam. Kemudian mereka buat lagi."

"Kita perlu didik mereka mengawal emosi dan memilih tindakan yang betul. Bukan perlu tantrum saja untuk dapatkan sesuatu. Dhuha juga macamtu, ingat tak? Lepas dua tahun baru matang sedikit dan pandai kawal emosi."

Jadi suami saya pun buat tidak tahu. Tidak lama selepas itu, Dani berhenti menangis sendiri dan terus cakap, "abi, abang nak sorry".

Terus kami puji, "masyaAllah, abang soleh boy, minta maaf kalau salah. Itu akhlak baik, Allah suka".

3) Beri masa anak belajar mengawal emosi.

Pembantu rumah saya kata, Dhuha lebih baik dan matang emosinya tidak macam Dani. Saya terus tegaskan yang Dhuha 2 tahun lepas lagi teruk daripada Dani. Dhuha ADHD memang impulsif. Tantrum itu seperti sudah sebati. Dani masih 3 tahun, kita perlu beri masa untuk mereka belajar mengawal emosi.

Sedangkan kita orang dewasa pun boleh burst marah apatah lagi kanak-kanak. Kan mereka belajar daripada kita orang dewasa?

Jadi kitalah dulu tunjuk akhlak yang baik.

Wallahu'alam.

Terima kasih baca sampai sini. Panjang sungguh saya tulis. :D

Nota: Sekarang Dani tengah berendam. Kejap lagi kami mahu buat pizza.

-----------
Hafiy wahid bertanya:

Tp mcm mana pula kalau tantrum anak2 di tempat awam.contohnya di kedai makan ada anak kecik melalak melolong guling2 tp ayahnya buat bodo je.mengganggu org lain yg nak makan..org lain pulak yg rasa nak sepak anak dia..kalau mcm tu cmane plak?ni true story..nk ajar anak smpai abaikan hak org lain menikmati keamanan x elok juga.sy sekadar bertanya #jangankecam..

Jawapan:

Tangani macam biasa. Ulang saja peraturan akhlak bagaimana nabi saw menegur.
Kalau di tempat awam yang boleh mengganggu, kami balik saja.

Tapi,

Kami tidak pernah judge ibu bapa yang anaknya tantrum di tempat awam. Dalam hal ini perlu ada empathy dan bersangka baik. Bersangka baik pun sudah satu pahala.
:)

------------
Bunga Ieya bertanya:

Kalau anak kita mnangis , then org lain mrh..cmne nk handle situasi ni? Kdg2 org ckp kita xmrah anak, means kte tlampau manjakan anak..pdhal kite tgh kawal emosi utk tnjukkn cth baik pd anak2..

Jawapan:

Senyum dan angguk-angguk. Minta maaf jika rasa mengganggu. Tidak perlu jawab apa yang mereka cakap. Ada ramai manusia yang hanya pandai judging, tapi tidak memahami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan