Rabu, Februari 17, 2021

Tafsir asas quran nota 9(245)15

Tafsir asas quran nota 9(245)15

yang menyokong kuat pendapat Ahmad itu. Bagi beliau antara perkara yang menguatkan pendapat ini ialah kerana ia merupakan pegangan tiga orang sahabat yang masih hidup ketika ayat berkenaan diturunkan. Mereka juga tentunya lebih mengetahui tentang sebab turunnya. (Lihat al-Qurthubi -Tafsir al-Qurthubi j.6 m/s 349-351 ).

Bagaimanapun kebanyakan orang yang menerima ayat 106 di dalam Surah al-Maa'idah dengan tafsiran yang dikemukakan sebelum ini menerima juga bahawa ia
telah mansukh. Antara tokoh yang berpendapat ia mansukh Zaid bin Aslam, Malik, Syafi'e, Abu Hanifah dan lain-lain fuqaha'. Sebabnya ialah orang-orang kafir biar bagaimanapun keadaannya tidak harus dijadikan sebagai saksi dalam urusan umat Islam. Inilah yang difahami mereka daripada firman Allah di dalam dua ayat yang
dikatakan sebagai naasikh bagi ayat 106 di dalam Surah al-Maa'idah. Bagi mereka, itulah maksud Allah dengan firmanNya:  واشهد ذوي منكم  (dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu) ya'ni orang-orang Islam. Demikian juga dengan firmanNya: وَٱسْتَشْهِدُوا۟ شَهِيدَيْنِ مِن رِّجَالِكُمْۖ فَإِن لَّمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَٱمْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ ٱلشُّهَدَآءِ
(Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu).Jika tidak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuandari saksi-saksi yang kamu redhai). Maksud orang-orang lelaki "di antaramu" ialah dikalangan orang-orang Islam. Dan maksud "dari saksi-saksi yang kamu redhai" juga tentu sekali dari kalangan orang-orang Islam.
(b) Golongan yang mentafsirkannya dengan: آخَرَانِ مِنْ غَيْرِ أَقَارِبِكُمّ Maksudnya: dua orang lain yang bukan merupakan kerabat (atau saudara-mara) kamu. 
Antara tokoh Salaf yang mentafsirkan begini ialah Hasan al-Bashri, az-Zuhi, 'lkrimah dan lain-lain.
Shah Waliyyullah memilih tafsiran ini. Dengan menerima tafsiran ini tidak timbul lagi soal keperluan menganggap mansukhnya ayat 106 Surah al-Maa'idah itu, kerana "dua
orang lain yang bukan merupakan kerabat atau saudara-mara kamu" itu juga tentunya terdiri daripada orang-orang Islam.

(14) Firman Allah di dalam Surah al-Anfaal berikut dikatakan mansukh oleh
kebanyakkan ulama'   Tafsir:
Al-Anfal 8:65
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ حَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَى ٱلْقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَٰبِرُونَ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفًا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ 


245

Tiada ulasan:

Catat Ulasan