Isnin, Februari 15, 2021

nota ustaz wan ji

"Sesungguhnya solat mencegah dari fahsya dan mungkar" - Firman Tuhan dalam Al-Quran.

Ayat ini perlu difahami dalam kerangka Maqasid syariah. Kalau tidak, ia akan melahirkan salah faham.

Tanpa menggunakan metode Maqasid Syariah, orang akan kata:

"Saya dah baik, buat apa lagi nak solat"

Bagi metode Maqasid Syariah, perlu dilihat pada dua perkara yang berbeza;

A. Manat 
B. Ma-alat

Manat ini, tak tau nak terjemah apa. Saya cuba terjemahkan sebagai punca hukum yang merupakan tujuan sesuatu hukum. Mungkin ada yang boleh bagi terjemahan yang lebih tepat.

Maalat pula, secara mudah diterjemahkan sebagai implikasi.

Contoh, makan.

-Manat bagi makan adalah menjaga nyawa.
- Maalat bagi makan adalah kenyang, sedawa DLL.

Jadi, tanpa dapat kenyang, sedawa pun, tetap kena makan. 

Maka demikian juga solat.

- Manat bagi solat adalah pengabdian diri kepada Tuhan. 
- Maalat bagi solat adalah tercegah dari fahsya' dan mungkar.

Ayat di atas, jika tidak dilihat dari kacamata Maqasid Syariah, tanpa dia sedar dia menganggap ayat itu sebagai manat, maka keluarlah ungkapan, "buat lagi nak solat kalau dah baik", walhal ayat ini dalam kerangka Maalat, iaitu implikasi solat adalah tercegah dari fahsya dan mungkar. 

Jika tak tercegah juga, solat tetap wajib. Kalau dah tercegah, solat tetap wajib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan