Daurah tafsir 2019 sesi 20(53)nota 14(334)
Zaman Diturunkan
1. Bahagian pertama surah terdiri daripada 18 ayat, besar sekali kemungkinannya turun ketika berlaku peristiwa Mi'raj iaitu pada bulan Rejab tahun ke-12 Kenabian.
2. Bahagian kedua surah bermula daripada ayat 19 hingga 62 diturunkan selepas berlakunya hijrah ke Habsyah sekitar tahun ke-5 Kenabian. Umaiyyah bin Khalaf, ketika mendengar ayat terakhir surah ini tidak seperti orang-orang lain yang semuanya bersujud, dia sebaliknya hanya mengambil sedikit tanah dan menyapunya di dahi sahaja.
Kelebihan Surah An-Najm.
'Abdullah bin Mas'ud berkata,
أَوَّلُ سُورَةٍ أُنْزِلَتْ فِيهَا سَجْدَةٌ وَالنَّجْمِ قَالَ فَسَجَدَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَجَدَ مَنْ خَلْفَهُ إِلَّا رَجُلًا رَأَيْتُهُ أَخَذَ كَفًّا مِنْ تُرَابٍ فَسَجَدَ عَلَيْهِ فَرَأَيْتُهُ بَعْدَ ذَلِكَ قُتِلَ كَافِرًا وَهُوَ أُمَيَّةُ بْنُ خَلَفٍ
Bermaksud: "Surah yang mula-mula diturunkan yang ada di dalamnya ayat sajdah ialah وَالنَّجْمِ." Kata beliau: "Maka Rasulullah s.a.w. bersujud dan bersujudlah juga orang-orang yang berada di belakangnya kecuali seorang lelaki, aku melihatnya mengambil segenggam tanah lalu bersujud diatasnya, aku melihat dia kemudiannya terbunuh
sebagai seorang kafir, dia adalah Umaiyyah bin Khalaf." Shahih Bukhari, Kitab Tafsir, Bab Tafsir Surah
an-Najm, hadits 4,582 daripada Ibnu Mas'ud.
Hadits ini menunjukkan surah pertama menurut tertib nuzuli yang terdapat di dalamnya ayat as-sajdah
ialah Surah an-Najm.
Perkaitan Surah An-Najm Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam 3 surah sebelum ini iaitu Surah Qaf, az-Dzariyaat dan at-Thur, terdapat bermacam-macam
dalil membuktikan kebenaran adanya hari akhirat. Di dalam Surah an-Najm ini pula dinyatakan bahawa keselamatan di akhirat terletak hanya pada aqidah tauhid dan amal shaleh, oleh itu manusia tidak seharusnya bergantung kepada syafa'at para malaikat dan juga orang-orang shaleh.
2. Di dalam Surah at-Thur Kitab Taurat disebut sebagai كِتَاب مَسطُور, di dalam Surah an-Najm ini pula ia disebut sebagai صحف موسى sebahagian daripada ajarannya terdapat di dalam surah ini.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Melalui firman Allah (Ayat:3-4):
An-Najm 53:3
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ
dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Qur'an) menurut keinginannya.
An-Najm 53:4
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحَىٰ
Tidak lain (Al-Qur'an itu) adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya),
Dijelaskan bahawa Rasulullah bukan seorang ahli fikir atau failasuf yang bercakap hanya berdasarkan renungan dan pemikiran serta lintasan-lintasan jiwanya, malah beliau mengikuti wahyu yang diturunkan kepadanya.
334
Tiada ulasan:
Catat Ulasan