K441.Time In dengan Anak Merajuk
- Bantu Cipta Bonding Kuat dan Positif
Anak kecil kuat merajuknya.
Dengan belum cukup kematangan, kerap silap faham, amat mencabar kesabaran ibubapa.
Nak nak anak jenis 'strong willed' (kemahuan kuat).
Kita ada dua pilihan.
1) BIARKAN DIA MERAJUK.
Tak kuasa layan kehendak dia.
Banyak nor 'demand' itu ini.
Kecil-kecil lagi dah banyak kerenah.
- ini saya namakan Time Out.
- Time Out diri mak sebab taknak lah jika stay lagi di situ, bimbang lebih mudarat ke anak. Termarah lebih, terkasar fizikal dll.
- Juga Time Out diri anak: denda anak untuk berhenti bercakap, berhenti meminta, berdiri tak bergerak dsb.
2) PUJUK DIA.
Luangkan sedikit masa dalam 5 minit untuk bersama si anak, temani tempoh 'geram' --> berubah jadi 'bertenang' dia.
- ini saya namakan Time In.
- Time In diri mak untuk dengari dengan baik / betul-betul, apa kehendak /kemahuan si anak, fahami betul-betul apa maksud dia sebenarnya ni?
- Time In diri anak untuk diberi peluang sampaikan, atau beritahu apa dia nak sebenarnya, apa maksud dia sebenarnya. Walau reason dia tak logik pada kita, tapi logik pada diri dia.
.
Dahulu saya kerap Time Out diri, (saya amat jarang Time Out anak). Saya perlu bertenang.
.
Selepas memahami lebih karektor si anak Thinking yang strong will dan menakluki si ibu Intuiting,
.
dan dapatkan konsultasi dengan Pengerusi Stifin, Datuk Baha, saya ubah kepada banyak pujuk dia, Time In.
.
Ini untuk melurut emosi dia agar tak patah jiwa kerasnya,
.
dan demi saya tidak mahu dia dan saya 'SEMAKIN JAUH' bila dia semakin besar nanti :disappointed_relieved::cry:.
.
Alhamdulillah, ia adalah solusi paling kena untuk situasi macam saya.
.
HASIL:
1) anak lebih GEMBIRA kerana didengari, dihargai pandangannya,
.
2) anak lebih MENDENGAR KATA kerana tangki emosi 'special time' dipenuhi di saat dia berkeras menyampaikan apa yang dia mahu.
.
3) ibu pun lebih LEGA dan SELESA kerana boleh rasa koneksi antara ibu-anak lebih jelekit/kuat.
.
.
Bahasa mudah saya, SEDEKAH.
.
Sedekah masa untuk anak.
.
Tidak lama.
.
Hanya 5-10 minit sahaja, berbanding 'damage' luka hati terhiris berulangkali berlaku, dan menjadi semakin dalam lukanya, tak cantik dan sukar nak licinkan kembali hirisan itu...:anguished:..
.
Ibarat nak baiki berpuluh tahun atau selamanya kesan di hati seumur hidup?
.
Allahu.
Mohon Ampun Ya Allah.
.
.
.
Ya, ANDA TIDAK TERLAMBAT.
Rebonding dengan anak.
.
7 Langkah dalam Ebook "Teknik Rebonding" memang saya lakukan selama 4 hari berterusan semasa cuti Isnin Selasa dahulu.
.
Saya dapat rasai, kami semakin RAPAT, UTUH, dan paling mahal rasa GEMBIRA dan RINGAN emosi diri dan si anak.
.
Emosi ibubapa-anak ini timbal balik tau.
.
Sama.
.
Ibu rasa tenang happy, anak juga rasa berganda tenang dan happy.
.
Ibu rasa geram marah, anak rasa berganda geram marah malah KONFLIK KELIRU lagi.
.
Konflik keliru sebab mereka kecil lagi, tiada kefahaman nyata jelas.:confounded:
.
Jadi mereka develop pemikiran dan sebab sendiri. Komunikasi breakdown, mesej tak sampai sepenuhnya.
.
Maka peranan kita cuba penuhi sebaik mungkin keperluan emosi mereka bagi 'settled'.
.
Cuba ya.
Maznah Ibrahim.
#repost
* Pagi tadi sebelum sekolah kinder khalifah dia, saya Time In sebentar dengan KN yang merajuk. Bila berkomunikasi, rupanya kecil aja puncanya (tapi besar pada dia).
Dia kecil hati saya puji abang dia, saya jelaskan saya puji kaedah abang yang bagus, bukan kata kakak salah, sebab abang tegur dia elok-elok bersuara rendah (amazing sebab abang dia sejenis Tegas Thinking selalu drastik kali ni sangat soothing hahahah).
So selesai bila kita acknowledge feeling dan thoughts dia dan kita jelaskan maksud kita - the way of communcation aja, bridge the two person's perspective....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan