Khamis, Februari 11, 2021

K342.DIA TAK TAHU YANG DIA TAK TAHU !!

K342.DIA TAK TAHU YANG DIA TAK TAHU !!
Dia Mak Ayah Bermasalah.
Bukan anak, tetapi ibubapa yang perlu dibimbing !

1. TAHU yg dia TAHU : belajar dari dia
2. TAK TAHU yg dia TAHU : dia tertidur ... kejut dia
3. TAU yang dia TAK TAHU : ajarkan dia
4. TAK TAHU yang dia TAK TAHU  .... ???

Dari segi mendidik anak, ramai ibubapa hari ini di Kategori 4. Mereka tidak tahu cara mereka mendidik anak adalah salah. Mereka sedang menempah pelbagai masalah untuk mereka dan anak mereka di hari muka. Kerana mereka TAK TAHU yang mereka TAK TAHU cara didik anak yang betul, maka :
-- teguran kita tidak didengari
-- nasehat kita dipandang enteng
-- pandangan kita langsung ada nilai pada mereka

Sekarang mungkin tak ketara.
Tunggulah anak besar sikit.
Pada ketika itu ... tak banyak boleh dilakukan.

Namun kini semasa anak:
- masih kecil,
- masih dengar cakap ("makan saman")
- masih boleh digerak menerusi pujian dan pujukan
- masih tak tahu melawan
- masih boleh dikawal
- masih takut pada mak ayah
Inilah masanya membentuk mereka dan memupuk nilai2 murni pada mereka untuk menjadi manusia terpuji besar kelak ...

CONTOH 1:
Anak masih di sekolah rendah. Mak ayah tak pernah ajar solat. Mungkin anak belajar solat di sekolah ... tetapi dirumah dibiarkan jika anak tidak bersolat. Lama-lama anak terus tidak solat, tidak minat bersolat, malas bersolat sehinggalah masuk sekolah menengah dan bekerja. Maka lazimnya dia terus tidak bersolat ... anak cucunya pun macam itu .... Nauzubillah minzaalik (kecuali sesuatu yang luar jangkaan berlaku ... anak tinggal asrama dan diterap dengan solat atau anaknya berkahwin dgn pasangan yang kuat bersolat)

CONTOH 2:
Anak masih di sekolah rendah. Dia bagi handphone. Anak belajar sendiri dan belajar dari rakan menyelongkar handphone hingga:
-- Pandai masuk laman lucah ... mak ayah tak tahu
-- Rajin kongsi klip2 video lucah ... mak ayah tak tahu
-- Masuk bilik tidur awal tetapi bermain handphone hingga tengah malam ... mak ayah tak tahu
-- Dah pandai berkenalan dgn rakan jantina bertentangan dan saling tukar gambar selfie yang "terlarang" !!
-- Time studi ada handphone sebelah ... studi terganggu selalu
-- Ada saja peluang main video game ... studi entah ke mana
-- Adik beradik datang rumah ... terperap dgn handphone dalam bilik

ITU SEMUA BARU SEKOLAH RENDAH
Bila kita tegur apa jawapan mak-ayah:
-- Biarlah budak sekarang .. ini zaman mereka !
-- Kita dulu mana ada peluang main semua tu
-- Anak2 orang lain pun cam tu ... biasalah

SUDAH HAMPIR PASTI anak itu akan membesar langsung tidak kisah dengan pelajaran ... nakal dan buas ... 100% diluar kawalan mak ayah.

Pada ketika itu ibubapa tadi pun complain:
Susahlah anak aku ...
-- Tegur tak dengar
-- Marah buat dek aja
-- Kita tinggi suara dia lawan balik
-- Kita berleter pi tidur rumah kawan
-- Pelajaran merosot habis
-- Selalu ponteng sekolah
-- Macam2 dah cikgu complain

Dia pun berkata:
"susah lah budak zaman la ni"
"aduuh ... pening kepala aku"
"anak sorang pun macam setan"

SALAH SIAPA ?
Sebab itu PENDIRIAN saya mudah:
Masalah sekarang bukan masalah remaja.
Bukan masalah anak muda
Tetapi masalah mak ayah TIDAK MENDIDIK ANAK dengan betul.
Masalah MAK AYAH IKUT semua kehendak anak
Masalah MAK AYAH TAKUT dengan anak.
BUKAN BUKAN BUKAN masalah remaja

MAKA ... ibubapa begini
-- teguran kita tidak diambil kisah
-- tulisan kita terus diabaikan
-- kita berceramah langsung tidak minat dengar
-- mungkin ayah hantar mak saja, dia pi minum kopi dan lepak di sana sehingga habis ceramah
-- kita buat Seminar memang tak datang dengan komen:
*** "mahal lah" (kita bagi diskaun 80% pun tak datang}
*** "jauh lah" (buat depan rumah pun tak nampak muka)
*** "tak boleh pi ada kenduri" (kenduri ... alasan lapuk !!)
*** "anak tak mau pergi" (kenapa penakut sangat dgn anak)

Mak-Ayah kategori ini yang ...
TERUS sergah guru bila tindakan di ambil ke atas anak mereka
TAK PERNAH datang ke mesyuarat PIBG
BANYAK COMPLAIN macam2 bila anak mereka mundur

I GIVE UP DENGAN MAK AYAH BEGINI.
Lebih seronok menolong orang yang sudi ditolong.
Lebih mudah tolong orang TAHU dia TAK TAHU.

Nak buat camna ibubapa macam ini ?

Dr.Shukri Abdullah / Yan / 11.3.16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan