Rabu, Februari 17, 2021

K551.KENAPA ANAK SAYA BUAT HAL

K551.KENAPA ANAK SAYA BUAT HAL

Sebenarnya apabila kita UGUT anak, tanpa sedar kita telah teraktifkan otak primitif/reptilian di bawah otak anak, yang mana ia mencipta lebih amukan, agresif dan pemberontakan... (distress tantrum).

Ia sama seperti dinasour 🦖 jika dikacau tempat habitatnya, akan react dan agresif, bertujuan untuk protection, lindungi dirinya dari sebarang ancaman dan keadaan tidak selamat agar sentiasa aman. 

UGUT, adalah mudah dan cepat. Itu solusi kita selalu ada di jari.

Manakala ganti teknik lain, perlukan kekuatan dan sedikit ilmu yang strategik berkesan...

Ada dijelaskan dinamik ugutan ini dan solusinya di dalam Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi.

Saya kongsikan di sini, TUKAR aja plan /tindakan ugutan kepada dua ini:

OPTION 1️⃣ : Dorongan dengan sebutkan terus REWARD akan dapat.

Contoh : Adik TAK berhenti tengok TV sekarang, Mama Ayah tutup terus tv, tak boleh tengok dah sampai bila-bila (haaa kau, takda limit terus) 

👉Anak nampak 'BERHENTI tengok tv' sebagai utama dan kesan negatifnya, perkataan 'TAK' tu tenggelam.

TUKAR Kepada : Abang BERHENTI tengok TV sekarang Mama Ayah bagi tambahan 30 minit TV time lepas solat Zuhur.

👉 Anak nampak REWARD lebih menggoda iaitu tambahan masa menonton TV
.

OPTION 2️⃣ : Sebutkan dua dua, dorongan/ REWARD disusuli CONSEQUENCE sekali

Contoh: Kakak taknak mandi nanti Kakak tak dapat / tak boleh makan lempeng madu kegemaran kakak.

👉 Keyword TAKNAK disebut dua kali, utama dan jelas sekali kesan negatifnya,
👉 Ia bersifat satu hala, directive dan tiada pilihan pun melainkan mandi. 
👉 Ia juga fokus kepada ANAK, ANAK, ANAK: anak rasa sempit/sesak/stres.

TUKAR Kepada : Kakak mandi sekarang, Mama masakkan lempeng madu kegemaran Kakak, Kakak tak mandi, Mama rasa taknak lah buat lempeng madu kakak....

👉 Ini agar anak boleh buat pilihan yang baik, yang lebih menguntungkan. Mereka dihidangkan dengan  OPTION/Pilihan baik dan buruk.
👉 Ada peranan mak sekali di situ, ia berbentuk kerjasama yang baik antara anak-ibubapa. 

.
Boleh ya Parents semua.. Kita pause dan susun ayat sikit aja, keyword aja semua tu bukan membebel panjang pun, ok 😉
.

CARE ♥,
Maznah Ibrahim


Tiada ulasan:

Catat Ulasan