Ahad, Mac 21, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 20(53)nota 14(333-336)s

Daurah tafsir 2019 sesi 20(53)nota 14(333-336)s

053.Surah An najm
Safaat(pertolongan) qoriah ditolak ayat 19,20,21

An-Najm 53:19
أَفَرَءَيْتُمُ ٱللَّٰتَ وَٱلْعُزَّىٰ 
Maka apakah patut kamu (orang-orang musyrik) menganggap (berhala) Al-Lata dan Al-‘Uzza,

An-Najm 53:20
وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلْأُخْرَىٰٓ 
dan Manat, yang ketiga (yang) kemudian (sebagai anak perempuan Allah).

An-Najm 53:21
أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلْأُنثَىٰ 
Apakah (pantas) untuk kamu yang laki-laki dan untuk-Nya yang perempuan?

Syafaat hanya dari Allah bukan dari  berhala dan anggapan karut.
Syafaat ini hanya boleh didapati jika mati dalam tauhid dan percaya adanya hari akhirat.


Surah An najm
Tertib surah 53
Bilangan ayatnya 62
Bilangan rukuk 3
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 23
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1ayat 1-18 Kebenaran wahyu alquran dan peristiwa mikraj
Paragraf 2 ayat 19-28 Penolakan terhadap penyembahan berhala dan kesyirikan.
Paragraf 3 ayat 29-35 Akibat yg akan diterima oleh orang2 yg percaya kepada seruan  islam dan yg tidak percaya kepadanya
Paragraf 4 ayat 36-55 Percayalah kepada akidah 
tauhid قدرت dan akhirat dgn meninggalkan akidah شفاعة rekaan sendiri yg karut dan beramal solehlah kamu
Paragraf 5 ayat 56-62 Pilihlah ajaran tauhid  berpandukan ancaman alQuran 

Mesej Utama
1.Jangan lah kamu percayakan syafaat Laata, Manaata, Uzza dan Syi'ra.Sebaliknya kamu hendaklah beriman  kepada wahyu tuhan(quran)kepada Muhamad.
2.Hindarilah daripada dosa2 besar dan lakukanlah amal soleh.
3.Setiap manusia memikul dosanya sendiri  tidak dosa2 orang2 lain.
4.Hanya usaha yg dilakukan oleh masing2  manusia berguna kepadanya.

Zaman Diturunkan
1. Bahagian pertama surah terdiri daripada 18 ayat, besar sekali kemungkinannya turun ketika berlaku peristiwa Mi'raj iaitu pada bulan Rejab tahun ke-12 Kenabian.
2. Bahagian kedua surah bermula daripada ayat 19 hingga 62 diturunkan selepas berlakunya hijrah ke Habsyah sekitar tahun ke-5 Kenabian. Umaiyyah bin Khalaf, ketika mendengar ayat terakhir surah ini tidak seperti orang-orang lain yang semuanya bersujud, dia sebaliknya hanya mengambil sedikit tanah dan menyapunya di dahi sahaja.

Kelebihan Surah An-Najm.
'Abdullah bin Mas'ud berkata, 

أَوَّلُ سُورَةٍ أُنْزِلَتْ فِيهَا سَجْدَةٌ وَالنَّجْمِ قَالَ فَسَجَدَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَجَدَ مَنْ خَلْفَهُ إِلَّا رَجُلًا رَأَيْتُهُ أَخَذَ كَفًّا مِنْ تُرَابٍ فَسَجَدَ عَلَيْهِ فَرَأَيْتُهُ بَعْدَ ذَلِكَ قُتِلَ كَافِرًا وَهُوَ أُمَيَّةُ بْنُ خَلَفٍ
Bermaksud: "Surah yang mula-mula diturunkan yang ada di dalamnya ayat sajdah ialah وَالنَّجْمِ." Kata beliau: "Maka Rasulullah s.a.w. bersujud dan bersujudlah juga orang- orang yang berada di belakangnya kecuali seorang lelaki, aku melihatnya mengambil segenggam tanah lalu bersujud diatasnya, aku melihat dia kemudiannya terbunuh
sebagai seorang kafir, dia adalah Umaiyyah bin Khalaf." Shahih Bukhari, Kitab Tafsir, Bab Tafsir Surah
an-Najm, hadits 4,582 daripada Ibnu Mas'ud.

Hadits ini menunjukkan surah pertama menurut tertib nuzuli yang terdapat di dalamnya ayat as-sajdah
ialah Surah an-Najm.

Perkaitan Surah An-Najm Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam 3 surah sebelum ini iaitu Surah Qaf, az-Dzariyaat dan at-Thur, terdapat bermacam-macam
dalil membuktikan kebenaran adanya hari akhirat. Di dalam Surah an-Najm ini pula dinyatakan bahawa keselamatan di akhirat terletak hanya pada aqidah tauhid dan amal shaleh, oleh itu manusia tidak seharusnya bergantung kepada syafa'at para malaikat dan juga orang-orang shaleh.
2. Di dalam Surah at-Thur Kitab Taurat disebut sebagai كِتَاب مَسطُور, di dalam Surah an-Najm ini pula ia disebut sebagai صحف موسى sebahagian daripada ajarannya terdapat di dalam surah ini.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Melalui firman Allah (Ayat:3-4):

An-Najm 53:3
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ 
dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Qur'an) menurut keinginannya.

An-Najm 53:4
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحَىٰ 
Tidak lain (Al-Qur'an itu) adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya),


Dijelaskan bahawa Rasulullah bukan seorang ahli fikir atau failasuf yang bercakap hanya berdasarkan renungan dan pemikiran serta lintasan-lintasan jiwanya, malah beliau mengikuti wahyu yang diturunkan kepadanya.

2.Daripada firman Allah (Ayat: 18):لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلْكُبْرَىٰٓ

An-Najm 53:18
لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلْكُبْرَىٰٓ 
Sungguh, dia telah melihat sebagian tanda-tanda (kebesaran) Tuhannya yang paling besar.

Dapat diketahui bahawa pada malam Mi'raj, Nabi s.a.w. tidak melihat Allah, sebaliknya apa yang dilihat Baginda hanyalah tanda-tanda besar kekuasaan Allah.

3. Firman Allah (Ayat:21):أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلْأُنثَىٰ 

An-Najm 53:21
أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلْأُنثَىٰ 
Apakah (pantas) untuk kamu yang laki-laki dan untuk-Nya yang perempuan?

Dikemukakan dalam bentuk soalan, aqidah ciptaan orang-orang Quraisy bahawa para malaikat adalah
anak-anak perempuan Allah dipukul dengan teruk. Ini kerana mereka sendiri menanam hidup-hidup anak-anak perempuan, kemudian berasaskan sangkaan dan agak-agakan semata-mata mereka mengatakan malaikat adalah anak-anak perempuan Allah.

4. Perkataan ٱلظَّنَّ di dalam ayat ke-23 dan ke-28 menjelaskan kepercayaan orang-orang musyrikin adalah karut dan tidak benar kerana ia berasaskan sangkaan dan agak-agakan semata-mata, sedangkan sangkaan tidak berguna sama sekali dalam menegakkan kebenaran.

An-Najm 53:23
إِنْ هِىَ إِلَّآ أَسْمَآءٌ سَمَّيْتُمُوهَآ أَنتُمْ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَٰنٍۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهْوَى ٱلْأَنفُسُۖ وَلَقَدْ جَآءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ ٱلْهُدَىٰٓ 
Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu mengada-adakannya; Allah tidak menurunkan suatu keterangan apa pun untuk (menyembah)nya. Mereka hanya mengikuti dugaan, dan apa yang diingini oleh keinginannya. Padahal sungguh, telah datang petunjuk dari Tuhan mereka.

An-Najm 53:28
وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغْنِى مِنَ ٱلْحَقِّ شَيْـًٔا 
Dan mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti dugaan, dan sesungguhnya dugaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.



5. Firman Allah (Ayat:26): لَا تُغْنِى شَفَٰعَتُهُمْ شَيْـًٔا
Menunjukkan kepercayaan orang-orang musyrikin tentang para malaikat dapat memberi syafa'at juga karut. Firman Allah ini jelas menunjukkan syafa'at para malaikat tidak berguna sama sekali kepada mereka.

An-Najm 53:26
وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ لَا تُغْنِى شَفَٰعَتُهُمْ شَيْـًٔا إِلَّا مِنۢ بَعْدِ أَن يَأْذَنَ ٱللَّهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرْضَىٰٓ 
Dan betapa banyak malaikat di langit, syafaat (pertolongan) mereka sedikit pun tidak berguna kecuali apabila Allah telah mengizinkan (dan hanya) bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia ridhai.


6. Melalui firman Allah (Ayat:24):أَمْ لِلْإِنسَٰنِ مَا تَمَنَّىٰ 

An-Najm 53:24
أَمْ لِلْإِنسَٰنِ مَا تَمَنَّىٰ 
Adakah manusia akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).

Ia menunjukkan bahawa kejayaan di akhirat tidak mengikut kehendak manusia, bahkan kejayaan akhirat itu akan diperolehi sesuai dengan usaha yang dilakukan manusia di dunia, (Ayat: 39):وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ  


An-Najm 53:39
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ 
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan bagi) apa yang diusahakannya;

7. Firman Allah (Ayat: 34):وَأَعْطَىٰ قَلِيلًا وَأَكْدَىٰٓ

An-Najm 53:34
وَأَعْطَىٰ قَلِيلًا وَأَكْدَىٰٓ 
Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?

Ayat ini diturunkan berkenaan Walid bin 'Uqbah, ada seseorang meminta duit darinya dan berkata:
"Kalau engkau akan diazab di akhirat nanti, aku akan menanggung azab itu sebagai gantimu", maka dia
memberi sedikit duit kepada orang itu dan terus berhenti, lalu dikatakan kepadanya bahawa amalan setiap manusia itu sendiri berguna atau tidak berguna kepadanya.*

8. Firman Allah (Ayat: 60-61):


An-Najm 53:60
وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ
An-Najm 53:61
وَأَنتُمْ سَٰمِدُونَ 
60. Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
61. Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?

Dua ayat ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Quraisy yang menghadapi al-Qur'an dengan sikap mereka yang tidak serius, sebaliknya dengan memperolok-olok dan  bernyanyi, mereka sepatutnya tidak menolak dalil-dalil al-Qur'an yang kuat itu dengan mempermain-mainkannya kerana al-Qur'an adalah kalam yang serius, ia perlu direnungi dan difikir dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan